-->


Sabtu, 13 Julai 2013

Wedding Review #7: Hadiah kasut kahwin


Siap Sedia untuk baca Entry yang maha panjang ni...
 
Rasa macam dah lama kan Yong tak buat entry pasal progress kawen. Hmm banyak benda sebenarnya yang nak citer tapi tak tau nak start dari mana. Asyik tertangguh ja. Itu yang jadi idea blocking tu.. Last2 dok update pasal bibliography kisah percintaan Yong & Usop je. Itu pun Usop dok kerah suruh tulis, dia nak baca. Hish, geram betol Yong. Yong suruh dia karang sendiri dia taknak. Mula la buat-buat puji Yong. "Ala, awak kan pandai menulis. Saya mana reti. Eja pun salah". ceh.. Demi tunang tersayang, ikut jelah kehendak dia kan. haha.
 
Ok back to the title of this entry 'Hadiah kasut kahwin'.  Kan lagi sebulan je kan Yong & Usop nak kawen tapi banyak perkara tak settle lagi. Yelah, Yong sibuk dengan thesis dan ViVa. Dok kat Kelantan ni, tak sempat nak prepare semua benda. Sekarang ni rasa gelisah sangat takut tak sempat buat seperti apa yang dirancangkan. Bunga telur & goodies bag pun tak siap lagi. Bilik pengantin mujurlah mak & adik tolong cat. Ikut warna pilihan Yong. Cream. Masalah terbesar Yong sekarang ni tudung dan kasut takda lagi. Camna ni? Ish, baju dah ada. Tudung dan kasut pula takda lagi.
 
Then, Yong mula la survey kat internet ni. Banyak kasut yang yong berkenan tapi harga mahal pula & kedai dia jauh. Kawan Yong, Nisah tak galakkan Yong beli online. Dia cakap better try sendiri kasut tu baru tau ok ke tak. Yong pula macam dilema. Masa dah suntuk sangat ni. Nak cari kat kelantan, tak tau nak cari kat mana. Bukan ngada2 taknak pakai kasut yang butik pengantin dah sediakan. Tapi kebanyakkannya macam gambar kat bawah ni.
 
 
 Sumber: Kasut pengantin

Kaki Yong jenis lebar. Yong rasa macam pelik & tak selesa pakai heels macamni. Lagi satu Yong tak berkenan pattern muncung2 itik tajam ni. Hehe.. owner pemilik kasut ni jangan marah Yong tau. Tapi kalau ada sesapa yang berkenan heels macam gambar kat atas tu bolehla terus pergi ke page facebook ladies shoes. Yong dah letak link kat bawah gambar tu. 

 Hari tu Yong ada buat entry  Idea Kasut Kahwin kan? Masa tu rambang mata kot. Terus kol Usop, minta dia cari heels kat KL siap bagi alamat lagi. Satu kelebihan Usop ni, dia pandai sikit beli kasut kat Yong. Yong ingat lagi dulu Usop ada hadiahkan heels 2 inci lebih, bertumit kaca dan depan heels tu ada reben & batu svaroski yang cantik untuk pakai masa istiadat Konvekesyen Diploma. Jangan tak tau, mak Yong pun suka tau heels tu. Dia cakap kalau takmau, bagi kat dia. Eh3x.. memang tak bagi la kan.

Yong suka heels kat tengah-tengah tu? nampak tak? 



Usop pun dengan baik hati pergilah butik Bella Rina kat Persiaran Permata, KL. Sampai je kat sana, dia terus kol & mms Yong tanya nak kasut yang macamna. Yong pun gitaulah nak heels yang 2-3 inci je. Nanti kalau pakai lebih dari 3 inci, Usop nampak rendah pula. Usop tinggi sikit je dari Yong. Bolehlah nak dikatakan Yong ni kategori perempuan tinggi juga.. hehe.. Perasannn..

Usop gelak-gelak & ejek Yong. Dia cakap macamlah Yong ni tinggi sangat. Then, dia bagi phone kat akak kedai tu. Suruh Yong cakap sendiri
"Adik nak kasut yang macamna?"
"Berapa ye range harga kasut tu semua akak?"
"Dalam RM200- RM5++, ikut pada design"
"Oh. Heels yang 2-3 inci ada tak?"
"Takdalah dik. Semua 5 inci"
"Ala kak..saya risau takut tunang saya nampak rendah je"

Akak tu terus tergelak. Then, dia suggest kat Yong suruh beli kasut kat kedai lain pastu kalau nak tambah manik atau lace, boleh hantar kat kedai dia. Tak silap Yong, harga tampal manik bermula dari RM50. Yong rasa bersalah jugak dengan Usop masa ni sebab macam tak jadi beli je kasut tu. Penat je Usop pergi ke Butik Bella Rina Wedding. Yong minta Usop pergi cari kasut kat kedai-kedai lain pula. Dia taknak dah. Dia suruh Yong cari sendiri kat Kelantan dengan Nisah.. Frust, i tell u.

