-->


Jumaat, 26 April 2013

Lelong Hari Buruh dari Jakel

Tadi semasa dalam perjalanan pergi ke kedai emas di Alor Setar untuk beli set barang kemas (Yelah, takkan nak beli ikan pula kat kedai emas kan?? Hehe) , berlakulah dialog antara emak dan Yong.


Dialognya lebih kurang berbunyi begini:


Mak:  tadi abah bawa balik pamphlet. Ada jualan lelong dari Jakel sempena Hari Buruh 1 Mei niii..

Yong: Oh yaka?

Mak: Hang tau dak, pakej baju pengantin lagi murah dari yang ang beli ari tu. Siap dapat alas satin wanita, sepasang baju melayu dan sampin songket lelaki lagi

Yong: Hmmm..ari tu cheq beli pun dapat macamtu.
 
Sejam kemudian…
Kami pun dah sampai kat rumah. Yong masuk dalam rumah ikut pintu dapur. Terus terpandang pamphlet Jakel atas kabinet dapur. Masa tue terus rasa nak meroyan. U know what? Jakel buat lelong Pakej Lace Pengantin serendah dari RM159.00. 2 minggu lepas,  Yong beli kain nak buat baju nikah kat Jakel dengan harga RM360. (Nanti Yong buat entry pasal baju nikah). Masa tue pun Jakel tengah buat sales juga. Jadi, ingatkan dah dapat dengan harga murah. Rupa-rupanya ada lagi murahhhh…. Ish nak kena cubit Pak cik Jakel ni. Hehehe.

Terus mesej bagitau kat Usop. Usop kata takpala nak buat macamna, dah takda rezeki kita. Sobsobsob.. Anyway, untuk bride-to-be (B2B) yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan dan masih belum membeli kain lagi, anda bolehla menerjah gedung-gedung Jakel di seluruh negara.  Sesiapa yang nak buat persiapan raya pun boleh cari kain di Jakel. Lelongan bermula dari 25 April hingga 12 Mei 2013.

 Ingat kain.Ingat Jakel. 
Sumber gambar: Facebook Jakel

Ni antara promosi/lelongan yang ditawarkan
  • Fabrik terbaru serendah RM6.25 semeter
  • Fabrik cotton serendah RM9.50 semeter
  • Fabrik eksklusif potongan sehingga 65% 
  • Fabrik langsir serendah dari RM2.80 semeter. (Perkhidmatan PERCUMA pemasangan & pengukuran langsir)
  • Fabric lycra serendah RM5.50 semeter ( boleh buat tudung)
  • Pelbagai jenis & corak cadar serendah RM79.00 untuk 1 set

Dan yang paling besttt lagi…
-
-
-
-
-
-
-
-

  • Pakej Lace Pengantin serendah dari RM159.00.Setiap pembelian Pakej Lace Pengantin, anda akan dapat  PERCUMA alas satin wanita (4 meter), PERCUMA sepasang baju melayu (satin silky 4.5 meter)  dan PERCUMA sampin songket lelaki.

Meh nak tayang sikit gambar kain Jakel
 Ungu Lavender

Cream + White

Kepada B2B Kedah yang tinggal berhampiran Bandar Alor Setar, anda boleh pergi ke Gedung Jakel beralamat No.3A,4,5,6,7,8 & 9, Kompleks Perniagaan Bistari, Taman Bistari, Lebuhraya Sultan Abdul Halim. ( Bertentangan dengan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dan sederet dengan kedai Romantika dan Senku..tak ingat btol ke tak nama kedai Senku ni).
 
Ok.ni Yong ada letak peta ke Jakel Alor Setar
Credit to Google map 
Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas (huruf B tu lokasi Jakel)

Ni pula contact no Jakel Alor Setar
Tel : 04-7775520
Fax: 04-7775521


Kepada B2B Kedah yang tinggal berhampiran Sg Petani, Kulim, Bandar Baharu, Baling dan seumpamanya, anda bolehla pakat-pakat menerjah Alamoda Silk House Sg Petani (Cawangan Jakel juga nii).

Ni petanya.. Lokasinya di Lagenda Height, Sungai Petani
Credit to The Thick Talk Blog
 Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Kepada B2B dari negeri-negeri lain  atau sesapa saja yang berminat nak terjah Jakel tapi taktau lokasi cawangan Jakel, hampa semua bolehla tengok di Official website Jakel.

Nanti Yong pun nak pergi shopping cadar untuk katil pengantin di Jakel.hehe...

Ok.Selamat bershopping semua :)

P/S: Sori sangat-sangat, Yong tak boleh attach gambar pamphlet sbb laptop ada masalah bluetooth. Tak boleh nak bluetooth gambar dari handphone ke dalam laptop.Handphone pula bukannya jenis smartphone..huhuhu




6 ulasan:

  1. byasenyer lepas kite beli barulah nk mcm2 promosi..hee

    BalasPadam
  2. orang kata kain kat jackel memang berlualiti ek..tapi nak beli kalau rasa berbaloi kena time sale..betul ke?

    p/s: Follow sini

    Regards,
    M-Nec

    BalasPadam
  3. @Mysara Ab Rahman: itue la pasal. geram kan? grrrrr.hehe

    @Downtown Kg Baru: Betul kain dia mmg berkualiti tapi harga boleh tahan la..hehe. Kamdar n nagoya pn quiet ok. tp klu nk bli kain nikah/sanding better cri kat jakel, gulatis dll. byk pilihan sikit so, pergi la beli msa ada sale. hehehe

    BalasPadam
  4. uhuk uhuk date dah terlepas la....nak kena tunggu next sale pulak...bila lah agaknye ye

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. @wawa syaida: takpa jakel slalu bt sale. mana tau bulan puasa nant dia ada buat sale lagii..hehe.

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com