-->


Jumaat, 26 April 2013

Lelong Hari Buruh dari Jakel

Tadi semasa dalam perjalanan pergi ke kedai emas di Alor Setar untuk beli set barang kemas (Yelah, takkan nak beli ikan pula kat kedai emas kan?? Hehe) , berlakulah dialog antara emak dan Yong.


Dialognya lebih kurang berbunyi begini:


Mak:  tadi abah bawa balik pamphlet. Ada jualan lelong dari Jakel sempena Hari Buruh 1 Mei niii..

Yong: Oh yaka?

Mak: Hang tau dak, pakej baju pengantin lagi murah dari yang ang beli ari tu. Siap dapat alas satin wanita, sepasang baju melayu dan sampin songket lelaki lagi

Yong: Hmmm..ari tu cheq beli pun dapat macamtu.
 
Sejam kemudian…
Kami pun dah sampai kat rumah. Yong masuk dalam rumah ikut pintu dapur. Terus terpandang pamphlet Jakel atas kabinet dapur. Masa tue terus rasa nak meroyan. U know what? Jakel buat lelong Pakej Lace Pengantin serendah dari RM159.00. 2 minggu lepas,  Yong beli kain nak buat baju nikah kat Jakel dengan harga RM360. (Nanti Yong buat entry pasal baju nikah). Masa tue pun Jakel tengah buat sales juga. Jadi, ingatkan dah dapat dengan harga murah. Rupa-rupanya ada lagi murahhhh…. Ish nak kena cubit Pak cik Jakel ni. Hehehe.

Terus mesej bagitau kat Usop. Usop kata takpala nak buat macamna, dah takda rezeki kita. Sobsobsob.. Anyway, untuk bride-to-be (B2B) yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan dan masih belum membeli kain lagi, anda bolehla menerjah gedung-gedung Jakel di seluruh negara.  Sesiapa yang nak buat persiapan raya pun boleh cari kain di Jakel. Lelongan bermula dari 25 April hingga 12 Mei 2013.

 Ingat kain.Ingat Jakel. 
Sumber gambar: Facebook Jakel

Ni antara promosi/lelongan yang ditawarkan
  • Fabrik terbaru serendah RM6.25 semeter
  • Fabrik cotton serendah RM9.50 semeter
  • Fabrik eksklusif potongan sehingga 65% 
  • Fabrik langsir serendah dari RM2.80 semeter. (Perkhidmatan PERCUMA pemasangan & pengukuran langsir)
  • Fabric lycra serendah RM5.50 semeter ( boleh buat tudung)
  • Pelbagai jenis & corak cadar serendah RM79.00 untuk 1 set

Dan yang paling besttt lagi…
-
-
-
-
-
-
-
-

  • Pakej Lace Pengantin serendah dari RM159.00.Setiap pembelian Pakej Lace Pengantin, anda akan dapat  PERCUMA alas satin wanita (4 meter), PERCUMA sepasang baju melayu (satin silky 4.5 meter)  dan PERCUMA sampin songket lelaki.

Meh nak tayang sikit gambar kain Jakel
 Ungu Lavender

Cream + White

Kepada B2B Kedah yang tinggal berhampiran Bandar Alor Setar, anda boleh pergi ke Gedung Jakel beralamat No.3A,4,5,6,7,8 & 9, Kompleks Perniagaan Bistari, Taman Bistari, Lebuhraya Sultan Abdul Halim. ( Bertentangan dengan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dan sederet dengan kedai Romantika dan Senku..tak ingat btol ke tak nama kedai Senku ni).
 
Read More

Khamis, 18 April 2013

Bunting Kahwin (Part 2)

Hai B2B dan silent reader sekalian!

Untuk menjawab soalan semalam, movie poster tu Yong nak gunakan sebagai contoh untuk design bunting kahwin. Asyik tengok bunting style sama je macam orang lain, sesekali nak juga buat kelainan. Hehe.Masalah sekarang tak tau nak pilih yang mana lagi ok. Sama ada yang jenis movie poster Modern love  atau Love A Time of Cholera. Kedua-duanya nampak cun dan menarik.

Kalau poster no 1 tu boleh letak gambar besar dan nampak dramatik. Poster no 2 pula, gambar akan lebih nampak nostalgic dan kita boleh letak love quote sebelah gambar tu. Yang pasti muka mak abah yong wajib kena ada.

