-->


Selasa, 30 Julai 2013

Idea Tudung Kahwin

 
Serabut tak serabut lagi seminggu lebih nak kawin, tudung pun takda lagi. hoho. Tudung nikah Yong dah tempah kat kawan Yong, dia baru je start buat bisnes tudung kecil-kecilan kat FB. Dia kata cari duit cuti sem ni. Untunglah orang yang pandai jahit ni. Yong tangan kayu. hehe. Yong request buat halfmoon shawl warna cream.Baju nikah Yong kaler cream. Sedihh bila cakap pasal baju nikah ni. Tunggula next entry.
 
Dah 2 hari badan Yong lemah sangat, tak boleh nak buat apa pun. Kepala jadi pening. Taktaula simptom bridezilla atau penangan nak amik test ulangan JPJ kelmarin. Tak tido sampai koi 4 pagi u olls sebab risau gagal lagi. Dahla sebulan lebih tak drive keta. Tawakal je masa nak pi test tu. Alhamdulillah lulus akhirnya. Short story je lah sebab point utama nak citer pasal tudung. Tunggu entry berkaitan test JPJ. 
Hoho. Ada ka yang nak baca?
 
Yong tak suka sangat tudung awning ni. Rasa macam tak kena ja dengan muka Yong bila pakai. Lagipun yong ni berkaca mata. Muka pula tak bulat sangat, tak petak sangat..camna tu? hehe. Tudung awning tu Yong pakai bila nak pi pekan dekat2 dengan umah, pi sidai kain & sambut tetamu yang datang rumah. Konklusinya, a BIG NO untuk tudung awning untuk majlis nanti. Tudung awning ni mostly paras-paras dada ja..I tak gemar sangat. Mak andam pula suka masukkan tudung dalam baju masa majlis kawin. Kenapa ye? Kalau tak masukkan tak boleh ke? Bagi Yong tak manis bila buat camtu sebab menampakkan bentuk dada si pengantin perempuan.
 
 
 Kan manis kalau bakal pengantin berhijab macamni..hehe
 
Sumber: Eja Shahril Collection 
 
Kak Eja ni memang ambil tempahan buat tudung dan dress pengantin pun. Semuanya memenuhi kriteria pemakaian muslimah dan mengikut syariat. Bagi sesiapa yang berniqab pun boleh tempah niqab pengantin kat Kak Eja. Seriously, Yong suka semua design2 dia. Sayanngg lambat jumpa link dia. Kalau tak, dah lama tempah tudung kat dia. Ye ke? haha. Mahal sikit untuk pengantin bajet macam Yong. Rata-rata RM160 ke atas.
 
 
Yong teringin juga nak pakai tudung gaya arab macamni
 
 
 
 
 
 Baju sanding Yong kaler sebijik macam gambar kat atas ni. Detail manik kaler biru. Terpikir nak pakai tudung kaler putih atau baby blue sebab veil dah warna sama macam dress
 
  Cantik kan bentuk muka Aida gadis melayu?

Adik-adik Yong tak berapa setuju bila Yong nak pakai tudung camtu. Taktau la apa sebabnya. Yang Yong pasti, depa mula tak suka lepas tengok Makcik Dilah ( mak sedara sepupu sebelah abah) kawin pakai macamtu. Eh, sapa yang pengantin sekarang ni? Suka hati aku la nak pakai camna pun. Boleh gituu? haha.
 
Kak senior masa sekolah menengah dulu ada share Page FB kat Yong. Dia kata dia boleh custom made tudung kalau Yong nak.Ni contoh shawl halfmoon yang dia promosi sempena raya ni. Kak nadia jangan marah ye yong letak pic ni.
 
Sumber : vintage bucket
 
Harga promosi RM50. 
Yong dilema samaada nak tempah kat dia ke tak. Kalau jadi, Yong nak request dia buat bagi labuh sikit shawl tu. Agak-agak sesuai tak nak belit2 jadi macam gambar kat bawah ni
 
Berkenan betul dengan detail pada tudung ni. Ada tampalan lace di bahagian leher. Tak tau nak tempah kat mana. Mampu berangan jelah.
 
Then, yong google lagi sampai naik lebam bijik mata ni. Niat di hati nak tempah shawl macam kat bawah ni. Cantik sangat..Tapi dah terlambat sebab diorang dah close order.
 
Boleh pilih sama ada nak manik & pearl di atas bahagian kepala atau di bahagian dada. Gambar kat bawah tu sekali dengan veil. 


Yong suka semua shawl dari Radiusite. Tapi kebanyakkan tak boleh beli online dan cepat sold out

Suka taburan manik dia. Tema majlis bertandang lebih kurang macam gambar shawl atas ni la. :)
Ni pula jenis halfmoon
Sumber: http://www.radiusite.com/


Haish..susah-susah sangat beli jelah shawl plain. Pakai biasa-biasa dahla. Kot-kot leh jadi cantik & gojes macam ni:







Nak cari shawl bidang besar, tak jarang & labuh? TudungPeople ada pelbagai koleksi 
shawl yang menawan hati.

Sumber: TudungPeople


Ini pula contoh pemakaian bawal plain :

 Pengantin ni masukkan tudung dalam baju tapi di bahagian luar baju ada shawl beralun. Nampak cantik la pula. Hai la mata.. hehe.


 
 Akad nikah nanti nak pegang Handbouquet carnation.
 Harap-harap ada rezeki. huhu


  Yong tak pasti irma ni pakai shawl jenis apa. Yang pasti irma sangat ayu..


