-->


Ahad, 30 Jun 2013

Giveaway "I love peplum!" by Nurin Aireen


 
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
 
Tengok kat komen dia ramai betul yang join GA ni tapi hadiah satu je. Minta-minta la ada rezeki baju raya tahun ni. Setakat la ni yong tak da rezeki menang mana2 GA lagi..huhu
 
Read More

Jom Menang Set Bekas Ikea


KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
 
Haa, kali ni nak join giveaway set bekas Ikea. Mau x join, tengokla penutup bekas dia kaler apa? HIJAU. my febret kaler. hehe.
 
Mak yong jual kuih. kalau menang GA ni, yong nak hadiahkan bekas ni kat mak. Yelah, orang yang meniaga kuih ni..peti sejuk mesti penuh dengan bahan-bahan masakan. Contohnya, macam udang kering, nyok (kelapa parut), kacang hijau yang dah direbus, lebihan inti karipap & inti cucur badak dll. Tak larat nak mention, sebab sehari mak yong buat 10 jenis kuih-muih. Bulan posa nanti lagila bertambah menu kuih ni. Memang tak menang tangan la kami anak beranak. 
 
Harap-harap ada rezeki untuk mak. 
 
   Jadi, nak penuhi syarat GA untuk gitau kita ni follower yg ke berapa
Follower Susunatursioca Yang ke-134
Follower siocakecil Yang ke-154
Follower kedaisioca Yang ke-23

P/s: Minta2 kalau menang kan, mak cakap gini "amik ja lah hadiah tu kat hang, guna utk rumah baru lepas kawen nanti". keh3x.
Read More

Jumaat, 28 Jun 2013

Birthday Giveaway | Tentang Seseorang

Firstly, Yong nak ucapkan Selamat hari lahir kepada Kak Jue sempena birthday yang ke-......tetttt.. hehe. May Allah bless u & semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang.
 
Sempena besday kak Jue. Dia ada buat  Birthday Giveaway. Jadi, Yong amiklah kesempatan join GA ni. 
 
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
HADIAH
♥ 2 x shawl
♥ 4 x rm5 topup
♥ 4 x mystery gift

Segmen pantas ni berlangsung 3hari sahaja
28 Jun 2013 - 30 Jun 2013
Read More

Giveaway: Saya Suka Photobooth Props

KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
Yeah..Join GA lagi. Minta2 ada rezeki. Setakat ni takda lagi rezeki menang mana2 GA. Tadi yong dapat tahu bakal kak ipar menang contest komen terbaik kat fb Lawarni Sdn Bhd. Dapat shawl. Jeles aii..
 
Mudah2 an kalau menang photobooth props ni, yong takdalah bersusah payah menDIY props lagi. Sekarang ni bz sangat. Tak terkejar nak buat semua benda dalam satu masa. 
 
So, yong nak tag Bride-to-be:
sFaezah 
Wedding Diaries
Feyqa
Syaz
Jomlah join. Sempat lagi nii..:)
 
Read More

Idea Kasut Kahwin

Hari ni yong nak kongsikan pula pasal idea kasut kawen. Malas dah nak feeling2 touching seperti yang diceritakan dalam Entry ni. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi memberi kata-kata semangat kat yong. 
 
Lagi sebulan lebih ja dah nak kawen, tapi kasut takda lagi. Pening sungguh. Tak tahu nak cari kasut kat kedai mana yang ok dan cantik2. Sesiapa yang dok area Kota bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah boleh tak bagi cadangan sikit? KL pun boleh sebab tunang yong keja di sana.  Teringin nak beli on9. Tapi member yong tak galakkan sangat. 
 
Ok jom tengok gambar2 kasut kawen yang sangat vouge dan menarik perhatian yong ni.
 
 
1. JENIS RIBBON 











2.JENIS LACE





Sumber : AbsolutelygorgeousbyAmy
 
 
 
3.JENIS PEARL/MANIK

 






 
 
4. JENIS BROOCH









Macamna tergoda tak? haa, banyak lagi ni gambar kasut kawen yang Yong nak kongsi dengan hampa semua. Takpa2 nanti yong buat Idea Kasut Kahwin bahagian 2 pula ye. Insyaallah nanti Yong buat entry Idea Kasut kahwin mengikut designer @ vendor pula.
 
