-->


Selasa, 2 Julai 2013

Episod 2: Pertemuan pertama

Sambungan dari Episod 1

Aku bersiap ala kadar pagi itu. Cuma mahu kerja sebagai sales assistant bukan sebagai pramugari. Aku sarungkan t-shirt lengan panjang berwarna putih dan seluar slack hitam. Kemudian, aku terus memakai stokin dan menyarungkan kasut kulit hitam. Kasut itu adalah kasut sekolahku. Simple. 

Selepas bersarapan jemput-jemput pisang yang dibuat oleh tok, aku terus bergegas ke arah motosikal Makcik Elly. Aku membonceng motosikal makcik.Hari itu, makcik keja shift petang. Dia akan mula masuk kerja pada pukul 1 tengahari. Jadi, terpaksa la aku memulakan hari pertama kerja bersendirian tanpa teman. Permulaan berdikari!

Makcik Elly hanya menghantar aku di hadapan perkarangan Pasaraya Fajar. Makcik mula memperkenalkan aku dengan teman lelakinya(Along) yang juga bekerja di dalam pasaraya itu. 'Wah, hensem macam pakistan!' Ayat itu yang terus terdetik dalam hatiku. Pandai betul makcik aku mencari pasangan. hehe..

Tidak lama kemudian, aku lihat ada sebuah motosikal Ex5 betul-betul berhenti di sebelah aku. Penunggangnya seorang remaja lelaki berbadan kurus dan berkulit cerah. Aku hanya memerhati sekilas lalu. Entah kenapa tiba-tiba jantungku terus berdegup kencang. Perasaan apakah ini? Makcik dan Along hanya tersenyum memandang remaja lelaki itu. Lantas memperkenalkan dia sebagai adik angkat makcik kepada aku. 'Amboi berangkat-angkatlah pula depa ni'.

Lelaki itu memandangku sekilas lalu dan cuma bertanyakan namaku. "Hai, nama saya Farah".  Dia terus leka menyisir rambut sambil meletakkan gel rambut. 'Ceh, bajet macam hensem je mamat ni. Setakat gel murah tu apalah sangat'. Tidak semena-mena aku jadi meluat kat dia.

Tepat jam 10 pagi, pintu Pasaraya Fajar mula dibuka. Hari pertama bekerja. Aku perlu menunjukkan prestasi kerja yang baik. Aku mula bertugas di bahagian alat tulis. Di situ, aku berkenalan dengan Kak izan. Kak izan memberikan tunjuk ajar kepadaku.
 "Sebelum pelanggan mula masuk ke dalam Pasaraya, Farah kena pastikan susun atur alat tulis dalam keadaan baik dan kemas. Sapu sampah dan mop lantai sehingga bersih"

Ok. Itu pelajaran pertama. Aku terus menolong Kak izan mengemas alat tulis seperti buku nota, pen, pensel dan sebagainya. Yelah, kadang-kadang ada pelanggan yang suka membelek-belek barang kemudian menyepahkannya tanpa membeli. Baru aku tahu, penatnya menjadi pembantu jualan ini. Terbayang sikapku sebelum ini, yang hanya meletakkan barang sesuka hati di dalam pasaraya.

Habis mengemas, aku cuma berbual-bual dengan Kak Izan. Tidak banyak kerja yang perlu dibuat. Bahagian alat tulis, bukan seperti bahagian barang basah yang setiap hari sentiasa sibuk menerima stok baru. Aku mengerling ke department yang bersebelahan dengan Department alat tulis. Department toilettries seperti ubat gigi, sabun mandi dan bahan-bahan pencuci. Aku terus terpandang remaja lelaki tadi yang sedang sibuk menyusun stok baru di atas rak-rak pasaraya. Seperti tahu ada mata yang memandang, dia terus memusingkan kepala ke arahku. Lantas bibir mengukir senyuman. Aku tersipu malu. 'Jangan salah faham ek, aku bukan nak usya hang pun. Saja tertengok'. Hanya sekadar berkata-kata di dalam hati.

Tengahari itu makcik mula masuk kerja dan membawal bekal nasi untukku. Aku makan di pantry sambil ditemani makcik. Makcik bekerja sebagai kerani pejabat. Habis waktu rehat, aku menawarkan diri untuk membantu Kak Izan meletakkan label harga pada bekas minuman dan menyusun di atas rak. Sedang aku terkial-kial menyusun bekas minuman pada rak yang paling tinggi, remaja lelaki tadi datang menyergahku. Aku terkejut. Habis terbalik semua bekas-bekas minuman tu. 'Ni dah melampau, kurang asam betul mamat ni. Aku tak kenal hang, jangan nak sibuk-sibuk kacau aku'. Aku bermonolog seketika.

Dia cuma tersengih-sengih macam kerang busuk lalu terus berlari-lari anak memanggil makcik aku. Makcik terkocoh-kocoh datang. Risau sesuatu yang buruk berlaku pada anak saudaranya yang seorang ini. Aku cuma menarik muka masam. Mamat sewel tadi terus ketawa berdekah-dekah dan menceritakan apa yang berlaku kepada makcik. Makcik cuma menggelengkan kepalanya. "Usop..usop..hang ni takda kerja lain ka dari dok kacau Farah ni? Kesian dia".

Aku memang tidak pandai bergaul dengan lelaki apatah lagi untuk beramah mesra. Aku agak kaku apabila bertemu dengan mana-mana lelaki. Sebab itu, aku tidak punya kawan lelaki masa di alam persekolahan. Di sekolah rendah, aku dikenali sebagai murid pandai yang garang di mulut tetapi hakikatnya agak lembik. Kerap kali aku dibuli. Di sekolah menengah pula, aku rasa aku ni hampir tidak dikenali oleh kebanyakkan pelajar lelaki kerana sikapku yang lebih banyak mendiamkan diri di dalam kelas. Jadi, apabila si mamat sewel Usop tu mula menggangguku, aku jadi serba tidak kena. Marah, meluat dan malu saling bercampur baur.

Hari kedua, si Usop mula melakukan serangan ke dua ke atas ku. Apakah serangan itu?


Bersambung.....


5 ulasan:

  1. Ha..usop melakukan serangan pa?sambung lg,smbung lg yong..bikin saspen je ni..:D

    BalasPadam
  2. @adrianna syaz: keh3x..ada juga org yg nk bca citer ntah apa2 ni kan.. tunggu episod seterusnya :)

    BalasPadam
  3. jeng3..berani nya usop ni..tiap2 hari nak ambush..hahahah

    BalasPadam
  4. @SFaezah: tuela pasal. menyampah tol.. haha

    BalasPadam
  5. bila nak sambung yong...akak ngah tunggu....dah rasa macam baca novel :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com