-->


Ahad, 23 Jun 2013

Aku ditipu syarikat insurans

Lokasi Kejadian: Parkson, Kota Bharu, Kelantan
Masa : 01/03/2011-sudah 2 tahun lebih kisah ini berlaku

-Yong akan menggunakan ganti nama 'aku' dalam entry ini untuk lebih selesa bercerita kisah benar yang berlaku dalam hidup Yong-
-Entry ini juga bukan 100% menggunakan bahasa baku. Terdapat penggunaan loghat kedah kerana malas nak edit balik. Entry ini telah ditulis dari 2 tahun lepas dan telah dikongsi di FB. Harap anda semua faham ye-

PENAFIAN: Kisah ini bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi sebagai peringatan untuk semua. 


Pada 01/03/2011,aku dan seorang kawan telah didatangi oleh seorang agent RSA management & service.kejadian ni berlaku di first floor Parkson, Kota bharu. Dia memperkenalkan produk insurans kpd kami. Sebenarnya aku pun x ingat produk ni macamna sebab dia tak bagi penerangan yg jelas. Dia cuma cakap yuran seumur hidup RM399 dan kalau kena ragut @ excident boleh claim duit kat kompeni depa sebanyak RM1000. Kemudian, si kaki penipu ni tanya kad bank yg selalu aktif yang mana? Kami ni cakap jelah Bank Islam. Then dia minta nk tgk kad bank.Tujuannya nak cek sama ada bank boleh approve kelayakan utk menjadi ahli atau tak. Kemudian, dia minta aku masukkan no pin kad bank aku. Aku yang agak konfius try tnya juga kenapa kena bagi no pin. Alasannya untuk approve sahaja. Bila kami cek akaun kami, tengok2 duit kami dah deducted dari akaun.

Nasib aku la yang paling malang sbb dia amik RM399, kiranya aku dah jadi ahli insurans depa. Kawan aku pula, dia amik RM200 sahaja sebab dalam akaun kawan aku cuma ada RM250. Masalahnya statement dia mengelirukan kami, dia tak tanya langsung sama ada kami ni bersetuju atau tak untuk join jadi ahli dan duit kami akan ditolak dari akaun. Lagi pun, sebelum kami dapat tau berkenaan kami ni ditipu, dia ada suh isi 1 borang kosong mcm kena isi nama, ic, alamat, nama waris. Kat borang tu juga, dia tak tulis lagi kata aku dah bayar RM399. Bila kami dah nak balik, baru dia serahkan resit, kad bank,kad keahlian. Dari situ, aku dan kawan aku dah syak something yang tak kena sebab kenapa aku dapat kad ahli.


Bila kami cek semula akaun bank kami, tengok2 duit kami dah ditolak dari akaun. Kami pun tak puas hati la, pi balik kat si penipu tadi, tanya dia kenapa boleh jadi camni. Pastu, dia cakap benda tu takda apa2 lagi. Tengah pending bank ja. Dia bagi tempoh sampai 12 bln, pastu depa akan kol kami semula, tanya sama ada kami nak join ke tak jadi ahli. Kalau nak jadi ahli, kawan aku ni kena bank in lagi RM199. Kalau tak nak, dia akan pulangkan balik wang. Masalahnya, yang tanya tu kami berdua. Dia takda cakap pun pasal aku ni dah jadi ahli. Dia lebih fokus kat kawan aku sorang ni ja. Then, dia ubah topik dia tanya kami ni orang kedah ke? Dialog dia lebih kurang macamni "member saya yang kat belakang tu orang kedah gak,tapi dia dok kat Sungai Petani. Orang kedah ni comey2 kan?". Kami pun tunggu apa lagi, blah la dari situ. Rasa sakit hati tu hanya Tuhan ja yang tau.