 
P/S: Kebanyakkan gambar diambil dari sumber Google. Maaf kepada sesiapa yang merasakan gambar itu miliknya. 
 
Read More

Rasa terkilan & sensitif yang tak diundang


 
Ni status kat Fb yong semalam. Saja nak share dengan hampa semua. Tak tau la kenapa sekarang ni makin kuat sensitif & beremosi. Dulu2 pun sensitif jga.hehe.. tapi rasa tak tertanggung sangat. Itu yang saja nak share kat fb n blog tu. Maybe sebab stress dengan thesis dan hal kawen kot.
Lepas hampa baca status tu kan, hampa faham dak maksud yang Yong cuba sampaikan?
Takpa Yong cuba bagi situasi
 
Situasi 1:
 Hampa ada kawan yang femes amos & meletoppss, dia tag nama hampa kat gambar zaman sekolah dulu2. konon nak mengimbau kenangan. Beratus2 org like. Yelah, femes kan? Contohnya dia seorang model & ada paras rupa cantik. Pastu, mai la kawan2 lama yang len dok komen2 gambar tu. Hampa pun join sama. Okeh, dia reply komen member2 lain..tapi komen hampa dia buat tak tau je. Padahal, ampa nak tanya sesuatu perkara bukannya komen merapu tak tentu hala. contoh la kan.. Eh, dah tu awat ang tag gambaq kat member tu kalau ang sendiri yang ignore dia?
 
 
Situasi 2:
Hampa post status kat kelab/group yang mana2 hampa pernah jadi ahli @ AJK. Bukan post merapu meraban. Post yang berbentuk undangan. Sebagai contoh, hampa nak jemput semua AJK kelab tu datang ke majlis kesyukuran/doa selamat/ majlis perkahwinan. Tapi post hampa tu hanya dipandang seperti angin yang lalu ja. Takda sapa2 pun yang nak komen at least ucap "tahniah", "maaf, saya tak dapat hadir ke majlis awak", "takziah atas kematian si xxx". Seolah-olah macam orang yang post status tu kita tak pernah kenal pun. Kononnya kata 'Family' .Tapi sikit pun takda rasa peduli. Kalau kita tak kenal tu, lainlah ceritanya. Kita pula yang terasa malu sendiri bila status penting tak diambil peduli.
 
Situasi 3:
Hampa berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Masalah menimpa-nimpa. Contoh, laporan thesis kena reject. Due date makin dekat. Hampa dalam keadaan terkapai-kapai. Tetiba ada kawan yang sudi menghulurkan pertolongan. Beri idea. Datang pula kawan lain,tanya kita buat analisis guna method apa? Kita cakap guna method XXX. Dia balas, ala senang je tu. Aku ni guna method YYY. Lagi susah. Sekarang ni, adakah kita berada dalam sampan yang sama?
Yes. Mungkin situasi yang yong bagi agak childish. Mungkin orang berkenaan bila baca entry ni akan terasa hati. Tapi situasi ni jugaklah yang selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar, kita dah melukakan hati & perasaan orang lain. Yong tak sempurna juga. Sentiasa buat kesilapan. Pernah menyakitkan hati kawan tanpa sedar. Tapi satu yang yong tak sampai hati nak buat. 
TIDAK MEMBERI RESPON YANG BAIK KEPADA KAWAN. Contohnya, bila dia ajak kita bersembang, dia cuba luah perasaan pada kita, dia still nak keep in touch dengan kita. Yong seboleh mungkin cuba menjadi pendengar yang baik dan cuba membalas semua komen di FB mahupun di blog. Cuma kalau ada yang bersifat gatal & annoying tu terpaksala buat taktahu je.  Apa perasaan kita bila bercakap dengan seseorang tapi tidak dipedulikan, seolah-olah bercakap dengan tunggul kayu? sakit? marah? takda perasaan?
 
 
 Bila kita hanya 'nobody', takda siapa yang peduli. Cuba kita ni jadi 'somebody'. Semua hal kita menjadi perhatian. Even buat status tulis "laparlah" kat fb, beratus2 yang nak like. Cuba kita pula tulis macamtu. Terus kena komen "kalau lapar, pi lah cari makanan. Macamlah kalau ang tulis kat fb, makanan mai depan mata hang". haha. Nampak tak maksud yang yong nak sampaikan?
 
