-->


Jumaat, 22 November 2013

Bergelar suri rumah sepenuh masa.. aipps


Rasanya dah masuk 2 minggu tak update blog. Haish macamna la nak konsisten menulis ni.. Ni belum ada anak lagi. Bila dah ada nanti tak tau la camna pula gamaknya.

Sebenarnya dalam 2 minggu ni, Yong agak sibuk sikit dan tengah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. 12 hb 11 yang lepas, Yong dah selamat bergraduasi. Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah dah bergelar pemegang ijazah sarjana muda sains (kepujian) statistik pun.. Sekarang Yong masih tak bekerja lagi. Jadi suri rumah sepenuh masa je. huhu. Susahnya mencari keja sekarang ni. Ada orang sarankan suruh sambung master pula.Niat nak sambung master masih ada. Cuma tak tau bilanya nak terlaksana.

Abis je konvo, Yong terus masuk pindah rumah baru di Keramat Au2, KL. Bermulalah kehidupan rumah tangga dalam erti kata sebenar-benarnya dengan suami. Yelah sebelum ni, masing-masing berjauhan. Baru seminggu kawen, Usop dah kena pergi kursus di Johor selama 3 bulan. Sibuk mengemas rumah, beli barang-barang rumah dan masak untuk suami..Itu yang buat Yong rasa ala malasnya nak buka blog. Yelah, kesibukan berpindah ditambah pula dengan masalah broadband yang slow memang buat rasa malas tu berlipat ganda. 

In Shaa Allah lepas ni Yong cuba update blog sekurang-kurangnya satu entry sehari. Aminn.. Sapa yang tau ada keja kosong area kampung baru, setapak, keramat tu tolonglah share dengan Yong ye. Perlukan kerja sangat-sangat sekarang ni. PTPTN dah melambai-lambai tu..huhu



Read More

Sabtu, 9 November 2013

Gulai Siput sedut sekali sedut mau lagi..


Nak buat entry pasal hantaran sebelah perempuan lambat sangat nak boleh upload gambar.
Jadi, Yong tayang hidangan gulai siput sedut dengan nenas yang adik Yong buat petang tadi. Rempah buat sendiri. Kenapa Yong tak masak? saja nak manja dengan dia. 

Masa raya haji aritu Yong ada masak kan gulai ni untuk suami. Masak sekali dengan siakap 3 rasa. Usop kalau dapat makan siakap 3 rasa memang tak pandang kiri kanan dah. Berselera betul dia.

 
Hampa pandai tak sedut siput?  Tak pandai, tak boleh makanlah.haha
 

Read More

Jumaat, 8 November 2013

Wedding review #5: Hantaran Hijau Turqoise For Him

 
Jom tengok hantaran kahwin Yong untuk pihak lelaki pula. Hantaran ni semua 90% Yong buat sendiri. 
Lagi 10% tu dibantu oleh BFF Yong dan adiknya, adik Yong dan Mak Teh. Mak Teh tolong doublekan riben hantaran hijau dan putih. Harap kat Yong 1 bekas ada riben putih, 1 bekas lagi riben hijau. Haha. Tak reti nak doublekan. Puas belek majalah Pengantin dan Google.
 
Sebelum ni, ada simpan resit-resit barang hantaran ni semua. Ingat nak buat satu entry pasal kos hantaran tapi dah lupa letak mana semua resit tu. Harap je buat budget kat Microsoft Excel. Last2 kalut dengan kenduri bagai jadi tak sempat nak list kan semua barang yang dah beli.
 
Seperti yang dimaklumkan dalam Entry ini, our wedding theme is mint green and pink. Tapi sebenarnya tema pelbagai jenis hijau. hehe. Tak percaya tengok gambar-gambar hantaran di bawah. Hijau turqoise. Susah nak cari barang kaler mint green. Jumlah hantaran adalah 7 di balas 9. Ok let's go.
 
