-->


Jumaat, 28 Jun 2013

Rasa terkilan & sensitif yang tak diundang


 
Ni status kat Fb yong semalam. Saja nak share dengan hampa semua. Tak tau la kenapa sekarang ni makin kuat sensitif & beremosi. Dulu2 pun sensitif jga.hehe.. tapi rasa tak tertanggung sangat. Itu yang saja nak share kat fb n blog tu. Maybe sebab stress dengan thesis dan hal kawen kot.
Lepas hampa baca status tu kan, hampa faham dak maksud yang Yong cuba sampaikan?
Takpa Yong cuba bagi situasi
 
Situasi 1:
 Hampa ada kawan yang femes amos & meletoppss, dia tag nama hampa kat gambar zaman sekolah dulu2. konon nak mengimbau kenangan. Beratus2 org like. Yelah, femes kan? Contohnya dia seorang model & ada paras rupa cantik. Pastu, mai la kawan2 lama yang len dok komen2 gambar tu. Hampa pun join sama. Okeh, dia reply komen member2 lain..tapi komen hampa dia buat tak tau je. Padahal, ampa nak tanya sesuatu perkara bukannya komen merapu tak tentu hala. contoh la kan.. Eh, dah tu awat ang tag gambaq kat member tu kalau ang sendiri yang ignore dia?
 
 
Situasi 2:
Hampa post status kat kelab/group yang mana2 hampa pernah jadi ahli @ AJK. Bukan post merapu meraban. Post yang berbentuk undangan. Sebagai contoh, hampa nak jemput semua AJK kelab tu datang ke majlis kesyukuran/doa selamat/ majlis perkahwinan. Tapi post hampa tu hanya dipandang seperti angin yang lalu ja. Takda sapa2 pun yang nak komen at least ucap "tahniah", "maaf, saya tak dapat hadir ke majlis awak", "takziah atas kematian si xxx". Seolah-olah macam orang yang post status tu kita tak pernah kenal pun. Kononnya kata 'Family' .Tapi sikit pun takda rasa peduli. Kalau kita tak kenal tu, lainlah ceritanya. Kita pula yang terasa malu sendiri bila status penting tak diambil peduli.
 
Situasi 3:
Hampa berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Masalah menimpa-nimpa. Contoh, laporan thesis kena reject. Due date makin dekat. Hampa dalam keadaan terkapai-kapai. Tetiba ada kawan yang sudi menghulurkan pertolongan. Beri idea. Datang pula kawan lain,tanya kita buat analisis guna method apa? Kita cakap guna method XXX. Dia balas, ala senang je tu. Aku ni guna method YYY. Lagi susah. Sekarang ni, adakah kita berada dalam sampan yang sama?
Yes. Mungkin situasi yang yong bagi agak childish. Mungkin orang berkenaan bila baca entry ni akan terasa hati. Tapi situasi ni jugaklah yang selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar, kita dah melukakan hati & perasaan orang lain. Yong tak sempurna juga. Sentiasa buat kesilapan. Pernah menyakitkan hati kawan tanpa sedar. Tapi satu yang yong tak sampai hati nak buat. 
TIDAK MEMBERI RESPON YANG BAIK KEPADA KAWAN. Contohnya, bila dia ajak kita bersembang, dia cuba luah perasaan pada kita, dia still nak keep in touch dengan kita. Yong seboleh mungkin cuba menjadi pendengar yang baik dan cuba membalas semua komen di FB mahupun di blog. Cuma kalau ada yang bersifat gatal & annoying tu terpaksala buat taktahu je.  Apa perasaan kita bila bercakap dengan seseorang tapi tidak dipedulikan, seolah-olah bercakap dengan tunggul kayu? sakit? marah? takda perasaan?
 
 
 Bila kita hanya 'nobody', takda siapa yang peduli. Cuba kita ni jadi 'somebody'. Semua hal kita menjadi perhatian. Even buat status tulis "laparlah" kat fb, beratus2 yang nak like. Cuba kita pula tulis macamtu. Terus kena komen "kalau lapar, pi lah cari makanan. Macamlah kalau ang tulis kat fb, makanan mai depan mata hang". haha. Nampak tak maksud yang yong nak sampaikan?
 