Kami kemudiannya bergerak keluar dari Parkson, dan duduk di tangga Parkson berhadapan Pasar Siti Khadijah. Masa ni kami dok pikir macamna nak settle masalah ni. Mula2 kami decide nak pi ke office kompeni ni di Tanjong Chat, tapi kami taktau kat mana lokasinya. Kalau dekat boleh ja kami jalan kaki ke sana. Sebabnya, kami takda kenderaan sendiri. Kemudian, aku pun cuba2 la try tanya m.cik sekuriti kat situ. Malangnya, dia pun taktau kat mana. Dia tanya kami nak buat apa pi sana? Aku pun citer la dari A-Z. M.cik tu angguk2 kepala dan cakap, sebelum ni dah ada orang kena tipu juga dengan agent2 tu. 2 3 ari lepas ada student datang dengan parents mengamuk2 kat agent tu juga. M.cik tue ada tanya kami, sama ada nak pi opis kompeni tu juga ka @ nak tunggu ketua sekuriti datang. Kami decide nak tunggu ketua ja.

Beberapa minit kemudian, ketua sekuriti pun datang, ketua dia tengok resit dan kad ahli yang kami dapat tu. Dia pun cakap dah banyak kes macamni jadi. Kami pun tanya la balik, abis tue kenapa tak sekat ja depa. Maksudnya, kenapa tak halang depa dari buat perniagaan dalam Parkson. Dia cakap, masalahnya masa depa isi borang nak dapatkan permit perniagaan tu, depa memang dah memenuhi syarat yang ditetapkan. Cumanya taktik perniagaan depa yang menyebabkan ramai orang kena tipu. Maksud aku, kompeni ni memang sah berdaftar tapi cara depa dapatkan customer yang salah. Then, ketua ni pun cadangkan supaya kami laporkan kepada Kementerian Perdagangan (KPDNKK). kalau buat report pun, polis just amik report ja tapi taktau bila nak selesai kes (kata ketua sekuriti tue la). En.polis semua jangan terasa hati, tunang aku pun polis gak.

Abis ja semayang, kami pun mula la bergerak pi cari opis KPDNKK. Penat berjalan tu tak payah nak kata la.. memang PENAT. Try tanya orang2 yang kat tepi2 jalan & kedai komputer, tau tak opis KPDNKK kat mana? Masing2 geleng kepala. Ada juga yang buat muka blur, KPDNKK?? Apa tu?? Dah taktau sangat, kami pun pi la cc. Try google, haaa dah tau pun. Kat arked perbadanan. Aik dekat ja dengan tempat orang yang kami tanya tadi..macamna la depa leh taktau.ish..(mukadimah ja lebih)

Bila sampai ja kat bangunan KPDNKK, kami pun terus pi bahagian kaunter aduan. Kami berjumpa dengan seorang staff ni,yang kami gelarkan pakcik ja. Kami pun mulalah bercerita dari awal sampai akhir apa yang dah berlaku. Pakcik ni pun angguk2 kepala ja. Dia terus tanya, “so, nak minta duit balikla ni?”. Pakcik ni pun tau niat kami, tapi apasal la si mangkuk hayun kaki penipu tu boleh buat taktau ja. Pakcik ni pun tanpa berlengah lagi, terus kol penipu tadi. Penipu ni mmg pandai kelentong orang. Dengan pakcik ni pun dia pandai putar belit cerita. Aku pun taktau dia dok bohong apa kat pakcik. Cuma, yang aku dengar pakcik tu cakap “nama ja melayu, tp ckp mcm kling”. Pakcik tu yang cakap ye, aku taip balik je.  Ok.

Then, pakcik tu minta kami tunggu panggilan dari penipu tu. Kalau dia tak kol juga sampai mlm , kami kena buat e-aduan kat website KPDNKK, supaya pihak depa dapat buat 1 tindakan. Pakcik ni sempat gak bagi nasihat, kad bank adalah milik kita. Kita ja yang boleh tau no pin, orang lain tak boleh tau. Kalau setakat no akaun dan no yang tertera kat atas kad bank tu takpala kalau orang lain boleh tau. Sempat lagi pakcik tue melawak..”kalau budak tu kol balik minta no akaun, suruh dia masuk duit banyak2 sikit”. Aku pun sempat bisik kat kawan aku “ Kalau depa bungkus balik cmna? tgk2 dah lesap dari Parkson”. Aku tak sedar plak, pakcik tu pun dengar aku dok bisik2 kat kawan aku. Lepas keluar dari opis tu, kawan aku gitau pakcik tue terus senyum & gelak kecil bila aku cakap camtu. Taktau lawak tang mna. Maybe, sebab aku cakap dalam nada kedah pekat kot.. hehe ( sja nak citer, iklan sebentar)


