-->


Sabtu, 22 Jun 2013

Wedding Review #8 : Diy Reben Hamper


Mempersembahkan bunga  reben hamper yang tak seberapa kembang setaman ni

  Berjaya juga menyiapkan bunga reben hamper ni. Sebenarnya dah siap pun awal bulan 6 hari tu, cuma saja tangguh buat entry ni. Reben-reben ni nak guna untuk letak pada hamper yang nak bagi kat geng pakat masa kenduri nanti. Tau tak pakat tu apa? Pakat tu macam geng rewang la juga. Orang kampung yang datang menghulurkan bantuan & bergotong-royong masa kenduri kahwin. Belah kedah especially macam kat kampung yong panggil Pakat je. 
 
Memang dah jadi tradisi kat kampung Yong, geng pakat akan diberi sedikit pemberian berupa perkakas dapur dan makanan sebagai tanda penghargaan kerana sudi menghulurkan bantuan sepanjang majlis kenduri berlangsung. Tak pernah jumpa lagi la geng pakat dapat barang selain perkakas dapur. Kalau ada, memang satu pembaharuan.
 
Yong buat reben ni sebanyak 100 kuntum. Eh, penjodoh bilangan untuk reben apa ye? 
Reben sebelum berjaya dikembangkan. Tema majlis sebelah Yong ialah warna mint green atau hijau petronas. Tapi reben tak mengikut warna tema pun. Susahlah nak cari semua barang ikut warna tema
 
 Ok. kumpul banyak2 dulu. Tunggu giliran untuk dikembangkan. satu dah berjaya disiapkan
 Close up gambar. Yeah, dah siap pun. Macam2 jenis tone hijau yang ada. Belasah je. Malas nak ikut tema sangat.
 
Yong tak pandai pun buat bunga reben hamper ni. Sebab degil nak try buat juga. Yong search la tutorial internet. Dulu-dulu tengok mak sedara buat, tak terasa nak belajar pun. Bila majlis sendiri, baru nak terkedek-kedek belajar. Yong tak reti nak buat tutorial. Kalau ada yang berminat nak buat reben hamper macam Yong ni boleh la klik blog Dari Dapur MaDiHaA.   Yong belajar dari blog tue la. Senang je nak ikut.hehe
 
Harap-harap reben ni berjaya digunakan masa majlis nanti. Kalau tak sempat balut hamper, Yong nak main letak je reben ni atas bekas raga tu. Opss lupa nak bagitahu tadi. Perkakas dapur untuk bagi kat pakat ialah bekas raga saiz sederhana besar. Nanti yong review barang untuk nak bagi kat geng pakat ye.
 
 Lepas ni kena belajar cara nak balut hamper pula. Ada tak tutorial yang ajar cara balut hamper? 

11 ulasan:

  1. terroe nya buatt..
    yong punya fevret kaler mesti hijau kan?
    tgk blog yong pon dah tauu..hihi

    BalasPadam
  2. @SFaezah: hehe..tak terer pun. ada jg reben yg tak menjadi tu. yes..tepat sekali. yong suka kaler hijau sampai gaduh dgn tunang, tema kawin pn nak hijau juga.

    BalasPadam
  3. Cantikk! :) Bila ni nak knduri?

    BalasPadam
  4. cantik2 nye kawan
    ... temanya hijau ke? hehe...

    BalasPadam
  5. @Cik TeN10: thanx, raya ke 5. 12hb 8..jemputla mai makan kenduri

    BalasPadam
  6. @Anonymous: gtaula nama cik anon..hehe. yup, tema hijau.

    BalasPadam
  7. cik anon ni coursemate cik farhain di uitm kedah dulu....;)

    x lame dah ler nak kenduri...bakal bertukar status dah die...hehe

    BalasPadam
  8. @Anonymous: oh ni mesti anis kan? hehe.. banyak bnda yg x settle lagi :)

    BalasPadam
  9. haha... wrong person...:P...
    biasala tu farhain... eh dah x lama ni... x smp 2 bulan lg... caiyok2... hoho

    BalasPadam
  10. @Anonymous: ala, sapa ni? gtau la wei. kalau sbt nama farhain tu msti dlm klas dsk jga.xdan nak bt apa2..kalut dgn repor projek la ni. huhu

    BalasPadam
  11. tettt...biarla rahsia...haha...iyolerrr part 1 smp part 6 1 clas... hehe...report LI ek? xpe, masih ada masa lg... hehe...

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com