-->


Ahad, 14 Julai 2013

Bagaimana mahu menjana pendapatan melalui bisnes sebagai fardhu kifayah?


 11 Julai yang lalu Yong ada terima satu emel daripada maskahwin.com berkenaan dengan Konvensyen Usahawan Muslim. Sebenarnya dalam tahun 2011 lagi, Yong dan Usop memang dah berniat nak melangsungkan perkahwinan. Cumanya hasrat kami tidak dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa Yong. Yong yang tengah berduka lara masa itu, selalu beli buku-buku keagamaan dan hal berkenaan kahwin muda. Bila buka internet je, terus search berkaitan perkara-perkara yang boleh menjana duit. Nak buktikan kat mak abah lah kononnya anak dia ni dah layak berkahwin. hehehe. Itu yang boleh subscribe emel dari maskahwin.com ni. Website maskahwin.com ini adalah website berkenaan panduan pengurusan kewangan untuk bakal pengantin. Jadi, kepada sesiapa yang rasa nak kahwin awal tetapi tidak cukup duit disebabkan pelbagai bebanan seperti hutang PTPTN, ansuran kereta, bayaran sewa rumah, bil elektrik dan air serta lain-lain, Yong cadangkan hampa semua cuba buka website tu. Mudah-mudahan dapat membantu hampa semua mencari idea bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan. Promosi sekejap walaupun Yong sendiri tak berkesempatan beli E-book dari maskahwin.com.

Ok  itu cuma selingan sahaja. Entry ni ditaip sebab Yong tertarik dengan jemputan menyertai Pertandingan menulis artikel sempena acara Konvensyen Usahawan Muslim yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam(JAWI) pada 7hb September 2013 nanti. Yong amik masa yang lama juga untuk sertai pertandingan ini. Bukan apa, Yong tidak begitu pandai menaip artikel-artikel yang berat. Insyaallah kalau penulisan berbentuk santai, Yong boleh lagi menaip. Ini pun masih keliru sama ada nak guna ganti nama diri 'Yong' atau pun 'saya'. Takut takda pembaca lelaki yang sudi singgah kat blog macam 'girlish thing' ni je..hehehe.

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Malaysia semakin berkembang maju. Bidang perniagaan dan keusahawanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Bidang perniagaan hari ini sudah diinovasikan dengan kemudahan teknologi dan internet. Dunia di hujung jari. Apa sahaja barang keperluan atau kehendak boleh didapati dengan hanya berurusan jual beli di internet atas nama bisnes atas talian (online bisnes). Yong sendiri mempunyai ramai kenalan yang menjalankan perniagaan melalui media sosial seperti facebook. Ramai juga yang mengambil peluang bersempena bulan ramadhan ini dengan berniaga di bazar-bazar ramadhan. Persoalannya di sini, adakah perniagaan yang dijalankan telah mengikut garis syariat yang ditetapkan dalam Islam? dan yang penting sekali terlaksanakah fardhu kifayah kita? 

DEFINISI FARDHU KIFAYAH
Suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti berjihad,solat berjamaah,pakar dalam suatu bidang dan sebagainya.Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua.Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya maka semua orang akan berdosa.

Oleh itu, Yong nak ajak para pembaca sekalian untuk sertai Konvensyen Usahawan Muslim anjuran MentorNiaga.com dan WangCyber dengan kerjasama PEYATIMAS pada 7hb September 2013, bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI). Konvensyen bermula pada pukul 9.00pagi hingga 6.00 petang. Tema konvensyen ialah "Bisnes sebagai Fardhu Kifayah"

Antara speaker-speaker hebat yang akan meluangkan masa memberi sedikit ilmu dalam konvensyen nanti ialah:





Nama-nama yang gah kan? Dalam semua speaker tu, Yong cuma pernah berjumpa dengan Datuk Wira Dr.Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd. Tahun 2011, Yong ada mengikuti kursus keusahawanan anjuran Kelab Inspirasi, UiTM KB, Kelantan. Jadi, dapatlah mendengar pengalaman dan ilmu yang disampaikan oleh beliau. Tengok muka dia, senyum je kan? Haa, orangnya memang tak lokek dengan senyuman dan bersifat rendah diri. Yong ingat lagi dia pernah cerita, dia hanya akan memesan air suam apabila minum di kedai. Bukan kedekut tapi itulah identiti dirinya. 