Cukuplah setakat ni contoh gambar pemakaian tudung semasa majlis
perkahwinan. Tunjuk banyak-banyak nanti pakat juling mata pula. Haha. 

Yong nak bagi tips untuk cari idea tudung/shawl, eloklah kalau tengok kat page atau blog official photographers. Sebab banyak pilihan jenis pemakaian tudung/shawl untuk majlis kawen. Google semata-mata memang susah nak cari idea.hehe..

Bakal kak ipar (Kak Aisyah) ada cakap dia boleh jahitkan manik & pearl kat tudung tapi tudung Yong kena cari sendiri lah. Doakan Yong dapat buat keputusan secepat mungkin ye. Thanx hampa semua. xoxo.



22 ulasan:

  1. congrat da dpt lesen..^^

    yong cantek laa tudung yg ada lace kat leher tu..dan still sopannn!!

    thanks for sharing the nice link :)

    BalasPadam
  2. @SFaezah : thanx kak faezah. Tuela Yong suka sangat tudung tu.Yong ada update entry skit. Welcome n tq sudi baca.

    BalasPadam
  3. Aah..ifnir pn xske tudung msuk dlm bju.nti mmg nk ltk kt luar mcm biasa2..ifnir pkai halfmoon ntuk akad nikah.selesa sb boleh adjust bg besar..then sanding tpksa awning sb nk bg laen ckit gmbr.huhu..good luck yong

    BalasPadam
  4. @cheekychubbycutegirl: Kenduri ifnir bila? Tuela kalau pakai shawl leh adjust sikit kan? Takpala bentuk muka ifnir sesuai pakai tudung awning. Yong pikiaq byk kali gak klu nak pkai awning.hehe

    BalasPadam
  5. fiqa nt pki shawl.. hope dpt tutup dada huhu dh la fiqa ni kurg skit nk lilit2 shawl huhu

    BalasPadam
  6. good luck for tudung hunting.. hehe

    masa kenduri itu hari saya pakai tudung awning je.. then letak 1 lg lapis dgn halfmoon kat luar.. kasi tutup sikit...
    actually, tudung masuk dlm atau luar, semua depends kat pengantin.. hak kita nak cmne.. just make sure kita bitau mak andam kita tu ape yg kita nak...

    BalasPadam
  7. hahaha faham sgt perasaan tu. pendapat aku biar lah simple tp lawa. yg penting tutup apa yg patut kan :D

    BalasPadam
  8. better simple and nice..xpyh nk semak sana sni..lebihkn keselesaan..bile tdung masuk dlm bju tu nmpak kurang sopan..lgpon xmenepati dlm cara pemakaian islam kot..

    BalasPadam
  9. @Princess Feyqa: Feyqa pakai shawl cmna? beli on9 @ g kedai? hehe. Insyaallah blh ttp dada. Jangan risau k.. cee nshat org kemain tu

    BalasPadam
  10. @Diyana: tq diyana. opss lupa nk msukkan gmbr tudung awning yg pkai dgn halfmoon. Cantikk2. Tuela tp kdg2 ada gak mak andam yg degil nak kta dgr ckp dia ja. mujur mak andam Yong nanti ok. hehe

    BalasPadam
  11. @Cik TeN10: fatin..hehe. Aku tau hg suka benda yg simple2.senang kan? hehe. Macam kes aku ni last minit memang shawl plain la jwbnya

    BalasPadam
  12. @BAIZURA MOHD HATTA: haa. just simple & nice. Tapi farah ni cerewet skit. haha. Betoi2 tak menepati pemakaian dalam Islam. Ingat nak share link & gambar pasal tudung masuk dalam tu, dlu pernah share kat Fb..tp syg x ingat page yg mna. :(

    BalasPadam
  13. congrats yong dh dapat lesen :)...akak pakai bawal je yong...bentuk muka akak ni tak berapa sesuai dengan yang lain-lain tu...akak pun tak berapa setuju kalau letak tudung kat dalam baju tu...kalau yong tak suka, tak yah letak...just cakap baik2 kat mak andam tu...mesti dia faham :)

    BalasPadam
  14. Tudung nikah untuk disewa :)

    http://izahafizahcome.blogspot.com/2013/07/tudung-nikah-untuk-disewa.html

    BalasPadam
  15. @wawa syaida: Thanx kak wawa.. bawal pun cntik jga. yong pkai bwal msa mjlis bertandang, selendang pula msa mjlis resepsi di umah yong.. smuanya tudung plain ja..

    BalasPadam
  16. @Farhain Azmi

    Farhain Azmi, tahu x nak cari selendang yang dipakai kaler pink tu kt mane ? ade link x ? (tudung bawal masuk dalam, selendang beralun kat luar ) thnks share :)

    BalasPadam
  17. @Imya Haryanti: salam, irma..sy x pasti di mna nk dptkan selendang mcmtu..cuba awk ke link ni https://www.facebook.com/pages/LOOKitLOVE-photography/165498946854337?fref=ts.. byk cth2 tdg pengantin yg cntik diphotograph oleh photographer..cba cri gmbr tdg mcm yg awk nak tu n try tnya si ownernya

    BalasPadam
  18. Wow cantiknya....boleh try juga ni walau preggy2 hehe....

    BalasPadam
  19. Sapa tahu nk tempah di mana baju yg pengantin wrna pink slow tu.. Tdung masuk dlm baju.. Tp dekat baju ade kain yg d susun cntik di dada baju pengantin tu

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com