-->


Sabtu, 24 Ogos 2013

Wedding Review #1: Majlis Akad Nikah

 
Rindunya kat blog ni. Rindu nak berblogwalking..huhu. Ekceli, kenduri Yong dah selesai 12hb 8 2013 ari tu. Then, majlis bertandang pula pada 17hb 8 2013. Nak update blog tertanguh-tangguh. Banyak benda yang nak dikongsikan dengan hampa semua. huhuhu.
 
Baru je seminggu kami kawen, Usop dah kena pergi kursus 3 bulan di Johor. Sedih juga. Tapi dah jadi isteri polis, kena kuat semangat & redha jelah. Lepas je Usop pergi Johor, Yong terus jatuh sakit selama 4 hari. Ni dah boleh buat entry baru sebab dah mula sihat sikit2. Sakit apa? Yong kena gastrik dan jangkitan pada saluran kencing.Lepas jumpa doktor dan makan ubat, badan Yong dah ok sikit. Kalau tidak, asyik terbaring je atas katil. Nak berjalan rasa sakit sangat kat perut. 
 
Oklah, malas nak citer pasal sakit ni. Jom layan gambar nikah Yong & Usop aritu

Majlis Akad Nikah berlangsung pada 11hb Ogos 2013 bersamaan 4 Syawal 1434H di Masjid Kg Pokok Machang, Kuala Nerang, Kedah.
 
Masa ni Yong rasa berdebar-debar sangat, minta2 lah Usop boleh lafaz nikah sekali je. 
Risau jugak sebab nama Yong ni agak susah disebut.. Farhain. Kadang2 boleh tersasul jadi Farahain.
 

 Alhamdulillah, masa ni dah sah jadi isteri kepada Muhammad Yusuf bin Yaacob dengan 2x lafaz. Nak tau kenapa 2x? Sebab akad yang pertama tu Usop tersebut binti 2x.jadi tak sah la. huhu. Bila akad yang ke dua, dia terus gementar dan lafaz laju gilerr macam keretapi.. Sedara mara yang ada kat masjid masa tu semua tersenyum, ada juga yang tak cover langsung..bantai gelak. Kesian my husband :)

Selesai akad nikah kena baca taklik. Untuk pengetahuan semua, bacaan taklik di negeri Kedah ni dalam tulisan Jawi. Takda rumi ye.. Pendaftar nikah, Ustaz Harun ada tanya Usop.."Boleh baca jawi tak?". Usop dengan beraninya "Insyaallah, saya cuba ustaz". Akhirnya, berjaya juga Usop baca jawi dengan lancar. Kagum sebentar. Ngeh3x..

Kemudian, Usop buat solat sunat nikah. Gambar tak banyak. Ni pun Yong amik kat page official photographer Yong. Then, kami bergerak pulang ke rumah. Sesi batal air sembahyang dan upacara menyarung cincin diadakan di rumah. Mak Yong yang minta buat camtu. Dia cakap tak manis dok cium2 dahi dan sarung cincin dalam masjid walaupun dah kahwin. Kena hormat rumah Allah. Yong setuju aje.


Yeayy dapat 2 cincin. Satu cincin lagi Usop hadiahkan sempena besday Yong
 pada 2hb Sept akan datang ni..


Eh, dah boleh salam. Masa ni malu-malu kucing lagi nak salam tangan suami 
sendiri depan saudara mara. hehe..Gambar ni dari kamera Yong. So, tak berapa sharp sangat.

Usop bacakan doa pada ubun-ubun kepala Yong dan berselawat 3x. 
Mudah-mudahan Yong dapat menjadi isteri dan ibu yang baik.

Awatlah nampak pelik sangat muka Yong tu..huhu.

Puas hati sangat dengan mekap ni. Natural. Takda cukur kening. 
Takda bulu mata palsu. Haram. Mak andam tue siap cakap "amboii adik, bulu mata hang elok noo, panjang & lentik..tak payah pakai bulu mata palsu dah".. hehe kembang setaman la I masa tu.

Ok. last gambar untuk entry ni..

Jatuh cinta dengan baju nikah ni walaupun ada cerita di sebaliknya.. Stay Tuned.
 
P/S: Tak puas lagi. rasa macam nak letak lagi gambar. hehe.

21 ulasan:

  1. alhamdulillah.. dah selamat dah...
    Selamat Pengantin Baru...

    Alolo, sian dia kena tinggai... jaga kesihatan ya...

    BalasPadam
  2. tahniah sis :)
    comel je kamu berdua ni!

    BalasPadam
  3. tahniah yong!
    at last..dah jadi isteri org :)
    selamat pengantin baru dear..

    BalasPadam
  4. tahniah yong.. maaf tak dapat datang.... biasala kerja polis memang macamtu... Sabar ye.....

    BalasPadam
  5. anywat, siapa photographer yong ni? gambar not bad..

    BalasPadam
  6. tahniah yong!! semoga menjadi isteri solehah..
    akak pon dah lama tak blogwalking..rmi b2b yg dah kawen lpas raya ni..hihi

    BalasPadam
  7. Yong..slmt jd pengantin..yong sgt cntik sesuai dgn cik abg usop....hehe:-)

    BalasPadam
  8. Yong...congratz.Semuanye cantik.Memang make up tu nampak natural dan simple.Cantik sgt3.Suke3.Sedeyh je x dapat dtng aritu.Kalau x dpt jmp ye.

    BalasPadam
  9. cantik nye...MG baru nk follow org kg sendiri..sedih *

    BalasPadam
  10. @Diyana:sori br nak reply, thanx a lot diyana. Alhamdulillah, dah sihat skrg ni.

    BalasPadam
  11. @aisyah kz: Thanx kak aisyah..alhamdulillah, akhirnya kawin jga kami setelah 7 tahun berkawan

    BalasPadam
  12. @cik tie@ibtisam: Thanx cik tie.. nnt yong review HB ye

    BalasPadam
  13. @zarith: Thanx zarith.. hmm takpa. hehe, 3 bulan je dia kursus, mmg sabar je. oh, photographer ain bustami. try cry FB ainbustami photographic

    BalasPadam
  14. @SFaezah: thanx a lot kak faezah. Yong pun rindu sgt nak berblogwalking n berceloteh kat sni.. Yong x busy pn cuma line internet je problem

    BalasPadam
  15. @adrianna syaz: hehe, kembang la Yong cmni. Thanx tau. rndu nak jenguk blog sya.

    BalasPadam
  16. @adrianna syaz: hehe, kembang la Yong cmni. Thanx tau. rndu nak jenguk blog sya.

    BalasPadam
  17. @s h a: hehe thanx a lot ats pujian tu.. tue la yong pun sedih sgt tak dpt nak jumpa sha

    BalasPadam
  18. @missGogreen: Thanx MG.. oh, MG org kedah jga ke? nnt Yong follow blik

    BalasPadam
  19. @Farhain Azmi moga bahagia sampai syurga :) bila lah kite dpt jumpe kan..hii

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com