Yong tak dapat nak cerita dengan lebih detail maklumat dan latar belakang semua speaker. Takut tersalah bagi informasi je. Hampa semua boleh Google je untuk tahu dengan lebih lanjut. Maklumat di hujung jari. 

Berikut disertakan sekali harga tiket pendaftaran untuk Konvensyen ni :

  • 1 Orang = RM150
  • 2 Orang = RM250
  • 3 Orang = RM300
  • 10 + 1 Orang = RM1000 (10 orang percuma 1)

Lagi ramai yang join, lagi murahkan? Tunggu apa lagi..Cepat-cepat daftar. Ilmu itu tidak ternilai harganya. Betul tak? Mesti hampa nak smash Yong kan.. "Eh, Yong..hang kemain ajak orang join konvensyen tu, hang join tak?" hehe. Yong join kalau Yong menang pertandingan ni je. Boleh gitu juri? 

Bukan kedekut tau. Tapi Yong baru je daftar nama untuk Konvensyen Bidadari 2013 yang akan berlangsung pada 31.8.2013 hingga 01.09.2013 nanti untuk persediaan menjadi isteri dan muslimah solehah. Insyaallah, mudah-mudahan. Aminn..Masa Yong join Konvensyen tu pun, baru 2 minggu Yong berkahwin. Jadi, ada masalah sedikit dari segi kewangan. 

Yong memang minat sangat bidang berkaitan keusahawanan ni. Walaupun Yong ada Bsc in Statistics, Yong tak rasa satu hari nanti Yong akan kerja dalam bidang ni. Yong lebih cenderung untuk minat bidang penulisan dan perniagaan. Tapi tak bermaksud, apa yang Yong belajar dulu tu sia-sia je. Banyak manfaat yang Yong boleh aplikasikan dalam penulisan dan perniagaan nanti.

Yong nak kongsikan impian Yong suatu hari nanti dengan pembaca sekalian. Yong harap suatu hari nanti dapat menulis beberapa buah buku dan buku itu diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan. Dalam pada masa yang sama, Yong nak buka satu cafe berkonsepkan kedai buku di mana pelanggan boleh datang membaca buku, majalah mahupun surat khabar sambil bersantai menjamu selera. Adik Yong (Kak Ngah) ada Diploma in Hotel & Katering, Yong percaya suatu hari nanti dia boleh menghasilkan resepi-resepi yang enak. Yong nak bertindak sebagai pengurus dan akauntan kewangan. Manakala Kak Ngah sebagai ketua tukang masak dan penolong pengurus. Yong ada adik lagi tiga orang yang masih bersekolah. Jadi, Yong kena tengok potensi mereka dulu. Tak salahkan kita buat perniagaan keluarga untuk bantu ahli keluarga kita sendiri. Mak Yong pula memang berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan. Harap kami dapat ikut jejak langkah mak.

Oklah membebel je tahu. Macamlah semua orang larat nak baca entry yang maha panjang ni. 

Kosongkan jadual anda dan rebut peluang untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muslim ini:

Klik link di bawah untuk mengetahui maklumat Konvensyen dengan lebih lanjut:
http://www.konvensyenusahawanmuslim.com 

Klik link di bawah untuk sertai pertandingan menulis artikel ini:
http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/contest/#sthash.cJft9YLb.dpbs


6 ulasan:

  1. waaah, rajin betul dia. goodluck yong. :)

    BalasPadam
  2. gudluck yer yong.. moga berjaya.. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Entri yang menarik... Good Luck .. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini... ;)

    BalasPadam
  4. @Muhamad anuar Marsib: Hopefully. Nak sangat menang. Thanx ye :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com