-->


Khamis, 6 Jun 2013

E-day Review: Mini Pelamin

Inilah mini pelamin tunang Yong masa 11.11.2012 ari tu..ok tak?
 Sori gambar agak kabur. 

Idea asal nak buat mini pelamin ni lain dari gambar di atas. Malangnya, masa dah suntuk. Malam sebelum hari bertunang tu baru kalut nak buat hantaran. Ni bukan kes tangguh keja tau tapi Yong tengah study lagi, dah semester 6. Then, UiTM bagi cuti hari gawai seminggu. So, apa lagi..ambik peluang ni buat majlis bertunang sekali kenduri berkhatan adik Yong yang bongsu sekali tu la. OK..stop..Patah balik citer pasal pelamin ni.

Mak lang merangkap sepupu abah yang tolong buatkan pelamin ni. Yong cuma bagi barang dan minta dia buat je macamna pun. Janji siap. Ekceli, lantern ball yang warna pink & white tu nak letak sebelah kiri dan kanan tempat duduk. Bila fikir balik, Yong ada ramai sepupu yang kecik2 dan masih sek rendah. Risau jugak kalau depa dok main-main & lari-lari  kat kawasan pelamin tu, habis dipijaknya lantern tu.

Plan asal nak buat pelamin macamni.. sweet dan simple kan?
Lupa pula link gambar ni amik kat mana. 
Ampunn sangat2 kat pemilik gambar ni

Buat wheel paper tu pun last minute..pastu hang berangan nak ada pelamin cam kat atas tu. ada nak boleh? hehe..Ada tragedi sikit masa nak pasang pelamin ni. Kain backdrop yang Yong beli tak cukup. Cuba tengok kain jersey biru tu..cukup2 je kan? Puas Mak lang tarik nak adjust bagi silang tu nampak terletak cantik. Then, Yong ada beli kain jersey warna krim. Tapi pendek la pula tak mencecah lantai. Natijahnya, Mak Lang pi beli kain baru. Sempat lagi dia marah Yong. Cakap kalau tak tau beli kenapa tak bagitau dia awal2. Eh..eh Mak Lang nii..aritu beria-ria suruh aku beli sendiri. Aku beli jelah. Mana la nak pandai ukur dinding ni. Terbang duit sikit sebab Mak Lang pergi beli kain baru. Ingatkan dia nak sponsor. kehkehkeh. Kena bayar balik rupanya.

Ok. Jom Yong citer dengan lebih detail props dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan mini pelamin yang tak seberapa indah ni. bajet macam ramai je orang jenguk blog ni..

1. Lantern ball atau dalam bahasa melayu, kita panggil dia tanglung 
Lantern ball ni yong beli kat Kedai Ws Handicraft, Kota Bharu Kelantan. Kedai ni rasanya ada banyak   cawangan. Kat Alor Setar pun ada. Depan Kamdar. Puas mencari saiz yang kecik sikit tapi takda. Ada ja yang jual online. Tapi taknak la beli, nanti kena charge duit pos. Nampak tak sifat kedekut di situ? haha. Kos untuk lantern ball kaler putih 2 x RM8 dan untuk kaler pink 2 x RM10. Harga berbeza sebab saiz berbeza ye. Yang putih tu kecik sikit.

2. Wheel Paper
Wheel paper/ kertas kipas beroda (Yong yang pandai2 letak nama ni) pula guna kertas A4 biasa. Ala hampa beli ja yang dalam peket ada banyak2 kaler tu. Semua kedai alat tulis ada jual benda alah ni. Yong cilok dari adik je. hehe.. Banyak betul kertas2 dia. Tutorial boleh tengok kat sini. Atas paper wheel tu Yong ada letak doily paper. Nampak tak? Doily paper tu beli kat Kedai Borong Din, Alor Star. Murah sangat. 250 pcs dengan harga hanya RM1.90. Hairan juga bila search google ramai orang beli dengan kuantiti yang sama tetapi harga rm4 ke atas. Rezeki Yong dapat murah. Alhamdulillah.

