-->


Ahad, 27 Oktober 2013

Majlis pernikahan Diana Amir

 
Tepat jam 9.30pm pada 25hb Oktober 2013, dengan hanya sekali lafaz, Diana Amir sah bergelar isteri -
Majlis Ijabkabul Diana Amir & Mohd Habib Bullah berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin dan lafaz nikah hanya dilakukan satu kali.Pada majlis itu Diana Amir turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincinSumber
 
Barakallahu fika untuk Diana dan suami. Suami Diana merupakan seorang pensyarah sains politik di UiTM Merbok, Kedah. UiTm di mana Yong telah menimba ilmu dan memperoleh diploma Sains Kuantitatif pada tahun 2010. Pada masa itu, Mohd Habib belum lagi bergelar pensyarah di situ. Diana Amir peramah orangnya dan tak lokek dengan senyuman. 
 
Teringat Yong semasa bertemu dengannya di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 1hb September yang lalu sempena menghadiri Konvensyen Bidadari. Yong dan suami singgah di booth yang menjual buku hasil karya sulungnya yang bertajuk 'Titisan Mahabbah. Yong yang sememangnya suka membaca, tanpa teragak-agak terus membeli bukunya. Bertuah kami pada hari itu dapat berjumpa dengan Diana. Yong sempat mendapatkan autograf Diana dan bergambar bersamanya. Tak sangka sekarang Diana sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Habib. Semoga rumah tangga mereka berkekalan hingga ke Jannah. Aminnn...
 
Jom tengok gambar kahwin Diana Amir!

 Interframe sat. Masa ni Diana tengah sain autograf sambil tanya makna nama Yong. 


 Saat-saat menanti lafaz akad nikah dari Mohd Habib



 Cantikkan dress pengantin Diana? Suka sangat..
lagi satu, geram tengok dia punya handbouquet.
 
Pasangan sama cantik sama padan


Romantika de amor..so sweet


P/S: Sumber gambar dari ROTIKAYA, Samsultahir Kaseh dan Diana Amir Fanpage
 
 
 

8 ulasan:

  1. comey kan dorang..sweet sgt..
    yong..review la kenduri yong..huhu

    BalasPadam
  2. sweet sangat diana n habib kan.. moga mereka berbahagia hingga ke syurga hendaknya. Insyaallah :)

    BalasPadam
  3. @S. Faezah: betul2..sweet sgt. hehe, insyaallah kak, bru boleh jenguk blog yong ni.dah lama biar berhabuk..hehe

    BalasPadam
  4. @BIE : sweet sgt2 mcm gula2 kapas..hehe. hopefully so, aminn.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Farhain,

    Baru baca blog ni pasal review wedding Diana & Habib. Jemput baca blog kite jugak. :)

    http://ladyfiqa.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. @Anonymous: Wsalam ladyfiqa, thanx tau sudi jenguk blog ni. actually, sy dh jenguk blog awk cuma x smpat nk follow lg coz internet tersgt slow nk loading

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com