Kami pun tunggu la si penipu tu kol. Kriiiiiiiiiiiiiiiingggggggg!!!! Ha, kol pun. Tapi dia kol no hp kawan aku la. Bila kawan aku angkat ja, dia terus marah2 kwn aku. Dia ckp “ awak, nak apa sekarang ni”. Kawan aku pun cakap la, saya nak macam tadi la. Nak duit saya balik. Pastu, dia pun cakap ,ok.Dia akan bincang dengan bos dia dulu. Tadi aku lupa nak citer, pasal km da kol bos dia juga. Sebelum kami pi bersemuka balik dengan agent2 penipu ni, kami kol dulu bos dia. Bos dia pun nampak cam amik berat ja kan. Dia ckpla “la, kenapa dia buat camtu?”.”Sepatutnya, tak boleh la daftar terus macamtu je". Saya boleh tolong awak untuk settle dengan bank, tapi amik masa sikit la”.(masa ni kawan aku yang kol dia). Bila kawan aku tnya, macamna dengan masalah aku plak? Ye lah aku kan bayar penuh. (bukan aku terhegeh2 nak bayar, penipu tu yang amik duit aku).Bos tue pun cakap la, dia kena settle satu2 dulu, tak boleh buat serentak.nanti jadi masalah lain plak dengan bank. Dia cakap masalah aku rumit sikit la, sebab aku dah berdafatr jadi ahli. (aku pun dah buntu kepala hotak sangat, bila dia cakap camtu).


Keesokkan harinya 2/3/2011, kami tunggu la panggilan dari penipu ni dan bos dia. Tunggu punya la tunggu, depa tak kol2 juga. Kawan aku pun try la kol penipu tu. Kureng btoii. Dia off hp dia. Kami pun try kol bos dia. Tak dapat2 juga. Semua urusan kol2 ni kawan aku yg buat,aku tak boleh sebab ada masalah pendengaran + hp tak  berape elok. Yelah, satgi kalau aku kol cakap dengan depa..dok ngungang ngungang, tak faham apa yang depa cakap plak. Kami pun decide kalau sampai kol 3, depa tak kol juga, kami nak buat e-aduan terus.Tepat kol 3petang, kami try kol lagi sekali. Nasib baik dapat. Bos dia minta kami pi Parkson balik, kami cakaplah jauh. Umah kami kat KB mall. Yelah, penat kot nak naik teksi pi sana.Dah duit kami dikebas depa. Bos tu pun suruh kami tunggu dia kat KB mall..Tau tak, kami tunggu bos dia dekat sejam kot.Walhal, batang hidung pun tak nampak2 lg. Kol plak tak dapat. Aku dah panas ati masa tu, depa ni nak main2 kan aku ka?


Bila bos tu kol balik, dia boleh cakap mesin yang digunakan untuk swap kad atm tu dia tak boleh bawa mai KB mall. Kena pi Parkson juga. Dia pun suruh kami tunggu kat McD,dia nk bawa kami pi sna. Aishhhh.. Bongokla.Dia bawa kaki penipu tue ikut dia sekali. First time aku tengok bos ni, mcm gay pun ada.style cara pakaian dia, taktau la nak describe camna. Dia ajak kami naik keta skali dgn dia. Penipu ni blh plak ckp kat kami “berani ka nak naik keta skali”. Aku dah la meluat sangat2 tengok muka dia, tapi nak wat camna..Demi nak dapatkan duit, kena ikut depa juga la. Tapi kami pun beware jg la.Bagi no plat keta kat kawan kami yang lain. Yelah kalau dia culik kami camna?? Tak ke naya?. Dalam keta, tak payahla nk ckpla. Bos n penipu ni dok buat mesra alam dgn km plak. Aku mmg malas nak layan sangat. Kawan aku da jg jwb sepatah dua pertnyaan depa. Rasa mcm nk calar2 kan je keta bos tu.