HANTARAN FOR HIM
1. Set kemeja dan seluar slack
2. Set penjagaan diri Dashing
3. Kasut Kulit dan stokin
4.Kain pelikat
5. Aneka buah-buahan
6. Hantaran buku ilmiah
7. Hantaran coklat
8. Hantaran homemade cookies & coklat.
9. Kek blueberry
Semuanya ada 9 bekas hantaran. Hantaran kek tiada dalam gambar. Masa ni kek dalam peti sejuk lagi. Bila rombongan pengantin lelaki datang baru bawa keluar. Memang Yong langsung takda gambar kek tu. Lupa nak suruh adik snap dulu masa amik kat kedai. Sobss.. Tapi kak ipar kata kek tu sedapp. Siap ada hiasan buah atas kek tu. 


1. Hantaran set kemeja dan seluar
 Suami Yong aka Usop yang beli sendiri hantaran ni. Kami langsung tak berpeluang beli barang hantaran sama-sama. Usop suruh Yong tumpukan pada report semester akhir, masa ni. Thanks abang.. 


2. Set penjagaan diri Dashing
 Ni pun Usop yang tolong belikan. Dia memang suka pakai Dashing. Tak pandang brand lain dah. Takpe jimat. Tak perlu beli brand mahal-mahal punya. Hehehe


3. Kasut Kulit dan stokin
 
Sama macam no 1 dan 2. Usop juga yang beli. Dah kasut kan. Tak reti Yong nak belikan sendiri. Yong cuma bagi 2 pasang stokin tu je. Jadilah..


4. Kain Pelikat
Last minit decide nak bagi kain pelikat sebab nak ganti dengan sirih junjung. Tok kata tak perlu dah bagi sirih junjung masa kahwin. Dulu kan masa tunang dah bagi. Ok tok. Tak payah Kak Yong pening-pening pikir nak gubah daun sirih dah. Haa, kain pelikat ni beli dengan Usop kat Pekan rabu, Alor Star lepas berbuka puasa dengan family Yong. Ok tadi tipu sikit.. ada juga beli barang hantaran dengan Usop kan?


5. Aneka buah-buahan
Buah-buahan tempatan dan imports berada dalam bakul yang sama. Awal pagi sebelum kenduri mula, adik Yong dan sepupu tolong pergi beli buah-buahan ni selepas depa amik kek. Adik Yong yang gubah. Nenas tu dia cilok kat belakang rumah, tempat orang memasak. Nenas yang geng rewang nak masukkan dalam gulai ikan tamban. Kelass hang Kak Ngah...


6. Hantaran buku ilmiah
Yong guna baucar buku RM250 yang dapat masa sem terakhir di UiTM. Dah tengah praktikal bukan nak kena beli buku teks pun. Jadi baucar tu digunakan ke arah ini. Jimat lagi duit Yong.. Ok buku yang Yong beli berjudul Akhlak Rasulullah dan Rahsia Mencapai Khusyuk dalam Solat. Semoga buku-buku ni bermanfaat untuk kami berdua.


7. Hantaran Coklat

Cadbury dan toblerone tu Yong minta tolong kawan adik belikan (adik bawah Kak Ngah). Sebabnya dia dok kat Langkawi. Kat sana kan coklat murah-murah belaka.  Yong cuma tambah coklat Vochell perisa hazelnut je. Anggaran kos harga coklat bawah skit dari  RM50.


8. Hantaran homemade cookies & coklat.
Kak Ngah ada beli beberapa jenis balang kuih raya termasuk cookies macam dalam gambar tu. Tak silap Yong dia tempah dari mak kawan dia yang ada kedai bakeri di Penang. Kenduri Yong kan dalam mood raya lagi. Wajiblah ada kuih raya juga. Terus jatuh hati tengok cookies ni. Jadi, Yong campurkan cookies dan homemade coklat ni dalam satu bekas.Lapisan bawah homemade coklat tu ada biskut dam. Tak nampak pula.Taara.. Ok tak?
 