Yong pun ngadu la kat Nisah. hehe. Nisah ni kawan baik Yong sepanjang study kat UiTM KB ni. Nisah ajak Yong tengok-tengok kasut kat KB Mall. Yong pun ok jelah walaupun dalam hati dah tau tak banyak pilihan sangat kalau pergi sana pun. Jumaat 5hb 7 2013 tepat jam 11 pagi, Yong, nisah & kawan-kawan lain pun pergilah KB Mall. Lagipun, hari jumaat banyak kedai makan tutup. Itu yang pakat2 nak pergi KB Mall cari makanan tu. 

Kami masuk dari satu kedai ke satu kedai lain. Tak jumpa kasut yang Yong berkenan. Ada yang cantik tapi simple sangat dan kebanyakkannya adalah pattern wedges. Lagi satu jenis kulit yang nampak shining sangat. Yong tak suka heels camtu. Yong suka jenis kain baldu atau kulit biasa. Rasa penat sangat jelajah satu KB mall tu. Kesian kat kawan-kawan Yong, bersemangat betul depa tolong cari kasut kat Yong.


Perut mula rasa lapar. Kami pun pergilah ke food court KB Mall.
 Saja nak tayang gambar Yong makan koeyteow sizzling. Sedapp.. 
Tukang masak dia pun hensem..hehehe



Inilah kawan-kawan Yong. Yang hujung sekali belah kiri tue la Nisah. Gambar Yong takda. Saja taknak tayang muka. Nak tengok, tunggu gambar kawen. hahaa

Masa tengah makan ni, Nisah pun tanyalah Yong lebih kurang camni
"Hang takmau tengok kasut kat Parkson ka?"
"Dak kot. Jauh la.Lagipun aku malas nak pi dah"
"Kalau nak pi, jomlah. Ahad ni aku nak balik dah. Nanti takda orang nak teman hang"

Yong pun terdiam. Tengah fikir lah konon-kononnya. Nisah dok paksa-paksa ajak pergi Parkson gak. Dalam hati Yong, apa kenalah dengan kawan aku sorang ni kan. Geram sangat agaknya. Dia bocor rahsia kata dia dan mantan AJK Kelab Re-x (Rekreasi) dah kumpul duit nak belikan kasut kat Yong. Dia nak beli sendiri, dia tak tau Yong suka kasut yang macamna. Itu yang dia pulun ajak Yong keluar hari tu. Yong terus terlopong. Whatts?? Belanja? Yong pun cakap takmau. Macam menyusahkan depa ja. Lagipun Yong dah lama tak aktif dan keluar lepak sekali dengan depa lepas dah letak jawatan dalam Kelab Re-x. Rasa segan & bersalah je kat depa.

Nisah malas dengar alasan Yong. Dia ajak pergi Parkson gak. Kami tahan teksi depan KB Mall pergi Parkson. Kawan-kawan lain tak ikut dah. Depa nak beli barang dalam KB Mall je. Sampai kat Parkson dah dekat kul 1 lebih. Mestilah tutup. Haa, jangan tak tau. Kelantan ni je satu-satunya negeri yang akan tutup semua kedai terutamanya Pasaraya masa solat jumaat bagi menghormati waktu solat. Yong dan nisah merayau-rayau kedai-kedai lain. Tepat kul 2, kami masuk Pasaraya Pantai Timur dulu. Saja nak tengok kalau-kalau ada kasut yang menarik. Hmm takda pun. 

Malas nak buang masa lepas beli stok makanan kat Pantai Timur, kami pun masuk ke dalam Parkson. Dalam banyak-banyak jenama kasut, mata Yong berkenan dengan kasut kat bawah ni ja. Yang lain semua warna hitam dan terang sangat.

Tengah konpius tak tau nak pilih yang mana.


Ok. yang hujung belah kanan tu kosong sangatkan. So, kami buang dalam list pilihan
Yong takmau tayang gambar yong try heels tu. Segann.


 Pandangan tepi heels. Ok tak hampa?

Yong ada cakap Yong taknak pakai heels lebih dari 3 inci kan? sayangnya heels yang cantik2 semuanya lebih dari 3 inci. Tengok harga pula. Oh My God! Lebih dari RM100 ni. Yong bajet bawah RM100. Taknakla susahkan kawan-kawan yang nak belanja tu. Nisah cakap kalau berkenan amik je. Yong pun kol Usop. Yong ni cerewet & susah sikit kalau nak buat pilihan. Siap hantar MMS kat Usop dan Kak Ngah (adik Yong) lagi. Usop cakap dua2 kasut tu cantik. Kak Ngah pula cakap heels yang reben kecik dan warna kelabu tu lagi cantik. Sempat lagi Kak Ngah berleter. Dia kata " aku dah cakap heels yang lawa-lawa semua 5 inci hang tak caya. Kan betoi cakap aku tu. Untunglah ada orang nak belanja".

