-->


Isnin, 28 Oktober 2013

Mencari homestay murah untuk Konvekesyen

 
Pada 12hb 11 2013 akan datang, Yong akan menghadiri istiadat majlis Konvekesyen di UiTM Shah Alam kali ke-79. Konvekesyen itu berlangsung pada sesi pagi dan merupakan sidang yang ke-6. Yong sudah menamatkan pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda (sains) statistik dari UiTM Kelantan. Jadi memandangkan, Yong sekarang masih tinggal di Kedah, Yong pohon jasa baik kawan-kawan sekalian tolong recommend mana-mana homestay area Shah Alam harga murah dan berpatutan. 
 
Nak tumpang rumah sedara mara pun semua jauh. Area KL je. Rumah sendiri pula tak dapat kunci lagi dan masih kosong. Abis konvo baru nak settle pasal rumah. Insyaallah selesai konvo nanti, Yong terus menetap di KL dengan suami. Dia pun akan abis kursus pada 8hb 11 ni.  Yong risau jadi kelam kabut waktu pagi konvo tu. Segala jasa baik hampa semua sangat2 Yong hargai. Terima kasih. 
 
 
Nak tayang sikit gambar masa Konvo diploma dulu..
 
Terima ijazah dari Naib Canselor UiTM.. Betul taktau? dah lupa. ampunnn..


 Bergambar dengan mak abah dan mak teh



 Yeay kami dah dapat diploma!


 Dengan my husband. Masa ni tak kawin lagi.
 
Hopefully, ada la kenangan masa konvekesyen ijazah pula nanti. Sebenarnya rasa malas sangat nak pergi memikirkan masalah penginapan dan faktor kewangan. Tapi my husband berkeras juga suruh pergi. Dia cakap duit boleh cari tapi konvo ijazah tu cuma sekali je seumur hidup. 
 
 
P/S: Ada suggestion tak tempat makan yang best2 dan tempat menarik patut singgah area Shah Alam..Sambil menyelam minum air..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com