-->


Selasa, 18 Jun 2013

DIY Doily Wedding Dress

Cantik & kreatif tak?
Sumber: Flowerbug's Inkspot
Nak tau cara buat doily wedding dress yang comel ni? 
Mai sini Yong nak share tutorial dengan hampa semua.
 
Langkah-langkah untuk membuat Wedding dress dari doily paper


Langkah pertama
1. Sediakan bahan-bahan seperti gambar di atas
-Gunting
-Doily paper saiz 4''
-Gluestick ( jgn guna gam jenis cecair tu, takut hasil kerja hampa jadi comot)
-Punch berbentuk hati
-White cardstock (ganti dengan kadbod @ kertas manila yang keras pun boleh)
-Paku kecil sebagai hiasan (boleh juga digantikan dengan manik @ rhinestone)

Langkah kedua
 Ambil sehelai kertas doily yang bersaiz 4". Kertas doily ni boleh beli kat kedai jual bahan buat kek, kedai yang menjual barang perkahwinan dan online. Tengok entry  ni kalau nak tau kat mana Yong beli doily paper. Kemudian, lipat ke bawah kertas doily tu,

Lipat macam ni
Jangan lipat betul-betul separuh. Biar ada lebihan sikit sebab kita nak buat dress 2 layer.  Lipat agak-agak  hujung lace doily paper bahagian atas menyentuh bahagian dalam doily paper bahagian bawah. Dah cukup. Faham tak?

Langkah ketiga
Kemudian, ambil mana-mana hujung doily paper tadi dan lipat sekali lagi. Macam tadi jugak, jangan lipat sampai abis. Lipat agak-agak 1 1/2". Hampa make sure kedudukan doily paper tu 90 degree angle tau. Bukan degree celcius. Haru gak.. hehe. Abis tak tau nak ukur sangat, main agak-agak jelah bahagian kiri dan kanan tu sama panjang. Kalau tak sama, nanti senget sebelah pula dress yang terhasil. 


 Then, hampa gam sikit kat dalam lipatan tu supaya dia tak terburai plak nanti. Teruk sungguh bahasa melayu aku. Eh, awat gambar gam tak sama dengan gam yang kat langkah pertama tadi? Abaikan je. Yong guna dua jenis tutorial kat dalam entry ni.

Langkah ke-4
Seterusnya, lipat lebih kurang 1/2" hujung atas doily paper tadi menghala ke bahagian belakangnya. Kemudian, gamkan ia.  Bahagian rata ni akan menjadi bahagian pinggang untuk dress/skirt hampa.

Ni pula gambar bahagian belakang dress tadi


Langkah ke-5

Kemudian, amik lagi sekeping doily paper dan letakkan ia bersama-sama dengan white cardstock dan jangan segan silu untuk menebuknya dengan heart punch. HAHA.. Doily paper ni bersifat nipis. Kalau kita punch doily paper ni sekeping saja,  dia boleh terlekat kat punch tu. Tak pun, hampa try punch banyak-banyak tanpa guna white cardstock. Menjadi ke tidak?


 Inilah hasilnya. Comelkan? Eh, Boleh juga guna idea ni buat TQ Tag kan?

Langkah ke-6
 Potong secara menyerong sedikit di bahagian kiri dan kanan doily paper berbentuk hati tadi untuk dijadikan bahagian badan dress. Hampa boleh jadikan white cradstock sebagai template. Jadi, nanti kalau hampa nak buat lagi wedding dress, saiz badan dress tu takla berubah-ubah sangat. Kemudian tampalkan hati yang dah dipotong tadi ke atas bahagian pinggang tadi. 

 Ni gambar bahagian depan wedding dress. Rasa macam kurang sesuatu la..haa, jom tambah aksesori sikit.

Langkah ke-7
 Ambil reben dan ikatkan di bahagian pinggang dress. Hampa boleh gam riben tu kalau risau ia nampak tak kemas. Yong tak boleh nak bagi ukuran panjang reben ni sebab tak try lagi. 

 Potong menyerong sikit reben tuu bagi dia ada effect cantik lagii

 Last sekali, tampal la sedikit manik kat wedding dress kita nii,, baru la jadi lagi gojes. Haa, dah siap pun.

Hampa bolehla letak Doily wedding dress ni kat cover Kad kahwin ataupun guestbook. 
Nak buat bunga telur pun boleh. 

Yong teringin jugak nak buat doily wedding dress ni untuk dijadikan bunga telur. tapi, doily paper yang sedia ada saiz besar la pula. Dah try buat. Hasilnya kurang cantik. Lagipun, tak tau nak cari kat mana heart punch tu. Pernah jumpa dalam kedai buku POPULAR  tapi kurang pasti saiz heart yang boleh dapat tu besar mana. Tengok macam kecik je..

Tutorial ni Yong buat khas untuk sesapa yang kurang faham tutorial versi bahasa Mat Salleh. Tak Faham jugak tutorial Yong? Bahasa ntah apa-apa? hehe..biasalah first time nak share tutorial dengan hampa semua. Jangan risau, Yong still tak kedekut nak share link tutorial ni.
Jom pakat klik link ni secara berjemaah

Hampa try la buat ye.. dah siap share & tunjuk kat Yong. Ok, Selamat mencuba.


7 ulasan:

  1. kreatifnye... boleh DIY kad kawin or centre piece or bag door gift...

    BalasPadam
  2. kreatifnye yong...comel bangat! thanks tau sharing tutorial ni :)

    BalasPadam
  3. @zarith: eh, buat centerpiece & bag doorgift pun ok gak. Tak terpikir pula..hehe :)

    BalasPadam
  4. @wawa syaida: xdala. gmbr tu cilok dr tutorial blog wedding omputeh je. Malas nak amik gmbr sndri. tapi yong try buat pkai doily paper size 5". tak comel sgt. ok, Welcome

    BalasPadam
  5. Very kreatif.. Tq share idea yg gojes & meletops ni.. Ahaks!

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com