-->


Khamis, 25 Julai 2013

DJ Kawen

 
Last minit baru nak cari DJ kawen. Pastu dok rungsing bila kol je semua tak available. Abah pun ada tolong carikan jugak. Yong ni sangat cerewet tau. Siap ada kriteria lagi dalam pemilihan DJ kawen. Antaranya ialah
 
1. Bersuara lunak dan pandai berceloteh
Tetamu yang datang masa kenduri mestilah nak dengar DJ berborak-borak ikut keadaannya. Bukan dok syok sendiri ye dak? Ada masa-masa kita dengar lagu, ada masa-masanya kita dengar DJ berborak. Ini kalau 24 jam dengar suara dia ja mau bernanah telinga ni. Kita pula tak dapat nak tumpukan perhatian pada makanan dan bersembang dengan tetamu lain. haha
 
2. Memasang lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan.
Hari perkahwinan merupakan hari bahagia dan saat-saat yang dinantikan oleh setiap insan. Cheewahh! Tak ke sakit hati bila dengar lagu seperti Pelamin Anganku Musnah dan Pak Long (tak ingat tajuk..apa daa). Pelamin kita dok tersengam cantik nan megah tu, boleh pula DJ nak musnahkan dengan putar lagu cenggitu. Pehal derr.  Apa motipp pasang lagu putus cinta dan sedih-sedih ni? Putarlah lagu yang gembira dan best-best sikit. Lagu P-Ramlee, lagu zaman 80 an & 90 an pun takpa, nostalgia skit. Janji takda adegan menangis meraban macam kena paksa kawen lepas dengar lagu-lagu sedih.
 
3. DJ yang berpakaian kemas & sopan
Yong tak boleh tengok orang yang pakai serabai sangat. Tak tau la mata ni cerewet macam tuan dia juga. DJ pun bagi imej penting dalam sesuatu majlis tau tak? Nak rambut panjang boleh tapi biarlah smart skit macam Edry Hashim, gitaris Malaysia yang selalu buat performance dalam Jom Heboh tu. Sunsilk gituu..haha. DJ pun harus berpakaian kemas & sopan. Janganlah pakai t-shirt yang ada lambang tengkorak ke apa ke. tak manis kan?
 
4. Mengingatkan waktu solat
Kesibukan dalam melayan tetamu kadang kala boleh mengakibatkan tuan rumah dan para jemputan terbabas waktu solat. Terutamanya waktu zohor. Tidak terkecuali juga pasangan pengantin. Harap-harap Yong dan Usop tidak meninggalkan kewajipan Allah yang satu ni. Jadi, penting bagi DJ untuk mengingatkan semua orang Muslim yang berada dalam sesuatu majlis supaya tidak lupa untuk mengerjakan solat.
 
5. Menghormati waktu solat
Lebih kurang macam point no.4, cumanya dalam point ini nak tekankan supaya DJ menghormati waktu solat. Maksudnya di sini, DJ kena bertindak dengan menghentikan memutar lagu-lagu apabila azan sudah berkumandang. Habis je azan, bertindaklah seperti dalam point no 4 tu..Yong ni pakai main letak je point sesuka hati. Malas nak susun-susun dah.
 
6. Tidak berkaroke @ mengajak tetamu berkaroke
Lagha je karoke masa majlis kawen ni. Yong tidak bermaksud untuk mengatakan karoke ni haram sepenuhnya. Yong pun tak tau apa hukum karoke ni sebenarnya. Maaf, ini kelemahan Yong. Tapi, kalau hampa nak karoke dengan family hampa ja, go on ja la. Itukan salah satu cara mengeratkan silaturrahim dalam family. Tapi bila dah ajak karoke masa majlis kawen ni, memang tak ok lah. Sebabnya, ia adalah hiburan yang akan melalaikan tetamu. 
 
7.Memutarkan lagu-lagu berunsurkan nasyid dan zikir
Yong suka sangat dengar qasidah Ya Hanana. Teringin sangatt nak ada DJ yang dapat putar qasidah ni masa kenduri nanti. Nasyid nyanyian artis luar negara seperti Irfan Makki bertajuk Mabrouk  best. Maher Zain- Baraka Allahu Lakuma pun best jugak. Nak yang dalam negara punya? Aish no hal.. Banyak je.Kumpulan seperti InTeam, UNiC, Hijjaz dan Dehearty ada je nasyid yang sesuai untuk majlis kawen. Lagi satu kan, pernah dengar nasyid tajuk Saat Lafaz Sakinah dendangan kumpulan Far East? Sayu je bila Yong dengar. Leh menitik ayaq mata ni, tambah-tambah dekat nak kawen ni memang laju la ayaq mata turun. Lagu nasyid tu bagi Yong sesuai dimuatkan dalam video akad nikah. Sekadar cadangan dari Yong.
 
 
Setakat ini jelah kriteria2 yang Yong list kan untuk DJ Kawen. Hampa ada idea kriteria lain yang diperlukan dak? kalau ada bagilah cadangan kat ruangan komen bawah ni.. Lastly, nak minta tolong sangat2 kepada hampa semua yang tau mana-mana DJ kawen yang best, superb, harga bajet..nak yang murah je Yong ni. haha.  Kawasan utara je terutamanya Kedah. Plissss suggest kat Yong a.s.ap. Thank you very much :)
 
 

2 ulasan:

  1. yong...try tgk dj nih, byk bg review ok psl dea.. dila tgh ushar2 jgk :)

    http://djhafiz-iz.blogspot.com/2013_02_01_archive.html

    gudluck yong! :)

    BalasPadam
  2. @Miss Dilla: Thanx dilla for the info. Ok Yong try contact djHafiz. Minta2 la tak mahal sgt n still available. hehe. Goodluck to u too

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com