Idea ni muncul lepas tengok kat blog artdirectorbyzimie. Terus terdetik dalam hati, nak macamni jugak.. tak kira..tak kira. Macam budak kecik hentak-hentak kaki bila tak dapat sesuatu. haha.   Memang jatuh cinta dengan hasil tangan zimie, tapi sekarang hati berbelah bagi..sama ada tempah kat zimie atau kat sbs kad kahwin. Actually, Yong dah tempah kad kahwin dan buku doa dekat sbs kad kahwin. So, rasa why not, tempah bunting kat depa je. Maybe boleh bincang dengan designer depa, minta bunting macam yang yong nak. 

Hmmm nak pilih yang mana ye?Oh! Dilema..
 


Read More

Rabu, 17 April 2013

Wordless Wednesday #1

 Cuba teka movie poster ni untuk apa?

Modern Love







Dan ini..


Love A Time of Cholera



 

Read More

Bunting kahwin...opss bukan bunting yang perut boyot tu..

Assalamualaikum u olls. Tajuk ntah apa-apa. New blogger macam ni lah.. Anyway, ari ni nak citer pasal bunting kahwin. Mula-mula rancang nak buat bunting kahwin untuk sebelah yong dan sebelah usop (tunang yong) skali.  Usop request tempah untuk belah dia sama. Tapi nak buat bunting kahwin ni pun banyak dugaan kan.

Teringat masa tengok rancangan National Geographic kat TV 2 tadi, citer pasal kapal selam tenggelam. Seorang tentera laut ni cakap "Setiap tindakan kita, mesti akan ada cabarannnya". Nak tau kenapa? Yong nak tempah bunting kahwin yang siap ada gambar mak abah, gambar yong dan usop. Kalau untuk belah usop, cuma tukar gambar mak ayah dia je la. Yong taknak la letak gambar kami berdua je. 70% tetamu yang datang ke majlis perkahwinan adalah datang daripada saudara mara dan kawan-kawan ibu bapa kita. Ni yong baca kat mana ntah, tak ingat lah. Maksudnya, tetamu lebih kenal tuan rumah dari pengantin lah. haa..macam yong ni dari umur 13, dah tinggal di asrama.Kalau letak gambar macam kat bawah ni, mesti orang tertanya-tanya, "anak siapalah budak ni?"  "Eh, Tak pernah nampak pun dalam kampung ni"


 taknak letak gambar besar macamni.


Hasrat ni taktau akan tercapai atau tak. Ada bantahan dari sebelah pihak Usop. Kak long ( kak sulung usop) cakap tak setuju buat bunting letak gambar sebab dia pernah dengar ada sorang ustaz ni cakap tak boleh letak gambar. Betul ke? Yong try search kat google, tak terjumpa pula pasal hukum letak gambar kat bunting. Setahu Yong, yang dikatakan tak boleh tu bila kita tak nikah lagi, tapi dah letak gambar berduaan pegang2 tangan, sentuh bahu, peluk pinggang dll. Sekarang ni, ramai je pasangan yang nikah awal pastu baru buat kenduri. Sebagai contoh, sorang member yong ni nikah bulan 11, kenduri bulan 12. haa, boleh la dia melaram letak gambar nikah dia dalam bunting kahwin tu.

Kak Long cadangkan buat macam bunting kat atas ni la kot.
Comeii jugakk..


Eh..tarikh besday yong lah..


Tujuan kita buat bunting kahwin ni bukan saja-saja suka nak buat. Ada juga sikit gedik nak buat tu.HAHA. Kita nak bagi tetamu senang datang ke majlis kita. Tahu lokasi majlis kat mana. Kenal siapa pengantin. Kenal siapa tuan rumahnya. Macam Yong kan, dok kat kampung je. Nama kampung pun legend betul. KAMPUNG POKOK MACHANG. sapa nak makan buah machang, mai kampung ni.hehehe.

Ni la buah machang. sesetengah orang panggil bacang.
Lari topik dah ni.haha.