Bila kita dah jadi 'somebody' pula, ramai lah yang mengaku kenal kita ni. Mulalah canang kata "Eh, tahu tak si B tu dulu masa tak kaya & terkenal lagi, selalu lepak-lepak dengan aku", "Dulu aku dengan D tu macam belangkas, makan nasi pun kongsi satu pinggan tau", "Si F tu masa kecik-kecik suka cari pasal dengan aku". Kalau boleh nak bagitahu satu dunia ni, dia ada pertalian walaupun sekadar bau-bau bacang dengan 'somebody' tu. Dulu masa 'somebody' tu tengah susah dan ada masalah, ada tak kita hulurkan tangan beri bantuan? beri sokongan? beri cahaya bila dia dalam kegelapan? kita cuma tahu nak memberi kritikan yang tidak membina dan menjatuhkan dia bila dia cuba bangun.

Ekceli, Yong kadang-kadang tertanya-tanya penerimaan orang terhadap yong. Ok, serius cakap yong sangat tak pandai berkawan dengan lelaki. Tapi yong boleh bersembang apabila ditegur. Hairan juga, lelaki ni memilih kawan perempuan yang bagaimana? perlu tergedik-gedik kah baru mendapat perhatian? perlu keluar bersama-sama/secara berkumpulan kah baru boleh jadi geng? perlu bertepuk tampar tanpa batasan baru dikira sporting? Maaf. Yong tahu bukan semua kawan lelaki/perempuan yang sebegini.  Cuma terasa berkecil hati sepanjang pengajian ijazah dan sekolah menengah dulu. Memang diri ni cuma seperti semut kecil. Mujur zaman diploma, ada 3 orang sahabat lelaki yang sangat baik dan tak pula memilih-milih bila berkawan dengan perempuan. Masih ada batas pergaulan yang dijaga. 

Ahh..yong memang tak pandai menyusun kata. Mengarang ayat yang sempurna, Harap hampa semua faham apa yang yong cuba nak sampaikan. Akhir kata
"Semoga suatu hari nanti kita akan menjadi "somebody" yang bukan pendendam.Menyumbang bakti kepada masyarakat tanpa berat sebelah walau dulu pernah dihina. Yang menganggap semua ini hanya asam garam & lumrah kehidupan. Menjadi lebah kecil yang mengumpul madu dan memberi faedah kepada alam. Menjadi semut hitam yang berada di atas batu hitam pada malam yang kelam."

9 ulasan:

  1. morning yong..
    mmg lumrah dunia lagu tu..mcm yg yong cerita..semakin kita dewasa, makin mcm2 jenis org kita jumpa.
    kita xboleh control org bg suka kita. tapi kita boleh control diri kita spy tak terpengaruh dgn depa.yg penting kita stay positive dgn life kita sendiri.just my 2 cents.
    chaiyok2 yong :)

    BalasPadam
  2. Betul kata SFaezah tu.

    Pernah banyak kali juga mengalami situasi macam ni. Sekarang pun ada. Memang terasa dan sedih. Tapi lama-lama, lantaklah. Banyak benda lain lagi kita nak fikir.

    BalasPadam
  3. @SFaezah: thanx kak faezah. yong cuba jd tabah dan tak tak terlalu sensitif sgt lepas ni. yeah be positive

    BalasPadam
  4. @zarith: cara zarith berfikir macam member yong sorang ni. Dia sllu cakap dia malas nak amik tau kalau ada org tak suka & mengata2 dia. buat pening kepala je. btw, thanx :)

    BalasPadam
  5. Sya pun pnh dipinggir2 time sekolah2 dulu..disebabkn paras rupa yg kurang menawan yong..skrg bila da pndai bermekap smpai muka serupa erra fazira..ramai plak yg mengaku kawan...huhu..(yong..sya cba membuat anda ketawa..)bertabahlah yong eh..:D

    BalasPadam
  6. Sya pun pnh dipinggir2 time sekolah2 dulu..disebabkn paras rupa yg kurang menawan yong..skrg bila da pndai bermekap smpai muka serupa erra fazira..ramai plak yg mengaku kawan...huhu..(yong..sya cba membuat anda ketawa..)bertabahlah yong eh..:D

    BalasPadam
  7. @adrianna syaz: thanx syaz.. hehe. yong pun tak lawa. pipi senget sblh.haha. mujur ada jga org nk kat yong. u're such a good friend. tq :)

    BalasPadam
  8. @Farhain Azmi

    Most welkam yong..(yong lawala..bkn ayt bodek tau...hehe)

    BalasPadam
  9. awat ni weh??? hg somedby wht? haha.. sapa yg kata hg nbdy? hahahaha.. besa la tu weh.. bkn manusia klu x ada sifat mcm tu.. aku ada..(cewahhhhhhhhhh).. hahaha

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com