-->


Rabu, 17 April 2013

Bunting kahwin...opss bukan bunting yang perut boyot tu..

Assalamualaikum u olls. Tajuk ntah apa-apa. New blogger macam ni lah.. Anyway, ari ni nak citer pasal bunting kahwin. Mula-mula rancang nak buat bunting kahwin untuk sebelah yong dan sebelah usop (tunang yong) skali.  Usop request tempah untuk belah dia sama. Tapi nak buat bunting kahwin ni pun banyak dugaan kan.

Teringat masa tengok rancangan National Geographic kat TV 2 tadi, citer pasal kapal selam tenggelam. Seorang tentera laut ni cakap "Setiap tindakan kita, mesti akan ada cabarannnya". Nak tau kenapa? Yong nak tempah bunting kahwin yang siap ada gambar mak abah, gambar yong dan usop. Kalau untuk belah usop, cuma tukar gambar mak ayah dia je la. Yong taknak la letak gambar kami berdua je. 70% tetamu yang datang ke majlis perkahwinan adalah datang daripada saudara mara dan kawan-kawan ibu bapa kita. Ni yong baca kat mana ntah, tak ingat lah. Maksudnya, tetamu lebih kenal tuan rumah dari pengantin lah. haa..macam yong ni dari umur 13, dah tinggal di asrama.Kalau letak gambar macam kat bawah ni, mesti orang tertanya-tanya, "anak siapalah budak ni?"  "Eh, Tak pernah nampak pun dalam kampung ni"


 taknak letak gambar besar macamni.


Hasrat ni taktau akan tercapai atau tak. Ada bantahan dari sebelah pihak Usop. Kak long ( kak sulung usop) cakap tak setuju buat bunting letak gambar sebab dia pernah dengar ada sorang ustaz ni cakap tak boleh letak gambar. Betul ke? Yong try search kat google, tak terjumpa pula pasal hukum letak gambar kat bunting. Setahu Yong, yang dikatakan tak boleh tu bila kita tak nikah lagi, tapi dah letak gambar berduaan pegang2 tangan, sentuh bahu, peluk pinggang dll. Sekarang ni, ramai je pasangan yang nikah awal pastu baru buat kenduri. Sebagai contoh, sorang member yong ni nikah bulan 11, kenduri bulan 12. haa, boleh la dia melaram letak gambar nikah dia dalam bunting kahwin tu.

Kak Long cadangkan buat macam bunting kat atas ni la kot.
Comeii jugakk..


Eh..tarikh besday yong lah..


Tujuan kita buat bunting kahwin ni bukan saja-saja suka nak buat. Ada juga sikit gedik nak buat tu.HAHA. Kita nak bagi tetamu senang datang ke majlis kita. Tahu lokasi majlis kat mana. Kenal siapa pengantin. Kenal siapa tuan rumahnya. Macam Yong kan, dok kat kampung je. Nama kampung pun legend betul. KAMPUNG POKOK MACHANG. sapa nak makan buah machang, mai kampung ni.hehehe.

Ni la buah machang. sesetengah orang panggil bacang.
Lari topik dah ni.haha.

Shidah, member lama Yong dari kecik lagi kata macamni,
 " Yang dekat-dekat nak mai kenduri, takda masalah. Yang jauh-jauh ni, yang taktau majlis kita kat mana. Lagipun, kampung kita mana ada pintu gerbang yang tulis "WELCOME TO KG POKOK MACHANG" Ya dakk??hehehe"

Kelassss gituu ayat ang Shidah. So, Shidah bagi nasihat kat Yong. Dia kata tak payah letak muka Usop. Letak ja muka mak abah n muka hang. Kira tak melibatkan family Usop la.  Amboii..macam surprise la pula kann..orang dok curious nak tau sapa la pengantin lelaki tuu. 


 Banner. Tertarik.Menarik. Kau memang de bomb.


Mungkin itu pendapat Kak Long je kot. Yong tak tau pula mak Usop camna..ok ke tak.Kalau depa tak ok, Yong maybe buat bunting untuk majlis sebelah pihak Yong jelah. Belah Usop, pandai-pandaila dia ikhtiar..hehehe.

P/s: Sumber gambar dari google. Sori lah, ai tercurik.hehe





6 ulasan:

  1. kalau xde persetujuaan yong buat macam idea yong untuk belah pihak yong jer.. belah lagi satu pandai2 la..hee

    jijah dulu bunting buat gambar nikah.. sebab jijah nikah bulan 12.. sanding bulan 2.. jadi mmg cantik la..hee

    BalasPadam
  2. Itula pasal..Yong rasa baik fikir untuk belah yong je Belah usop, pandai-pandaila dia uruskan. hehe.. wah, nikah awal, x kalut sangat kan,jijah? boleh prepare macam-macam 2 bulan tu untuk kenduri. :)

    BalasPadam
  3. Simple ja.keprluan diutamakan kehendak itu kemudian.tujuan asal nk buat kad tu nak jemput org dtg mkn kenduri kan so yg pentingnya alamat,tarikh,nama tuan rumah dan no tel utk dihubungi.yg lain2 tu sbg tambahan ja kan ada pn xpe xdak pn xpe..so buat la yg mana patut :))
    Kalau pikir2 balik buat kad lawa2 mahal sgt pn mcm membazir jgak sbb xramai org yg smpan pn kad kenduri tu kan :p tp tu pendapat aku la.terpulang pd tuan punya badan

    BalasPadam
  4. btl..aku pun mmg pikir cmtu pn. sbb tu aku bli kad murah je. 25sen sekeping. ok lah kan? aku pun bukan kaya..nak buat kenduri besaq2. hehe..

    BalasPadam
  5. idea DIY mudah:

    lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com