Bila kita dah jadi 'somebody' pula, ramai lah yang mengaku kenal kita ni. Mulalah canang kata "Eh, tahu tak si B tu dulu masa tak kaya & terkenal lagi, selalu lepak-lepak dengan aku", "Dulu aku dengan D tu macam belangkas, makan nasi pun kongsi satu pinggan tau", "Si F tu masa kecik-kecik suka cari pasal dengan aku". Kalau boleh nak bagitahu satu dunia ni, dia ada pertalian walaupun sekadar bau-bau bacang dengan 'somebody' tu. Dulu masa 'somebody' tu tengah susah dan ada masalah, ada tak kita hulurkan tangan beri bantuan? beri sokongan? beri cahaya bila dia dalam kegelapan? kita cuma tahu nak memberi kritikan yang tidak membina dan menjatuhkan dia bila dia cuba bangun.

Ekceli, Yong kadang-kadang tertanya-tanya penerimaan orang terhadap yong. Ok, serius cakap yong sangat tak pandai berkawan dengan lelaki. Tapi yong boleh bersembang apabila ditegur. Hairan juga, lelaki ni memilih kawan perempuan yang bagaimana? perlu tergedik-gedik kah baru mendapat perhatian? perlu keluar bersama-sama/secara berkumpulan kah baru boleh jadi geng? perlu bertepuk tampar tanpa batasan baru dikira sporting? Maaf. Yong tahu bukan semua kawan lelaki/perempuan yang sebegini.  Cuma terasa berkecil hati sepanjang pengajian ijazah dan sekolah menengah dulu. Memang diri ni cuma seperti semut kecil. Mujur zaman diploma, ada 3 orang sahabat lelaki yang sangat baik dan tak pula memilih-milih bila berkawan dengan perempuan. Masih ada batas pergaulan yang dijaga. 

Ahh..yong memang tak pandai menyusun kata. Mengarang ayat yang sempurna, Harap hampa semua faham apa yang yong cuba nak sampaikan. Akhir kata
"Semoga suatu hari nanti kita akan menjadi "somebody" yang bukan pendendam.Menyumbang bakti kepada masyarakat tanpa berat sebelah walau dulu pernah dihina. Yang menganggap semua ini hanya asam garam & lumrah kehidupan. Menjadi lebah kecil yang mengumpul madu dan memberi faedah kepada alam. Menjadi semut hitam yang berada di atas batu hitam pada malam yang kelam."
Read More

Rabu, 26 Jun 2013

Mega Giveaway: Indahnya Islam by Nurul Nizam

KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
 
Yong tertarik untuk join GA ni sebab tujuan GA ni diadakan ialah untuk sama-sama berdakwah kepada golongan muda  selain dari menambah bilangan followers.
 
Hadiah pun best dan menarik.

 Al-Quran. 
Baca 1 huruf dah dapat 10 pahala.
1 ayat berganda2 pahala.
Lagi cantikk..kalau dapat abiskan 1 muka surat sehari.

 Buku ilmiah
Yong memang sangat2 suka membaca. 
Membaca jambatan ilmu.
Jangan baca blog je. Buku2 ilmiah pun kita kena baca juga. 
Banyak manfaat yang kita boleh dapat.

 Buku Motivasi diri
Yong sentiasa bercita-cita untuk jadi seorang penulis buku satu hari nanti.
Blog ni pun dibuat sebagai asas untuk memulakan langkah 
dan meningkatkan skill menulis.
Pernah juga bercita-cita untuk menjadi seorang kaunselor 
dan telah mempunyai beberapa koleksi buku motivasi diri.

Tudung Bawal
 
Yong kan jarang sangat beli tudung sebab tak reti memilih.
Sehelai tudung tu boleh pakai lebih dari 2 tahun kot. haha..teruk kan? tapi tudung pakai utk raya, kena beli baru la.
Minta-mintalah dapat rezeki menang hadiah tudung ni.
Tudung ni bidang berapa ek? Kalau bidang 50 ok gak. 
Yong dah berniat nak pakai tudung saiz yang lebih labuh. 
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk @ riak
Tapi rasa diri yang mahu berubah ke arah yang lebih baik.
 
TENGOK SINI kalau nak tau senarai hadiah. Rugi kalau tak joinnn..
 
GA tamat pada 26 Julai 2013

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com