-->


Khamis, 11 Julai 2013

Rindu

 
Hai u olls. Rindu tak kat Yong.. ecece.. ngada2  je kan?
Rasa dah lama tinggal blog ni. Bukan takda citer. Banyak perkara yang Yong nak share dengan hampa semua..Cuma TAKDA MASA. sobsobsob..
 
Ekceli, masa Yong buat entry ni Yong baru je siapkan report latihan industri yang dah ala-ala Thesis ni. Course Yong ni agak strict sikit. Ohh..hampa tak tau lagi kan Yong belajar apa.. Yong tengah nak abiskan Bsc in Statistics di UiTM Kota Bharu, Kelantan. 16hb ni baru start ViVa (Pembentangan laporan hasil kajian kita). Hampir 2 hari lebih Yong tak tido langsung.. Kami kena hantar report kat panel dulu pastu baru mula presentation nanti. Nantilah Yong citer panjang lebar pasal ViVa & thesis ni.. 
 
Camni la keadaan Yong dalam seminggu ni..
 
 
Bukan seminit.. bukan setengah jam, bukan sehari.. tapi dua hari lebih..lebih..lebih..lebih. haha. saja syok ikut trend budak kapel seminggu tu
 
Harap2 report Yong ok la dan memenuhi kriteria yang ditetapkan pensyarah. Tolong doakan Yong dapat present dengan baik ye 16hb nanti. Thanx semua!
Rindu nak berceloteh kat blog ni. Nak citer pasal persiapan kawen, nak join GA walaupun x pernah menang lagi, nak stori perkara yang berlaku dalam hidup Yong dan macam-macam lagi lah. Tunang Yong tanya "Eh,bila nak buat lagi kisah kita untuk episod 3?".. Haish Pakcik ni tak tau ke tunang dia tengah bertempur dengan thesis ni. 
 
Tapi kan..tak sangka juga ada orang yang sudi baca citer ntah apa2 yong tu. Thanx pada yang sudi membaca..tunggu episod seterusnya tau. 
 
Lastly, nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H. Jangan posa yang yok tau. hehe. Sesiapa perempuan yang uzur & tak boleh posa, janganlah makan depan adik2 pula. Depa tu baru nak belajar posa. Nanti kang nangis2 nak buka posa tengok akaknya berselera makan nasi. Yong selalu makan dalam bilik je.  Haa, Yang laki pula jangan nak buat alasan gastrik pastu tersilap merokok pula.
 
Oklah..Yong nak tido dah. Mata belah kanan dah mula sakit sebab lama sangat tak tutup dia. Pinggang Yong dah lenguh tahap gaban dah ni. Selamat bersahur!
 
 
P/S: Entry ni ditaip masa Yong tengah print report sambil bersahur.. 
 

7 ulasan:

  1. Salam ramadhan yong..rindu la..slalu ada je snggh2..ke blog saya..huhu..sbuk rerupanya...sambng ceta part 3 ti eh :D

    BalasPadam
  2. akak baca cerita yong tu :) cuma kadang2 tak komen sebab baca melalui hp...klu baca guna komputer memang akak komen :)
    do da best ye viva nanti....akak dah lepas viva2 tu..teringat nervous nak viva dulu...dah abes viva memang legaaaa :D

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa yong :)
    semenjak LI ni, rse penat sgt nk update entry and bce entry org pon kdg2 lupe nk komen huhu

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: salam..rindu sya jga.. nnt yong g terjah blog sya lg ek..hehe..okeh2

    BalasPadam
  5. @wawa syaida: hehe.. takpa kak wawa.. thanx doakan yong.bg tips sikit. hehe.. kad kawen yong pos lmbt skit tau. sori sgt2

    BalasPadam
  6. @Princess Feyqa: hai feyqa. slmt berpuasa :0 tuela yong pn kdg2 jd mcm feyqa jga. blogwalking je tp mls nak tggal jejak. cmna persiapan nikah?

    BalasPadam
  7. patutla blog yong sunyi sepi jee..chaiyok2 untuk viva pulakk! xlama dah 16hb..smoga semua berjln lancar :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com