-->


Sabtu, 15 Jun 2013

Idea doorgift

 Niat di hati kalau boleh dalam seminggu mesti akan update 3-4 entry tapi apakan daya kekangan masa ditambah dengan masalah broadband yang teramat slow macam siput babi ni membantutkan niat Yong tu. Banyak sebenarnya benda yang nak dikongsi dengan hampa semua. Blog ni pun masih sedikit bilangan follower nya. Camna ye nak tambah follower lagi? kena asah skill menulis lagi ni.

Ohhh.. Entry kali ni Yong nak story pasal doorgift untuk majlis kahwin yong bulan 8 ni. Actually, yong tak berkenan la bagi doorgift kat tetamu yang sekadar berbentuk hiasan semata-mata. Contohnya macam bagi sapu tangan kecik, cawan kecik (bila dapat tayang dalam kabinet je) dan seumpamanya. Keh3x. malas nak tulih lagi. nanti tak pasal-pasal terkena kat batang hidung sendiri plak. Sapu tangan kalau jenis besar sikit tu boleh jugak guna nak lap muka, lap peluh atau buang hingus. Tapi kalau jenis yang nipis, segi empat sama kecik dan berbalut cantik, ada ke yang nak guna? Kalau bagi kat Yong, Yong tak guna pun. Simpan dalam kabinet rumah je. Melainkan kalau ada letak magnet. Bolehla yong hias peti sejuk. Yong suka sangat kalau dapat fridge magnet. hehehe.

Yong prefer doorgift jenis makanan dan barang-barang yang boleh digunakan balik.Alasannya sebab tak ramai orang yang reti nak menghargai pemberian kita. Masa majlis bertunang hari tu pun Yong bagi makanan je kat tetamu. Tak banyak buat pun. Doorgift bertunang tu lebih kepada doorgift berkhatan.( majlis bertunang sekali dengan majlis berkhatan adik yang bongsu) hehehe. Sebabnya sesiapa yang datang jumpa adik yong, akan dapat goodies bag. Item-item dalam goodies bag tu cuma ada sepeket kecil kerepek ubi kayu, gula-gula dan sumi.
 
Calon-calon doorgift untuk  majlis kahwin Yong nanti adalah...
1.Bunga telur
2.kerepek/kuih tradisional (mak dah tempah kat kawan dia)
3.Gula-gula & sumi
4.Buah epal
5.Air kotak
6.Muffin/apam polkadot (kalau sempat buat, @ beli kalau ada bajet lebih)
7. Buku doa rabbana (dah tempah kat SBS kad kahwin)
8. Sudu dan garfu
9.Pewangi kereta/rumah (khas untuk rombongan pengantin)
 
Itu jelah yang terfikir buat masa sekarang. Aipp..bukan sorang tetamu dapat semua tu.  Bak kata Usop, sapa dapat buku doa, tak dapat sudu & garfu, Sapa dapat sudu & garfu tak dapat buah epal. Pekan cina (orang area Alor Setar mesti tau,ada jual banyak barang runcit dengan harga yang murah). Pekan Cina akan menjadi sasaran Yong dan emak  bulan posa nanti. Yong nak borong sweets, air kotak dan buah epal. Mak pula mesti nak borong bahan-bahan mentah  macam bawang, halia, beras dll.  Insyaallah, buah epal tu akan menjadi doorgift kenduri nanti. Sudu & garfu pula akan tengok pada bajet dulu. Buku doa pula dah tempah sebanyak 500 pcs kat SBS Kad Kahwin. Anggaran tetamu dalam 2000 orang. Mana nak cukup buku doa banyak tu. Jadi, yong cuba la topup setakat mana yang mampu.