Sampai ja kat Parkson, bos ni boleh tinggalkan kami dengan penipu ni. Dia boleh plak buat2 tengok surat khabar kat kedai. Aku dah rasa lain macam dah. Aik, tadi hang bukan main lagi nak tolong kami..ni lari plak. Kami pun terpaksa la ikut penipu ni pi kat tempat yang kami berurusan dengan dia semalam.Hampa semua boleh agak tak, apa yang penipu ni cakap kat kami?. Mestilah boleh kan? Yelah, dok kelentong kami balik la. Pi mai pi mai tang tu, kelentong hal sama juga. Kalau aku nk describe dan citer balik apa yang dia cakap kat aku, memang long story lagi la. Ampa pun maybe dah tak larat nk baca story ni.

Cuma, kesimpulannya yang aku boleh buat., dia takmau bagi juga duit RM399 kat aku balik. Dekat kawan aku, dia bagi harapan nak pulangkan blik duit RM200 dalam tempoh sampai ahad ni 6/3/2011. Tapi yang bodohnya, no akaun kawan aku dia tak amik pun. Dia amik no kad kwn aku ja.. ala no yang ada atas kad Bimb tue la. Cerdik ka tak orang camni? Kawan dia sendiri suggest suruh dia amik no akaun kawan aku, tapi dia bagi alasan takpa, no kad dah da..lagi pun KB Mall dan Parkson dekat ja..bodo btoii la. Aku taktau stail apa orang camni. Camna la, kompeni dia boleh amik dia keja.Aku yang hangat hati ni, apa lg…kol la pakcik KPDNKK. Pakcik suruh pi opis buat tribunal tuntutan pengguna.

Aku dah pun buat tuntutan tu. Dari pemerhatian dan pendengaran aku, aku dengar staff kat situ macam dah kenal penipu tu. Nampak sangat, dia dah tipu ramai orang… pagi tadi, pukul 11 a.m, aku dah pergi ke mahkamah tribunal untuk memperdengarkan tuntutan aku. Pihak penentang iaitu RSA Management & Service tidak menunjukkan batang hidung mereka pun hari ini. Setelah kes dibicarakan, tribunal mengeluarkan surat perintah kepada syarikat itu untuk membayar balik duit aku yang telah diambil tanpa persetujuan sebanyak RM399, dalam masa 14 hari. Jika ingkar, pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka. Di Luar mahkamah, aku ditemuramah oleh seorg wartawan Utusan Malaysia tentang kes ini. Doa2kanlah semoga aku dapat semula duit aku tue ye, kwn2.. Terima Kasih.

P/S: Panjang lagi kisah ni. Tapi yang pasti, sampai sekarang aku tak dapat balik duit aku tu.

8 ulasan:

  1. memang kena sentiasa hati2kan. kalau fyna, awal2 lagi fyna dah tolak kalau ada orang buat promosi macam tue. biarlah orang tue kata kita sombong ke aoa ke. ^_^

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Such a good n great story! saya pun akene tipu.. naseb RM70 je.. tindakan awak yg sanggup bersusah payah utk dptkan duit awak blk tu patut dicontohi supaya spesis penipu mcm tu takut lagi nk buat dajal kt orang.. nanti updatelah yer kisah ni n kalau boleh buatlah satu carta yg ringkas tindakan yg awak amik dari A-Z sampai syarikat tu kene byr blk supaya nanti bila org lain kene dia tau ape tindakan yg harus dilkakukan.thanksss :)

    BalasPadam
  4. @fyna: Selalu yong tolak, xtau kenapa hari tu mcm senang je ikt diorg bila diorg pggl ke booth. tuela kena sntiasa berhati2

    BalasPadam
  5. @Khalid Kyle: RM70 pun duit maa..Geram sgt kat penipu tu. Insyaallah kalau ada kelapangan saya cuba buat carta ringkas tindakan. Nak kena refresh balik kejadian 2 thn lps ni

    BalasPadam
  6. geramnya baca cerita ni!!! harap diorang ni dapat balasannya. Akwna yong tu macamana pula? dapat tak duit dia?

    BalasPadam
  7. @zarith:skrg yong dah ok, kalau nak ingat blik masa 2 thn lepas..mmg sgtt geram. Tak dapat pun duit tu. Rasa tak mau halalkan, boleh tak? haha

    BalasPadam
  8. Hahahaha.. tu no komenlah.. halal tak halal tu, tunggu masa tentukan. Sebab saya pun pernah kena tipu pasal duit. Sampai sekarang pun tak boleh nak halalkan lagi.

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com