-->


Isnin, 27 Mei 2013

Wedding Review #9 : kad kahwin (Bah 1)

Pejam celik, pejam celik..tengok-tengok lagi 2bulan 2 minggu je nak kenduri kahwin. Macam tak percaya je. Tapi banyak persiapan kenduri dan nikah yang tak settle lagi. Hari ini, Yong nak citer pasal kad kahwin pula. Yong dah lama survey jenis dan harga kad kahwin. Memang dah set dalam otak, taknak tempah kad jenis hot stamping. Ok, kad hot stamping memang cantik dan nampak eksklusif. Tapi..tapi.. haa, kos untuk sekeping kad tu agak mahal bagi pengantin bajet macam yong ni. Sekeping kad hot stamping tu boleh mencecah harga 80 sen. OMG..Beli kad mahal-mahal, then edarkan untuk jemputan. Lepas tgk tarikh kenduri dan peta lokasi kenduri, terus je orang buang kad kita. Sadis tak??  Berbaloii ke kita beli kad mahal-mahal? Itu pandangan mata hati Yong je. Terpulang kat hampa semua nak menilainya. Ada orang tak kisah keluarkan duit lebih semata-mata untuk kad kahwin je. Yong tak mampu.hehe. ai student lagi, perbelanjaan kahwin pun harap duit mak abah, tunang dan ptptn je..

Actually, yong dah pun tempah kad kahwin dari awal bulan 4 aritu lagi. Pakej yang berjaya menawan hati Yong adalah dari SBS Kad Kahwin.. clap..clap.. hehe. Kebetulan masa tu, SBS  tengah buat promosi pakej RM1000 untuk 1000 buku doa, 1000 v box dan percuma 1000 keping kad kahwin. Murah kan? Yong dah nyaris nak amik pakej ni tapi tak jadi selepas berfikir panjang. Usop la mangsa keadaan. Hari2 yong msg/kol tanya dia berbaloi x amik pakej tu? pembaziran ke tak? rasa2 v box tu muat tak untuk letak cenderahati?

Usop sampai cakap kalau dah berkenan amik je jangan fikir sangat. Mak pula x berapa setuju, dia cakap buat apala beli banyak2 sangat. "Kad kahwin beli yg jenis A4 fotostat banyak2 dah la".. ohhh nooo.. sejimat-jimat Yong pun, Yong nak juga ada kad kahwin cantik-cantik. First impression orang kat wedding kita kan melalui kad juga. Ish apala yang aku bebel panjang sangatt ni..

 Pakej promosi gempak RM1000


Then, lepas bincang dan tanya dengan mak, mak kata nanti Pakat (kalau kat tempat lain panggil Geng rewang) akan bagi paper bag atau pun bagi duit untuk beli paper bag. So, Yong pun tak jadi amik pakej kat atas ni.

Sesi pencarian diteruskan lagi..

 Pakej SBS 1


 Pakej SBS 2
Aduh..sangat berkenan dengan kad ni, tapi stok dah abis


 Pakej SBS 3


 Pakej SBS 4


 Pakej SBS 5


 Pakej Sbs 6
Yang ni pun cantik juga..


Pakej Sbs 7
Kena dengan tema belah Usop.

 
  Pakej SBS 8


Gambar-gambar di atas pula adalah Pakej buku doa dan kad kahwin. Memandangkan Yong tak mau amik Paper bag, jadi Yong pun decide nak amik pakej ni. 

Pakej A (RM680)
 1000pcs Kad kahwin (kertas Artcard 250g tebal & licin)
500pcs buku doa rabbana
Kad jatuh 25sen sekeping, buku doa 75 sen sekeping
Selebihnya duit pos

Pakej B (RM980)
 2000pcs Kad kahwin (kertas Artcard 250g tebal & licin)
1000pcs buku doa rabbana
Kad jatuh 23sen sekeping, buku doa 65 sen sekeping
Selebihnya duit pos

Kos penghantaran hanya sah untuk Semenanjung Malaysia shj.
Kalau Sabah & Sarawak, ada extra charge kot.


Yong amik Pakej A.  Ekceli, Yong sangattt jatuh cinta dengan design Pakej Sbs 2 tapi apakan daya pihak SBS gitau stok dah abis dan kaler tak boleh ditukar. Tema majlis resepsi Yong kaler hijau. Time ni duit dah bank in, tapi baru nak tanya stok kad ada ke takda. Tawakal jela. Untuk pakej kad ni, ia hanyalah READY MADE bukan CUSTOM MADE. Kalau nak custom made, kenala tambah duit lagi. Yong taknak..hehe.

Yong dah pilih kad dan buku doa. Pihak SBS pun dah siap print dan depa cakap akan pos setelah Yong bank in baki bayaran. Yong dah bank in tadi. Insyaallah, esok depa pos kad dan buku doa tu. Tak sabar nak tengok ok ke tak.

P/s: Rasa dah panjang sangat citer pasal kad dalam entry ni. Nanti Yong akan update pasal pemilihan kad kahwin, buku doa dan proses berurusan dengan pihak SBS Kad Kahwin.


1 ulasan:

  1. Salam, 1st time lawat kat sini. :) fiza pun klw bab2 kad pening juga. Huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com