Nama je doorgift bunga telur tapi rasa akan bertukar jadi bunga sumi atau bunga coklat nanti.hehe. Mungkin bunga telur hanya dibuat dalam kuantiti yang kecil. Hanya bagi ada sebab adat je. Mak yang taknak buat banyak-banyak. Dia cakap nanti bukan ada orang nak makan sangat. Buang macam tu je. Sapa yang suka makan telur rebus bolehla buat scrambled egg atau makan dengan nasi kan? Kita ni anak. Jangan membantah cakap mak. Ikut jelah. Yong dah beli 100 pcs bunga telur. Yong juga tengah DIY bunga telur pakai crepe paper. Target Yong harap dapat siapkan 100pcs seminggu sebelum bulan posa abis nanti.Nak buat banyak2 memang tak mampu la, sibuk nak siapkan thesis sekarang ni.

Memang kita disarankan untk berlaku adil untuk semua tetamu kan? tak dinafikan juga benda tu. Tapi Yong nak juga asingkan doorgift untuk kawan-kawan,sedara mara dan rombongan pengantin. Rasa macam puas hati bila tengok kawan-kawan sendiri dan sedara mara sanggup luangkan masa datang ke majlis Yong nanti. Apa salahnya, Yong bagi lebih sikit kat depa. Ala, beza 1 doorgift je pun dengan doorgift orang kampung. hehe. Doorgift untuk rombongan pengantin kenala ala-ala VIP dan lebih lagi. hehe.

Bagi Yong la kan, lebih elok kita bagi doorgift yang bermanfaat kat tetamu. Contohnya macam pengepit kuku. Haa, tu kan dah bagi pahala kat kita sebab menggalakkan tetamu menjaga kebersihan. Apa lagi yee..jap nak pikir.
  
Sumber: Reem doorgift

Haa, ok dah dapat idea tapi akan ditulis pada entry seterusnya, malas nak taip semua kat sini. Nanti juling pulak mata hampa nak bacanya.Tunggu tau..

P/s: Risau pula bila ada member yong gtau, dia pnah tgk ada orang letak merata-rata doorgift yassin yg dapat masa kenduri. Pemberi doorgift tu dapat dosa tak? ke penerima tu saja yang berdosa? Minta-mintala tetamu tak buang buku doa yang Yong bagi nanti.

9 ulasan:

  1. bagus idea Yong tu...selalu kalau kita dapat doorgift dlm bentuk perhiasan tu...memang jawabny simpan dalam lemari buat perhiasan lah :)

    BalasPadam
  2. masa kahwin dulu, guna balik door gift kakak yang tak abis masa dia kahwin. cuma top up beli balang kecil.
    Make sure masa majlis door gift di asingkan betul betul.

    BalasPadam
  3. @wawa syaida: kak wawa, mak pun setuju dgn idea yong. kalau yg tau menghargai, blhlah simpan dlm almari. takut silap haribulan doorgift tu masuk ke tong sampah je.

    BalasPadam
  4. @zarith: kak zarith, untunglah..kos beli doorgift berkurang. idea asal nak bg balang kaca & letak mknn dlm tu tapi hajat tak kesampaian. Risau juga takut terlepas pandang doorgift tu nanti.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. I was thinking....kalo letak buku Doa ke Yaasin kalo dpt kat org Islam Takpe.....kalo dpr kat non Muslim?? Ke nak kena asing gift utk Muslim n non Muslim.....pada aku senang lagi kalo kita buat gift standard je.....

    BalasPadam
  7. I was thinking....kalo letak buku Doa ke Yaasin kalo dpt kat org Islam Takpe.....kalo dpr kat non Muslim?? Ke nak kena asing gift utk Muslim n non Muslim.....pada aku senang lagi kalo kita buat gift standard je.....

    BalasPadam
  8. @Anonymous: terpulang pada cik anon la. Kalau cik anon ada tetamu non-muslim, berilah doorgift standard spt yg awk fikirkan @ asingkan doorgift tu. Kenduri sy nnt, insyaallah muslim semua. Saya tak ramai kawan non-muslim, tu pun semua takdapat dtg.

    BalasPadam
  9. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com