-->


Jumaat, 31 Mei 2013

My BFF's Wedding

 Esok 1hb Jun 2013 akan menjadi kenangan manis untuk 2 orang sahabat baik Yong. Mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama dengan pilihan hati masing-masing. Perasaan Yong bercampur baur. Sedih ada. Gembira ada. Yelah, lepas ni masing-masing akan ada kehidupan sendiri. Mesti dah susah nak contact & hang out sekali. Bukan kata lepas kahwin, sebelum kahwin pun dah jarang berjumpa. hehe. 

Bestfriend dari umur 7tahun. -MASTURA-

Gambar kat atas ni masa bulan 4 yang lepas. Mastura dah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Afiq dengan sekali lafaz. tengok hidung depa, sama kan? Yong usik Mastura pasal hidung ni, terus dia marah2 manja. hehe. Kesian Mastura, rushing balik Kedah. malam ni baru sampai. Dia pun tak sempat nak merasa prepare wedding start dari time nikah ari tu lagi. Bertunang pun tak balik. Mak dia yang jadi wakil terima cincin. Yelah, member Yong sorang ni bz dengan study. Kalau tak, bulan 6 ni dah abis study tapi tetiba je Kementerian Pelajaran extend minggu exam. Hai apala nasib member aku sorang ni.

Nasib baik la Mastura ni ada kakak-kakak ipar yang kreatif. Depa tolong hiaskan bilik, gubah hantaran & prepare goodies bag untuk Mastura. Hmm kalau macam Yong ni, semua kena buat sendiri la nanti. Harap-harap ada la yang datang menolong nanti. 

Hampir 17tahun kami berkawan, berkongsi cerita suka duka dan bergaduh. Haha..tak feel la kalau takda adegan bergaduh. Mastura ni lagi banyak cakap dan mulut pun boleh tahan laser dari Yong. Haha. Kalau dok dengan dia, mesti Yong ni jadi tukang dengar je. Banyak betul cerita dia. Yong harap Mastura tak lupakan Yong walaupun dah jadi isteri orang. :)

Ok. Next story pula.
 
Bestfriend since zaman diploma, -KEMA-

Yang comey kecik2 tu la Kema. Ni gambar masa kami pergi holiday sama2 kat Langkawi masa tahun 2010. Dah lama pun. Yong selesa kawan dengan Kema. Dia ni orangnya lembut, kemas dan tak banyak cakap. Beza sangat dengan Yong. Perbezaan tu la yang merapatkan hubungan sesetengah orang kan? betul ke tak?
Tak sangka Kema pun akan tamatkan zaman anak dara esok. Seriously, Yong sangat terkejut bila dia gitau nak kawin 1hb jun. Dia pun tunang senyap2 bulan 3 aritu. Lagipun, bertunang memang tak digalakkan untuk heboh2 kan? Kema dok kat negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Dia harap sangat Yong dapat pergi wedding dia dan jadi pengapit. I'm sorry Kema. Yong terpaksa pilih salah sorang je. 

Tadi, Kawan sekelas masa diploma kol Yong. Depa on the way ke Klate. Insyaallah dalam kul 2-3 pagi nanti sampailah depa kat rumah pengantin. Saja tau hampa ni. Nak jeleskan aku la tu..
2 Minggu lagi Yong akan balik UiTM Kota Bharu. Kena dok sebulan untuk finalize thesis dan present depan panel. Maybe, bolehla jumpa Kema nanti

For your information, kampung Mastura sebelah kampung Yong je. Dua orang member yong ni bertunang lambat dari Yong tapi nikah awal. hadoii..rezki masing-masing kan? Majlis resepsi pada tarikh yang sama dan wedding theme pun sama. PURPLE. Memang satu kebetulan.

Lastly, Yong pun nak wish Selamat Pengantin baru kepada kedua-dua sahabat yang pernah hadir dalam cerita dan kenangan hidup Yong. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby tau. tak sabar nak cubit2. hehe

Juga tak dilupakan Selamat Pengantin baru buat  blogger B2B Ayong. Panggilan nama sama pula.hehe. Semoga friendship kita yang baru berputik ni akan sentiasa bercambah mekar. 
You’re a shooting star i see.
A vision of ecstasy.
 When you hold me, i’m alive.
We’re like diamonds in the sky

2 ulasan:

  1. InsyaAllah pas masing-masing dah kawen pun still boleh jumpa lagi...yg pnting jangan lost contact :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com