-->


Isnin, 1 Julai 2013

Episod 1: Dipaksa tinggal dengan Tokwan

PENGAKUAN: Entry ni akan ditulis dengan menggunakan ganti nama diri "aku", Ia kisah benar dalam hidup Yong yang mahu dikongsi bersama pembaca sekalian. Yang baik jadikan teladan, yang  buruk jadikan pengajaran.
 
Sejurus tamat persekolahan tingkatan 5, aku hanya duduk bersenang-lenang di rumah. Aku merupakan bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah atau lebih dikenali sebagai SAINA. Sebagai anak sulung, aku membantu mak mengemas rumah dan memasak setakat yang aku boleh buat. Sekitar tahun 2006 aku  baru berusia 17 tahun. Ya, aku masih mentah. Facebook & twitter masih belum wujud. Aku belum mengenal mana-mana laman media sosial pada waktu itu. Tidak seperti remaja pada  masa sekarang. Segala perkara hanya di hujung jari sahaja. Sampaikan telah disalah guna kemudahan yang ada. Fitnah, penyebaran gambar lucah, menonton cerita lucah, sumbang mahram semakin hari semakin menjadi-jadi. Astaghfirullah hal azim, aku takut sangat. Takut kerana aku masih punya adik-adik yang baru meningkat remaja.Ya Allah ampunkanlah dosaku sekiranya aku pernah terkhilaf dari jalanMu.

Bukan hal itu yang aku mahu ceritakan dalam entry ni. Itu hanya sekadar ingatan buat adik-adik yang membaca entry ni. Disebabkan kebosanan yang melampau masa cuti sekolah, mak menyarankan aku supaya tinggal dengan tokwan di Gerik, Perak. Aku bingung. Alasannya, aku segan nak duduk lama-lama kat rumah tokwan. Kalau ada mak abah lainlah cerita. Setiap hari mak pujuk aku suruh tinggal bersama-sama dengan tokwan sementara menunggu keputusan SPM 2006 keluar. Akhirnya, aku akur. Pada penghujung tahun 2006, aku balik ke kampung tokwan.

Di rumah tokwan, aku tinggal sebilik dengan ibu saudaraku. Namanya mak cik Solehah. Anak ke-10 tokwan dan tok dari 11 adik beradik. Kiranya makcik Solehah ni adik kepada mak aku. Mak aku pula anak yang ke-2. Aku panggil dia makcik Elly je, Glamer tak? hehe... Dalam ramai-ramai mak sedara yang aku ada, Makcik Elly ni la mak sedara yang agak rapat dan sporting dengan aku. Beza umur kami cuma 5 tahun je. Makcik mengajak aku untuk bekerja dengannya di Pasaraya Fajar, Gerik sebagai pembantu jualan. Kini Fajar sudah diambil alih oleh The Store.  Aku terus setuju.

 Awal Januari 2007, aku dipanggil menghadiri sesi temuduga. Ala bukan kena tunjuk sijil apa pun. Cuma lebih kurang macam sesi melaporkan diri. En. Loh (Jawatan Pengurus Fajar,kalau tak salah aku) bertanya sama ada aku mahu bekerja sebagai Cashier @ Sales Assistant? Aku terus je cakap nak kerja jadi sales assistant di bahagian alat tulis. Aku sendiri tak tau kenapa aku memilih untuk jadi sales assistant. Aku diarahkan untuk mula bekerja pada keesokkan harinya.

Esok. Segalanya tidak pasti. Aku tidak dapat tidur lena kerana ini kali pertama aku bekerja. Dulu aku hanya seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) yang hanya terikat dengan jadual ketat asrama dan peraturan sekolah. Kini, aku mula bekerja. KERJA.

Hari esok permulaan baru dalam kamus hidup remajaku. Dan entry ni akan menjadi episod pertama permulaan cerita cinta aku dan dia. CINTA PERTAMA AKU selepas cinta pada Allah, rasul dan kedua ibu bapa.

Bersambung...............

P/S: Tunang Yong yang request buat kisah perkenalan kami. Maafkan Yong kalau entry kali ni agak membosankan. Yong cuba perbaiki gaya penulisan.

9 ulasan:

  1. ohh yong blaja kat saina ke..akak budak soksek..

    cepat sambung yong..nk tau cemana boley jmpa tunang :)

    BalasPadam
  2. @SFaezah: Oh, akak pun budak sbp rupanya..hehe. pjg kisahnya kna ada episod2 mcm dalam novel.keh3x

    BalasPadam
  3. Yong..best2..ni kira autobiograpi la ni eh..sya baca,sya bca :D

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: Yup, tunang yong dok paksa suh tulis dalam blog. dia nak baca dan komen skill penulisan yong..hehe

    BalasPadam
  5. Farhain boleh jadi penulis novel ni...hehe..

    #memangfarhainminatsasterakan

    BalasPadam
  6. @Anonymous: cik anon ni x mau gtau nma dia jga.. hehe. baru blajaq menulis ja..ntah bila btul2 dapat buat novel sndri

    BalasPadam
  7. bes2..ifnir suke ^_^
    xsbr next episod..

    :from b2b

    BalasPadam
  8. @cheekychubbycutegirl; hai ifnir.. hehe. tq tau. nnt yong follow blog ifnir.

    BalasPadam
  9. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com