-->


Selasa, 26 Mac 2013

Tajuk oo tajuk

Pening campur stress semua ada.. sekarang dah dekat sebulan saya praktikal di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah. Masalahnya, sampai sekarang saya takda idea lagi untuk buat research report mengenai apa.. Yelah, dah tajuk pun xnak kuar2 dari kepala otak ni.. eeee rasa macam nak korek2 ja otak ni, suh keluarkan idea cepat2. 


stress nyee aku..

Sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda statistik, saya perlu menjalankan satu kajian penyelidikan dan analisis data berstatistik yang berkaitan dengan jabatan di mana saya ditempatkan. Member2 saya yang lain pening dengan takda data, yang saya pula pening banyak sangat data.. pastu taktau nak pilih yang mana dan tak tau nak buat tajuk berkaitan apa..hehe..masalah..masalah..

Kadang-kadang rasa macam nak je kol pensyarah saya Madam reeni tanya dia "Madam, saya takda tajuk lagi la..madam ada idea tak untuk saya?" tengok2 kena penampar.HAHA. yelah, takkan nak bergantung je dengan pensyarah kan walaupun dia tu bertindak sebagai penyelia kita. Tapi sebenarnya madam reeni tu ok sgt..nasib baik la dapat pensayarah yang baik dan sporting macam dia. 

Berbalik pada citer tadi..kawan2 ada idea tak? kalau ada tolonglah saya yang lemah lagi daif ini..sobsobsob.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com