3.Kain backdrop/Langsir
Ni masalah makan semut banyak. Lupa pula berapa meter kain yang digunakan untuk buat backdrop. Rasanya tinggi dalam 3meter lebih kot. Kain kaler peach guna material satin. Kain biru dan krim plak jenis jersey. Disebabkan Yong tersalah buat ukuran sampai kena beli lain kain kaler peach dan krim tu, jadi kos untuk backdrop ni bertambah la. Asalnya kain kaler peach tu, Yong beli material chiffon. Beli di Kamdar, Alor Setar. Sebelum tu dah survey kain di Kamdar, Kota Bharu dan minta pendapat staff situ berkenaan panjang kain yang diperlukan untuk buat backdrop tapi nak buat camna dah nasib Yong, tersalah beli juga. Anggaran kasar harga semua kain ni RM 76 selepas dapat diskaun 10%. Pesanan Yong pada hampa semua sebelum beli kain tu pastikan bertanya kat orang yang betul-betul pakar dan minta pendapat keluarga terdekat yang tahu bab-bab macamni.

4. Bantal
Bantal-bantal berbentuk segi empat sama yang comel2 tu Yong amik dari bantal sofa rumah je. Plan asal nak beli bantal bulu yang ada kaler pink dan peach tapi mahal la pula. Penjimatan perlu dilakukan. Mujur not bad juga hasilnya.

5.Kain bulu-bulu bebiri (xtau nak panggil apa)
Syok sangat bila dok atas kain tu. Rasa lembut je. Yong beli kain ni di Kamdar Alor Setar. Masa ni Kamdar tengah buat sale. Dapatlah diskaun sikit. Mak yang belikan kain bulu-bulu ni. Mak beli 2 kaler. Satu tu seperti dalam gambar dan satu lagi kaler soft grey. Tak guna pun lagi kain bulu-bulu kaler grey tu. Maaflah Yong tak ingat berapa ukuran meter kain-kain ni. Resit ada tapi malas nak geledah balik. Hampa pandai-pandai jelah agak. Boleh camtu? haha. Anggaran kos kasar untuk kain-kain ni dalam RM100. Yong teringin juga nak sewakan kat orang. Ada tak yang berminat? hehehe

6.Kayu pengalas tempat duduk
Di bawah kain bulu-bulu terselindung kayu alas katil adik Yong yang dah rosak. Abah letak kat belakang rumah kayu tu. Maybe, dia nak buanglah kot. Bila Yong nampak je, terus ada idea nak buat alas tempat duduk mini pelamin masa bertunang. Kalau hampa nak guna idea ni, make sure lapik kayu katil tu dengan papan nipis barulah bontot tak sakit. Time bakal mak mertua nak sarung cincin kat jari manis tetiba ja nampak muka berkerut-kerut tahan sakit. Naya ja.. haha. Then, lapikla pula kayu dan papan nipis dengan kain bulu-bulu macam yang Yong guna tu ataupun karpet lembut yang ala-ala berbulu juga tu. Baru cunnn..

7. Pomander ball
Nampak tak pomander ball yang diletakkan di setiap hujung silang kain jersey biru tu? Pomander ball tu Yong buat sendiri menggunakan kertas crepe dan polisterin berbentuk bulat. Kertas crepe tu boleh ja jumpa kat mana-mana kedai yang menjual barang-barang kahwin dan kedai alat tulis. Yang jadi masalahnya bila tak jumpa warna yang kita nak. Kertas crepe juga boleh digantikan dengan kertas tisu. Ikutlah selera masing-masing. Yong beli satu keping kertas crepe tu harga RM0.80. Jeles betulla bila ada b2b yang len dapat dengan harga yang lagi murah. Satu keping kertas crepe tu boleh dapat 6-8 kuntum bunga carnation. Yong dapat 6 kuntum je. Tak tau cara nak buatnya? Try tanya Pak cik Google. Insyaallah ada jawapan.klik sini untuk tutorial bunga crepe dan sini untuk pomander ball.  Lepas siap buat bunga, hampa cucuk-cucuk je kat atas bola polisterin tu. Kemudian, kemaskan bagi nampak bulat comei2. hehe. Insyaallah kalau ada kelapangan masa nanti, Yong tunjukkan tutorialnya. Hari tu masa buat, lupa nak snap pic siap2.

