-->


Sabtu, 24 Ogos 2013

Wedding Review #1: Majlis Akad Nikah

 
Rindunya kat blog ni. Rindu nak berblogwalking..huhu. Ekceli, kenduri Yong dah selesai 12hb 8 2013 ari tu. Then, majlis bertandang pula pada 17hb 8 2013. Nak update blog tertanguh-tangguh. Banyak benda yang nak dikongsikan dengan hampa semua. huhuhu.
 
Baru je seminggu kami kawen, Usop dah kena pergi kursus 3 bulan di Johor. Sedih juga. Tapi dah jadi isteri polis, kena kuat semangat & redha jelah. Lepas je Usop pergi Johor, Yong terus jatuh sakit selama 4 hari. Ni dah boleh buat entry baru sebab dah mula sihat sikit2. Sakit apa? Yong kena gastrik dan jangkitan pada saluran kencing.Lepas jumpa doktor dan makan ubat, badan Yong dah ok sikit. Kalau tidak, asyik terbaring je atas katil. Nak berjalan rasa sakit sangat kat perut. 
 
Oklah, malas nak citer pasal sakit ni. Jom layan gambar nikah Yong & Usop aritu

Majlis Akad Nikah berlangsung pada 11hb Ogos 2013 bersamaan 4 Syawal 1434H di Masjid Kg Pokok Machang, Kuala Nerang, Kedah.
 
Masa ni Yong rasa berdebar-debar sangat, minta2 lah Usop boleh lafaz nikah sekali je. 
Risau jugak sebab nama Yong ni agak susah disebut.. Farhain. Kadang2 boleh tersasul jadi Farahain.
 

 Alhamdulillah, masa ni dah sah jadi isteri kepada Muhammad Yusuf bin Yaacob dengan 2x lafaz. Nak tau kenapa 2x? Sebab akad yang pertama tu Usop tersebut binti 2x.jadi tak sah la. huhu. Bila akad yang ke dua, dia terus gementar dan lafaz laju gilerr macam keretapi.. Sedara mara yang ada kat masjid masa tu semua tersenyum, ada juga yang tak cover langsung..bantai gelak. Kesian my husband :)

Selesai akad nikah kena baca taklik. Untuk pengetahuan semua, bacaan taklik di negeri Kedah ni dalam tulisan Jawi. Takda rumi ye.. Pendaftar nikah, Ustaz Harun ada tanya Usop.."Boleh baca jawi tak?". Usop dengan beraninya "Insyaallah, saya cuba ustaz". Akhirnya, berjaya juga Usop baca jawi dengan lancar. Kagum sebentar. Ngeh3x..

Kemudian, Usop buat solat sunat nikah. Gambar tak banyak. Ni pun Yong amik kat page official photographer Yong. Then, kami bergerak pulang ke rumah. Sesi batal air sembahyang dan upacara menyarung cincin diadakan di rumah. Mak Yong yang minta buat camtu. Dia cakap tak manis dok cium2 dahi dan sarung cincin dalam masjid walaupun dah kahwin. Kena hormat rumah Allah. Yong setuju aje.


Yeayy dapat 2 cincin. Satu cincin lagi Usop hadiahkan sempena besday Yong
 pada 2hb Sept akan datang ni..


Eh, dah boleh salam. Masa ni malu-malu kucing lagi nak salam tangan suami 
sendiri depan saudara mara. hehe..Gambar ni dari kamera Yong. So, tak berapa sharp sangat.

Usop bacakan doa pada ubun-ubun kepala Yong dan berselawat 3x. 
Mudah-mudahan Yong dapat menjadi isteri dan ibu yang baik.

Awatlah nampak pelik sangat muka Yong tu..huhu.

Puas hati sangat dengan mekap ni. Natural. Takda cukur kening. 
Takda bulu mata palsu. Haram. Mak andam tue siap cakap "amboii adik, bulu mata hang elok noo, panjang & lentik..tak payah pakai bulu mata palsu dah".. hehe kembang setaman la I masa tu.

Ok. last gambar untuk entry ni..

Jatuh cinta dengan baju nikah ni walaupun ada cerita di sebaliknya.. Stay Tuned.
 
P/S: Tak puas lagi. rasa macam nak letak lagi gambar. hehe.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com