-->


Sabtu, 20 Julai 2013

Jemputan ke Majlis Kawen saya :)

Aish.. susah betol nak update blog skrg ni. Macam2 halangan  & 
perkara yang perlu didahulukan. Lagi 3 minggu je kenduri Yong..huhu. 
Banyak tak setel lagi. Sekarang, Yong dah ada kat Kedah. Dah hantar thesis..Rasa legaa sangat. 
Balik rumah pula macam2 benda nak kena buat. 
 
Macamna dengan posa kawan2 sekalian? Yong setakat ni ok je..Tak tinggal lagi.hehe. Sekarang ni, Yong tolong mak buat kuih-muih untuk dijual. Kuih yang Yong & mak dok jual macam karipap pusing, badak, donat, kasui, kuih sagu, popia, tako, kuih lopis, keria dll. Banyak pula nak disebutkan. Tapi kuih yang yong paling expert nak buat popia jelah.. hehe.Lagi satu, menjadi tugas khas yong buat bekas tako. Senang je nak buat. Guna daun pandan je. Cari duit lebih untuk beli ayam kenduri nanti. Ayam kan dah naik harga. Mahal.. huhu. Ok dah..stop citer pasal kuih-muih ni.
 
Ekceli, tujuan Yong buat entry ni nak jemput rakan-rakan blogger sekalian datang ke kenduri Yong yang akan berlangsung pada 12hb 8 2013, Raya ke-5 berlangsung di Kuala  Nerang, Kedah nanti. Harap kawan-kawan semua dapat datang dan memeriahkan majlis Yong nanti. Kepada sesiapa yang nak kad, bolehla emelkan alamat dan nama penuh kat emel Yong.
 
Ni detail emel Yong:
farhain2010886686@gmail.com

Inilah kad Yong.Simple je kan? 

Masa mula-mula nak tempah kad ni, Yong agak konpius nak letak nama apa kat depan kad. Sama ada Farhain @ Farah @ Kak Yong. Adik suruh letak je nama Kak Yong sebab nama tu memang lebih dikenali di kalangan kawan-kawan. Tapi rasa macam tak glamer pula kan? haha..ngada-ngada. Lastly, Yong decide nak letak nama Farah je sebab tu nama panggilan Usop kat Yong & family pun memang panggil "Farah" instead of "Yong".



Masa ni penuh lagi..Sekarang dah tinggal cikit je sebab banyak dah yang diedarkan.
Yong ada buat review kad kahwin kat sini
 
Yong agak terkilan & hampir nak marah juga pasal kad ni. Nak tau tak sebab apa? Nantilah Yong buat entry lain. Rasa macam tak sedap je nak citer semua dalam entry ni. Tungguuu ye hampa :)
 

P/S: Yong hanya akan pos kan kad pada blogger2 yang Yong kenal & follower Yong sahaja. No Card for ANONYMOUS. Bukan apa..zaman sekarang ni, macam2 boleh jadi. Bahaya.. 
 
 

28 ulasan:

  1. tahniah yong..tak lama dah 3 minggu tu..akak tumpang gembira..
    xpasti lagi boleh pi ka dak..aci x klu mintak kad jugak?hihi

    BalasPadam
  2. nak pergi! kalau dekatlah :( area selangor hehehe

    BalasPadam
  3. @SFaezah: thanx kak faezah. aci ja..hehe. kad ada lagi ni :)

    BalasPadam
  4. @Tampawan; hehe.. Kenduri Yong kat Kedah, Bakal suami pula kat Gerik, Perak. Mehlee jalan2 kat belah utara ni. hehe..

    BalasPadam
  5. congrats dear... kenduri kt kedah ekk.. suke2.. :) suami kite org kedah! :)

    BalasPadam
  6. tahniah yong! wah xlame je lg..smbut raye sekali la yea :) moga dipermudahkan segala urusan yea dear..

    BalasPadam
  7. kat kawan2 diploma x post kad ke? ;(

    BalasPadam
  8. Tahniah yong..nk kad..hehe...

    Sya pun tgh tekun buat bekas tako dgn tepung pelita yong..sehari 200 bekas kna buat..huhu...

    BalasPadam
  9. @ADILLA: Thanx Adilla..la yeke? kalau cmtu maila kenduri yong nanti.hehe

    BalasPadam
  10. @aisyah kz: thanx kak aisyah..yup smabut skali dgn raya.. tahun ni yong order banyak kuih raya nak bg tetamu merasa. hehe.. mai tau kenduri

    BalasPadam
  11. @Anonymous: Sapa suruh komen tak letak nama kan..huhu. Aku buat event kat FB siap suh inbox alamat lg kpd sesiapa yg nak kad. Kat msg yg chatting2 dgn bdk diploma pn da gtau. tp sapa pun xbg respon melainkan fifi, fiza, lan & amir. sedihhh tau dak..huhu

    BalasPadam
  12. @adrianna syaz: thanx sya.. emel alamat kat yong naa.. farhain2010886686@gmail.com

    Sya pun gigih menjual ke? yong bt dlm seratus lbh ja

    BalasPadam
  13. tahniah yong.. hehe.. x dpt juga nak p majlis yong.. ada kenduri kahwin kazen on the date juge.. hehe :D btw selamat perantin baru..

    BalasPadam
  14. Wahh...da dekat sgt ni.To date da jumpe blom tudung kawen dear?Jap g sha email alamat k.Sha mungkin kt kedah lg tarikh tu.Bolehla pg.Pokok sena ngan kuala nerang dekat sgt da.Wewitt.InsyaAllah xde aral sha dtng ye yang.Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. :)

    BalasPadam
  15. fiqa nak pi..tapi jauh la sis huhu..tahniah ye sis :)

    BalasPadam
  16. @sarahhernyzar: It's ok sarah. Doa dari jauh pun dah cukup. hehe. congrats juga utk sarah. Selamat pengantin baru sarah :) TQ

    BalasPadam
  17. @s h a: Kg Sha kat p.sena ke? hehe.. boleh mai ni. hehe. Thanx sha. minta2 sya boleh mai meriah skit :)

    BalasPadam
  18. @Princess FeyqaIt's ok fiqa. Tolong doa dari jauh ek. Btw congrats menang GA dapat 2m border lace kan? GA kittyQueen kan?.hehe

    BalasPadam
  19. @Farhain Azmi ur most welcome dear..akk doakan dari jauh yea :) nak rase kuih raye jugak! haha..eh tak,nak duet raya!! hihihi..

    BalasPadam
  20. tahniah yong...waaa dah dekat...akak pulak yang nervous....hope semua berjalan lancar yong...dah nak jadi pengantin baru dah dia :)

    BalasPadam
  21. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  22. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  23. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  24. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  25. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  26. @aisyah kzhehe..kak aisyah la yg kena bagi duit raya kat yong. tahun ni Yong buat kuih tunjuk2 ja.. tak sempat nak buat.huhu

    BalasPadam
  27. @wawa syaida: thanx kak wawa.. Yong lagi lah berdebar2..huhu. Tak lama lagi turn kak wawa pula. Yong dah pos kad kawen. dapat tak?

    BalasPadam
  28. @wawa syaida: thanx kak wawa.. Yong lagi lah berdebar2..huhu. Tak lama lagi turn kak wawa pula. Yong dah pos kad kawen. dapat tak?

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com