8. Bunga rose (artificial)
Bunga tu ihsan dari Mak lang. Dia berleter kat Yong sebab tak beli bunga. Dia kata tak berserilah pelamin kalau takda bunga. yong ikutkan jelah kehendak dia. Janji pelamin tu siap. Dan alhamdulillah terhasil juga satu mini pelamin walaupun tak secantik dengan pelamin-pelamin orang lain.

Keseluruhan anggaran kos untuk menghasilkan mini pelamin ni berjumlah RM170++. Barang-barang ni boleh direcycle balik. doily paper pun ada lebih banyak lagi ni. Tengah berfikir nak buat apa dengan doily paper untuk wedding nanti.


Pandangan sisi mini pelamin tunang
 
Part paling geram sekali bila ada orang komen, pelamin macam cikgu tadika. Eh..suka hati orang la nak buat camna pun. Tapi biasalah kan bila dok kat kampung..mesti ada je nak mengata. Buat pekak jelah. Time majlis kahwin nanti baru Yong plan nak buat pelamin yang vavavomm gitu. Bertunang biar simple2 dah la.

Hampa perasan tak dalam gambar tu ada props dan handbouquet? Itu pun Yong buat sendiri. Insyaallah akan direview nanti.

Take care!  

18 ulasan:

  1. Dear... ms Dila tunang ritu pon ade mulut soksek2 ckp pelmain pelik la ap la.. lantak la kan mjlis kita.. mlut org nih mmg ssh cket nk ttp... kg ke bandar ke, sama ja..dengki sbnrnya tu :P

    BalasPadam
  2. sbr dear.. fiqa dlu wat pelamin arab even ada org tnye siapa yg arab nih?? fiqa pon dgn lancarnya mulut menjawab tunang yg mix arab, slh ke? haha

    BalasPadam
  3. xpe yong, mulot org mane bole nk tutup kan..jnji kite bt hasil dr tgn kite sndiri..xmembazir..nnt kawen kite kasi tutup mulot dorg dgn pelaminnn kababomm...huhuhu

    BalasPadam
  4. @Miss Dilla: hmm depa ni mulut asyik nak mengomen je kan, ms Dila? btol2. dengki la tue..Kalau bandar ok la skit kot. kampung ni kalau buat lain dari orang mula la nk soksek2x.

    BalasPadam
  5. @Princess Feyqa: sbr jela. Eh, pelamin cantik meletopss mcm feyqa pn ada yg tnpa segan silu mengomen ye..huhu

    BalasPadam
  6. @cik fadh: thanx cik fadh. Terubat sikit hati ni :)

    BalasPadam
  7. saya tunang takde pelamin. alasan, sebab malu. boleh tak? hihihihi. Anyway its a good achivement sebab berjaya buat sendiri pelamin tau. Tu baru tunang. kahwin nanti lagi banyak mulut-mulut. hihihi

    BalasPadam
  8. @zarith: tunang takde pelamin pn takpe. Yong ni saja gatal2 nak ada pelamin jg. hehe.. tuela dok rsa dah skrg ni pun, kawin nanti msti ada je jd tukang komen

    BalasPadam
  9. xpe yong...xyah dengar mulut orang...serius akak cakap...akak suka pelamin yong...simple and sweet...majlis dah nak dekat kan...jgn stress2 ok :)

    BalasPadam
  10. @wawa syaida: thanx byk2 kak wawa. hehe. ada juga org puji pelamin Yong.:)

    BalasPadam
  11. Hi..i nk tny bout kain bulu2 tu..klu btl u nk sewa bpe ek?

    BalasPadam
  12. @Anonymous: maaflah, bt msa skrg sy x dpt sewakan kain bulu2 tu lg. ada sikit kekangan yg xdpt dielakkan

    BalasPadam
  13. er tumpang tya,polisterin bola utk wt pomander ball tu ad jual kt mana area alor star ni?

    BalasPadam
  14. @Anonymous: hai..polisterin ball ada je jual kat rainbow, era nona, dn smua jns kedai yg jual brg2 perkahwinan

    BalasPadam
  15. Salam sis..smlm sya da p kamdar kt alor setar tu cri karpet mcm sis..tp dh xda la..mna kedai yg ada jual lg karpet tu..

    BalasPadam
  16. yunk kain untuk pelamin biasa berapa meter eh

    BalasPadam
  17. Yong nak sewa caerpet bulu biri biri..simpan lagi x?

    BalasPadam
  18. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com