-->


Ahad, 14 Julai 2013

Episod 4: Panggilan telefon

 
Sambungan dari Episod 3
 
 
Urat badan terasa lenguh. Berselirat. Penat. Tak tahu sama ada penat berdiri, penat melayan pelanggan atau pun penat menunggu habisnya waktu kerja. Aku dan makcik hanya berbaring-baring sambil melayan drama TV3. Tokwan duduk di kerusi malas..

Kring..kring..kring,..
Telefon rumah berbunyi. Aku tidak menghiraukannya. Memang sikapku tidak gemar menjawab panggilan telefon. Tok yang baru datang dari arah dapur terkocoh-kocoh menyambut gagang telefon.

"Hello. Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa ni?"

Terus Tok Melah panggil aku. "Kak Yong ada orang nak cakap dengan hang ni ".

Haa sudah. Sapa pulak telefon malam-malam ni? 

"Hello"
"Hai farah.Usop ni. Buat apa tu?"
"Tak buat apa pun. Tengok TV ja. Kenapa kol?". Aku tidak selesa bercakap sementelah Tok memandangku semacam je.
"Saja la nak cakap dengan awak. Awak dah makan ke?"
"Sudah. Oklah bye!" Gagang telefon terus sahaja diletakkan tanpa menunggu respon dari Usop. Aku cemas kalau lagi lama bercakap, lagi banyak soalan daripada Tok dan Tokwan.

"Sapa kol Kak Yong?" Tok mula bertanya.
"Kawan baru cheq kat Pasaraya tu."
"Ada apa dia kol?"
"Hmmm tak taulah kat dia tok"

Aku terus masuk ke bilik tidur dengan diekori Makcik Ely dari belakang. 
"Awat Usop kol hang Kak Yong?"
" Tak taulah kat dia makcik, keja nak mengacau orang je"
"Dia syok kat hang pa"
"Ish, mana ada makcik ni"
"Eh, dia dah ada awek tau. Jaga-jaga sikit"
"La ya ka. Abis tu awat yang suka kacau orang?"
"Saja dia kot. Dia tu kan mulut ramah sikit".

Aku malas nak bertanya siapa awek Usop kat makcik. Biar jelah.. 
Sejak menetap di rumah tokwan Malik, aku makin rapat dengan Makcik Ely. Banyak perkara makcik kongsikan dengan aku. Kisah percintaan dia pun aku tahu. hehehe. Makcik Ely ni boleh tahan ramai peminatnya. Mungkin sikapnya yang peramah berbanding aku yang lebih pendiam. Aku melihat makcik rancak berbalas-balas mesej. Mungkin dia tengah mesej dengan Along. Maklumlah orang tengah hangat bercinta. Aku yang tidak mempunyai telefon bimbit, hanya berbaring menatap atap zink rumah tokwan. Bosannya. 

"Kak yong, hang nak kenal tak dengan sorang mamat ni?" . Makcik mula  memecahkan kesunyian malam
"Sapa makcik?"
" Nama dia Yus. Dia suka mesej-mesej makcik tapi makcik malas nak layan"
"Dah tu tak payahla layan dia. Cheq pun takmau kenal dengan dia"
"Ala aritu makcik tersalah hantar mesej. Tup..tup.. terhantar kat nombor handphone si Yus ni. Start dari situ la, dia dok ganggu makcik. Hang layanlah sat"
"Eh..eh.. takmaulah. Dahla. cheq nak tidoq ni". Apa-apa jelah Makcik Ely sorang ni.

Mata aku mulai layu. Aku dibuai mimpi-mimpi indah. Hanya tersedar apabila bunyi kokokan ayam dan suara tok mengejutkan kami supaya bangun subuh. Aku bangun awal dari makcik dan terus mengambil wudu'. Suasana pagi di kampung yang begitu sejuk menyebabkan aku tersangat malas mandi awal pagi. Tok dan tokwan bangun seawal jam 5 pagi hampir setiap hari. Sarapan sudah tersedia di atas meja. Memang menjadi rutin harian, tok dan tokwan yang akan bersarapan bersama-sama sebelum pergi menoreh getah. Aku dan makcik pula selalu terbabas tidur. Hehehe..

Selesai solat subuh, aku menarik selimut mula menyambung tidur kembali. Anak dara pemalas. Tidur selepas subuh. Itulah diriku. Masuk kerja pukul 10. Sempatlah aku tidur untuk 2jam.

Kring..kring...kring
Telefon rumah mula berbunyi lagi.Aku terkejut dari tidur. 'Sapalah yang telefon pagi-pagi ni? Tak tahukah tuan rumah mahu bersenang-lenang?'

Aku melangkah malas keluar dari bilik menuju ke arah telefon yang diletakkan di ruang tamu. Gagang telefon terus diangkat. 

Siapa yang menelefon pagi itu?

Bersambung.....



2 ulasan:

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com