-->


Jumaat, 12 Julai 2013

Episod 3 : Kawan baru

 
Sambungan dari Episod 2
Baca dari awal Episod 1

Hari ke dua bekerja di Pasaraya Fajar, aku sudah dapat melakukan tugasan ringkas seperti menyapu sampah sebelum Pasaraya di buka. Maklumlah, pasaraya kecil. Bukan ada tukang cuci yang digaji khas untuk membuat kerja-kerja pembersihan. Aku diperkenalkan dengan penyelia department aku, Kak ina. Orangnya berkulit cerah, tinggi lampai dan berambut lurus panjang. Aku agak Kak ina ni jarang buat latihan senyuman. Asyik mencuka je muka dia. Aku pula naik takut bila berjumpa dengan dia.

Kak ina memberi selembar label harga alat-alat tulis untuk dilekatkan pada stok alat-alat tulis yang baru sampai. Rasa seronok pun ada dapat buat  kerja-kerja macamtu. Maklumlah first time katakan. 

"Lepas dah siap buat kerja ni, Farah pergi jaga bahagian kaset & CD ye.
Ganti Along sekejap." 
"Baik kak"

Aku dan Kak Izan mula bersila di atas lantai pasaraya sambil membuka semua stok barang yang baru sampai. Kak Izan mengajarku cara untuk melihat label harga bagi memastikan ia sepadan dengan produk. Kami berbual-bual sambil membuat kerja. Bosan jugak kalau masing-masing diam je. Kak Izan banyak bercerita tentang staff alat tulis yang kerap bertukar-tukar. Dia yang paling lama bertahan. Aku cuma tersenyum. Yelah..semua orang mesti mahu kerja yang lebih baik kan? Berdiri selama 10jam dan melayan karenah pelanggan memang memenatkan walaupun kerja itu nampak mudah. 

Selang beberapa jam, Along datang ke department kami dan meminta aku menggantikannya sementara dia pergi berehat. Seingat aku, kami mempunyai empat shift rehat dan dua shift bekerja. Sebelum Along keluar pergi berehat, dia mengajarku cara memasang CD dan kaset-kaset lagu pada alat pemain muzik. Peluang baik ni. Aku mula memasang lagu-lagu kegemaranku daripada penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza. Ceh, ikut halwa telinga aku je. Bukan ikut kehendak pelanggan. Dari kejauhan, aku nampak Along dan si mamat sewel Usop tu keluar makan bersama-sama. Hmm lantak la..

Sekembalinya aku ke bahagian alat tulis, aku hanya menyusun barang-barang yang bersepah dan melayan beberapa orang pelanggan yang memerlukan khidmatku. Ada yang bertanya jenis pensil warna apa yang cantik. Ada yang mahu melihat pen jenama Parker. Ada juga yang mahu membeli tali string untuk gitar. Aku hanya menolong setakat yang mampu. 

Pukul 4 petang, aku sudah rasa bosan dan tak sabar-sabar nak habis kerja. Aku berjalan-jalan ke bahagian alatan permainan yang bersebelahan dengan bahagian alat tulis. Aku membelek-belek teddy bear berwarna biru sambil memeluknya. Teringin. Biasalah jiwa muda masih keanak-anakkan lagi. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang remaja lelaki yang merupakan pekerja di situ juga. Namanya Wan. Entah kenapa aku rasa sangat selesa bersembang dengan dia walaupun aku pernah akui, aku tidak pandai berkawan dengan mana-mana lelaki. Wan sebaya denganku. Dia mengusik "kalau aku tak tegur hang, sampai bila-bila hang dok diam, tak mai menyembang dengan aku kan?".  Aku tergelak kecil


Aku cepat-cepat kembali ke bahagian tempat kerja aku. Risau kalau-kalau Kak Ina datang. Fuhh..lega hari ni mamat sewel tu tak datang mengganggu aku. Aman dunia. Aku berdiri di celah-celah rak antara rak album gambar dan rak alat tulis. Sedang asyik menyendiri, ada tangan yang menghulurkan sekeping kertas. Arggh..baru nak lega. Dia datang sini pula

"Saya nak no telefon awak boleh tak?"
" Saya takda telefon bimbit"..Ya dalam usia 17 tahun, aku masih tidak ada telefon sendiri.
"Ok. kalau camtu bagi emel awak"
"Saya takda emel"
"No telefon rumah tokwan takkan takda kot? kalau taknak bagi, saya minta dekat Kak Siti". Gertak Usop

Aku mengetap bibir tanda geram. Lantas aku merampas kertas di tangannya dan mula menulis no telefon rumah tokwan. Usop tersenyum tanda kemenangan. Mujurlah Kak Izan tak nampak. Kalau tidak, habis digosipkan kami ni.

No telefon dah berjaya dapat. Apa tindakan Usop seterusnya ye?....

Bersambung...


3 ulasan:

  1. Haha..bleh mintak nombot tepon cmtu eh..kemain..:D..sya tnggu smbungan ceta yong lg..:D

    BalasPadam
  2. hamboihh..berani nya usop tuu!hihi

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com