-->


Rabu, 22 Mei 2013

Mimpi Pregnant

 
 
 Tengok tajuk tu.. aiiya, belum kahwin dah mimpi bukan-bukan. 
Semalam tido lambat, dalam kul 2.30pagi. Padahal bukan buat apa-apa pun. 
Buat bunga reben untuk letak kat hamper pun sekejap je.
 
Sumber gambar: graphicleftovers.com
 
 
Meh nak story pasal mimpi semalam. Yong tak ingat sapa yang terlibat dalam mimpi tu tapi seingat Yong kan, Yong ada la dok dengan satu geng kawan ni. Tetiba ja Yong rasa sakit sangat perut. Rasa kejang dalam perut. Then, Yong bagitau dekat member2 kat situ. Terus sorang member ni paksa Yong buat pregnancy test. Apa kes??
 
Yong taknak. Member tu paksa juga. Ni part lawak, nak tau pregnancy test dlm mimpi tu cmna? Member tu amik sejenis dakwat dan calitkan kat ibu jari kaki Yong. Then, tunggu perubahan warna dalam beberapa minit. Kalau warna berubah, maksudnya Yong mengandung.. hahahaha
 
Lebih kurang selepas 3 minit, dakwat tu berubah warna. Maksudnya, Yong mengandung. Then, celah mana tak tau ada nurse bagi buku laporan kesihatan kat Yong. Bangun dari tido, terus pegang perut. Fuhh, nasib baik tak mengandung betol-betol. 
 
Datang opis, terus buka gmail & chatting dengan Nisah. Citerla pasal mimpi ni kat dia. Dia gelak. dia kata ni kes demam PRU ke ataupun tak sabar nak ada anak? hehehe. Yong rasa punca mimpi Yong ni sebab kebelakangan ni, Yong rasa takut sangat nak kahwin lepas baca di blog2 pasal pengalaman bersalin. Lagi pun, Yong dah dengar cerita dari pensyarah & member pasal kena seluk kat dalam daerah miss V untuk lihat bukaannya dan lepas bersalin normal kena jahit.. wahh..ngeri betol. 
 
Kak opis kata sebelum kahwin dulu pun, dia ada perasaan takut juga. Cuma dia sematkan dalam fikiran, kalau perempuan lain boleh lalui kesakitan tu, dia pun boleh lalui juga. Tabik spring untuk tok Yong yang ada anak 11 orang..

P/s: Yong memang nak sangat hari-hari update pasal progress wedding, tapi banyak kekangan. Internet slow+ blog problem. sangat stress
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com