Shidah, member lama Yong dari kecik lagi kata macamni,
 " Yang dekat-dekat nak mai kenduri, takda masalah. Yang jauh-jauh ni, yang taktau majlis kita kat mana. Lagipun, kampung kita mana ada pintu gerbang yang tulis "WELCOME TO KG POKOK MACHANG" Ya dakk??hehehe"

Kelassss gituu ayat ang Shidah. So, Shidah bagi nasihat kat Yong. Dia kata tak payah letak muka Usop. Letak ja muka mak abah n muka hang. Kira tak melibatkan family Usop la.  Amboii..macam surprise la pula kann..orang dok curious nak tau sapa la pengantin lelaki tuu. 


 Banner. Tertarik.Menarik. Kau memang de bomb.


Mungkin itu pendapat Kak Long je kot. Yong tak tau pula mak Usop camna..ok ke tak.Kalau depa tak ok, Yong maybe buat bunting untuk majlis sebelah pihak Yong jelah. Belah Usop, pandai-pandaila dia ikhtiar..hehehe.

P/s: Sumber gambar dari google. Sori lah, ai tercurik.hehe




Read More

Selasa, 9 April 2013

Giveaway Contest from Handbouquet Ibtisam

Rasa macam tak selesa je kalau dok bahasa diri "saya" dengan hampa2 semua. Rasa lagi mesra kot kalau bahasa diri dengan nama..hehe. so, ari ni aii nak bahasakan diri sebagai YONG lah. Ok stop. balik pada tajuk asal.

Semalam, masa tengah dok layan mukabuku, yong tengok blogger kina ada update psal giveaway contest dari ibtisam. Apa lagi, terus rasa berkobar-kobar nak join contest ni. Harap-harap ada rezeki menang. Sedih tau, selalu join macam-macam jenis contest tapi tak pernah ada rezeki nak menang.  Sampaikan contest gerbang cinta dari surat khabar Utusan Malaysia pun Yong ada hantar penyertaan tau. Tapi tuela, orang cakap takda rezki nak menang lagi kot. Lagipun penyertaan gerbang cinta tu punyalah ramai, lebih dari 100 000 penyertaan, kalau tak silap Yong. Masing-masing ada kreativiti tersendiri. Mesti naik juling mata juri, nak pilih pemenang kan. HAHA. Tapi yang tu Yong x rasa ralat dan tak sedih sangat. Yelah, contest tu pun Yong saja suka-suka masuk.Manalah tau, dapat rezeki perkahwinan ditaja macam retiss tu.. Yang paling rasa sedih campur geram, bila Yong hantar penyertaan untuk contest kad kahwin tapi tak diterima. Haa, yang ni tunggu untuk next entry..jeng jeng jeng..

Mukadimah panjang berjela..citer pasal tajuk post yang asal belum lagi.Hehe. Ya ampun non. OK. Ni contest dari cik tie sempena ulang tahun perkahwinan pertama dia dengan suami. Tahniah cik tie. comel baby cik tie. Naik geram Yong. ni yang tak sabar nak cepat kahwin n ada baby ni..


Like dan Share untuk menang bunga tangan ni



New idea. First time jumpa ribbon lace camni

Ribbon Lace Handbouquet


Ni namanya kembang setaman. Bestnyer kalau dapat pegang bunga ni masa resepsi. 
Terus hilang gemuruh di  jiwa. hehehe

Daisy handbouquet


yang ni lagiiiii awesome.. penuh reben2 siap ada rama-rama gituuu

 Felt Handbouquet

Dan

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Alolo comelnya sapa yang pegang HB ni. Simple but eksklusif

Pearl Handbouquet

Opss lupa nak stori mori td, untuk pengetahuan bloggers dan silent reader sekalian. Ada ke orang baca blog aku ni? layout blog pun tak terurus..sobsobsob. Cik Tie nie memang buat bisnes amik tempahan HB dan setakat Yong dok berblogwalking ni, HB dia antara yang termurah dan harga berpatutan. Bermula dari RM45. Berbaloi tuu. Boleh simpan buat kenangan. Sesiapa yang berminat untuk order HB boleh contact Cik Tie melalui


Emel: fatimahibtisam87@gmail.com

atau kalau nak kol terus/msg/what apps boleh dail nombor ni
0178297875

kalau nak tengok-tengok hasil tangan Cik Tie atau pun nak kenal Cik Tie boleh juga usha blog dia 


Jom semua..kita pakat Like, Share & Comment untuk menang Handbouquet yang comei2 n awesome ni
 Cara nak join contest ni..Senang ja

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com