Haa dekat sejam dok kat rak kasut jenama Zhang Toi tu. Lepas dah puas try dan catwalk hehe..propa ja lebih dalam tu. Yong pun decide nak amik heels yang mana. Mujur ada potongan 25%. daripada harga RM199.90 dapatlah dalam RM149.90. Harga dua kasut tu tak sama tau. Yang lagi satu tu mahal sikit, RM249. Saja takmau habaq, Yong pilih heels yang mana. Hampa try la teka.. hehe. Btw, heels tu 4 inci je. Yong siap kol Usop minta dia pakai kasut yang tinggi sikit masa kawen nanti. Dia cakap nak pakai songkok tinggi. hahaha. 

Akak sales tu cakap kalau beli barang RM150 dapat baucar diskaun RM10. So, Yong pun beli lah stokin. Boleh pakai sekali dengan heels nanti. 

Nisah tengah bayar heels dan stokin untuk Yong. Terkejut akak tu bila terkena flash kamera Yong. 
Opss Sori akak, saya nak letak gambar dalam blog je.

Lepas dapat baucar diskaun tu, kami terus naik ke tingkat atas untuk cari barang yang harga RM10. Malas nak simpan lama-lama baucar tu. Lagipun valid sampai 14hb 7 je. Belum tentu Yong rajin nak pergi Parkson lagi. Nisah takmau baucar tu. Dia suruh Yong amik juga. Akhirnya jumpa juga barang harga RM10. Apakah itu?? haha..rahsialah. 

Yong terharu sangat dengan sikap prihatin kawan-kawan Yong. Tak sangka mantan AJK Kelab Re-x baik hati kumpul duit nak belanja kasut kat Yong. Depa cakap yang tu je depa boleh tolong. Lagipun nanti depa tak boleh pergi kenduri Yong. Jauh. Pengerusi Kelab Re-x, En Zul..kami panggil abah je.hehe Siap google kasut lagi dekat Yong. Hehe. Nisah, Najwa & Yana yang stori balik semua ni dekat Yong. Dalam gambar tadi ada gambar Najwa & Yana. Yang sebelah nisah, Najwa & depan Najwa pula,  Yana. Maksudnya kami berempat ni mantan AJK Kelab Re-x. Best tau aktiviti-aktiviti dalam kelab ni. Sesuai untuk orang yang aktif dan suka sukan lasak. Depa cakap, En Zul suruh beli kasut yang mahal & branded sikit untuk majlis kawen nanti. Terima kasih kawan-kawan. Hadiah kasut ni sangat bermakna dalam hidup Yong. Kurang sikit beban Yong nak beli barang-barang kawen. Hampa semua memang baik hati, caring, & sporting sangatttt

Nak tau tak.. rupa-rupanya kan? depa komplot dengan Usop juga. Depa tak bagi Usop beli kasut dekat Yong.  Tak taula bila masa depa semua kol Usop ni. Patutlah Usop dok suruh Yong keluar cari kasut dengan Nisah je. Lepastu boleh buat macam tak tau apa pun bila Yong kol dia. Yong punyalah citer detail pasal ada orang nak belanja Yong. Maluu tau..

Hampa rasa patut tak Yong hias kasut tu lagi macam tambah manik? 
Ataupun biar kosong je?
Nak tau kasut mana yang jadi pilihan hati Yong? 
Tunggu lepas abis majlis kawen nanti  :)


P/s: Sori lah entry ni agak panjang. Serius Yong tak pandai karang citer pendek-pendek.



8 ulasan:

  1. hari tu ada jugak gi rins suzana..
    kat tmn pertama..
    kasut mmg cantik2.. kalau kita yg kreatif ni blh buat sndri..dh lma buat. hehe

    BalasPadam
  2. @Sofea Lang: ye ke Sofea? mujur Yong tak g skali dgn Usop ari tu.. Kalau tak memang rambang mata la kat sana.. hehe

    BalasPadam
  3. syok nya ada org bg adiah kasut..hiii
    klu akak, akak x hias dah..sbb suka simple2..
    klu yong nak hias, boley tambah blink2 sikit kot..

    btw, akak pon ada masalah sama mcm yong..ssh nk cari brg yg berkenan kat tganu ni..dok besa shopping kat png ja..

    BalasPadam
  4. @SFaezah; yong teringin nak hias. Tapi macam malas pun da.. hehe. Macam tak sempat je.

    Nasib kita lah akak, dok kat perantauan ni. penang lg byk plhan kot. Brg2 kawen murah2 kan kat Penang?

    BalasPadam
  5. cantik kasut tu..
    klu bju dh sarat ngn beading, better biar kasut tu look simple.. kang dr atas smpi bawah duk lip lap lip lap... hehehe

    BalasPadam
  6. @Diyana: okeh..thanx diyana bg pendapat.. :)

    BalasPadam
  7. Wahh...beshnye yong dapat hadiah kasut kawen. Mesti sampai bila2 pon ingatkan. Sweetla kasut yong.Kalau yong jenis suka blink2 okay je nak letak. Tapi kasut tu sendiri pon da cantik dear. :)

    BalasPadam
  8. @s h a mmg best sgt sha..terharu smua da. skrg ni kasut tu tersimpan dlm kotak je.. hehe, nak bg org pnjam pun syg sgt2..msa mjlis aritu yong xda ltak blink2 apa.. mmg pkai cenggitu ja

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com