In Sha Allah nanti Yong review hantaran untuk sebelah Yong pula. Oh, Yong memang tak reti buat entri pendek-pendek. Layan jelah...
 
 
P/S: Hantaran bertunang pun belum di 'review' lagi. Memang nak kena budak Yong ni..

Read More

Khamis, 7 November 2013

Segmen #Listing Your URL BLog

http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-listing-your-url-blog.html 
Klik Banner untuk join segmen
 

SYARAT UNTUK SERTAI SEGMEN :
1. Copy banner Segmen #listing Your URL blog & buat entri mengenai segmen ni .
2. follow blog ini
3. Tinggalkan Link URL anda di ruangan komen
4. Nantikan Trafik dari Boe untuk blog yang menyertai :) 

Segmen dibuka sehingga 10 november 2013
Mudah-mudahan dengan join segmen ni Yong dapat tingkatkan bilangan follower dan bilangan pengomen blog. Kadang-kadang rasa down sebab dah aktif ber'blog' dari Mac 2013 tapi macam takda peningkatan je blog ni.Yang herannya pageviews banyak pula.. lebih dari 36K.
Read More

Selasa, 5 November 2013

Wedding Review #4:Pelamin kahwin

  
Semoga semua b2b dan silent reader berada di dalam limpah rahmatNya dan diberikan kesihatan yang baik. Aminn.
 
Ish taktau la nak review pasal apa pula. blog b2b dan ex-b2b lain kemain lagi update segala cerita pasal wedding atau progress wedding depa. Yong?? Adoii.. Wedding ala kampung je dik. Tema pun entah ke mana. Takda tetap kata nak warna camni atau cenggitu. Ni nak tayang gambar pelamin kat hampa pun rasa macam nak sorok muka dalam selimut ja..huhu
 
Seperti juga dengan bilik tidur pengantin, Yong juga tetap mahukan pelamin yang simple dan minimalis. Tak minat lah dengan panel yang berkerawang bagai tu..Sekarang, banyak pilihan pelamin yang memang up-to-date. Yang penting ada duit. Asalnya, abah Yong tak bagi buat pelamin. Membazir katanya. Tapi anak sulungnya yang sorang ni berkeras juga nak ada. Sekali seumur hidup dengan cinta pertama hati katakan.
 Lagipun majlis bertandang sebelah suami buat biasa2 ja. Usop kata biarlah belah Yong je yang meriah. Tak kisahlah janji belah Yong ada jugak pelamin..
 
Pelamin ni dalam gambar nampak tak berapa ok sangat. Walhal, secara realitinya memang Yong puas hati. Yong dah inform suruh my OP (Official Photographer) majlis resepsi amik gambar penuh pelamin. Tapi non hado.. Macamtu juga dengan gambar meja makan beradab. Semuanya gambar separuh-separuh je. Pesanan untuk My OP kalau awak ada baca entry Yong ni, jangan terasa hati ye. Gambar awak memang cantik-cantik tapi ada juga 2-3 gambar penting yang awak tak amik..huhu. Redha jelah.
 
Gambar pelamin dari camera OP untuk majlis akad nikah Yong. Masa ni, sofa pelamin dan  tangga pentas belum letak lagi. Pada asalnya, Yong nak panel berbentuk bujur. Tapi terlambat tempah. Melepas ke tangan pengantin lain la jawabnya.  Bunga ranting di sebelah kanan pelamin tu saja Yong gedik letak. Inilah gambar penuh pelamin dari OP yang ada pun. huhu.  Oh lupa nak bagitau, Yong hire 2 orang OP yang berbeza untuk majlis akad nikah dan resepsi. Ok dah stop sedey :).  
 
Gambar penuh pelamin dari kamera Yong yang sangat cikai. Sedikit kabur. 
Jadilah kan daripada takda langsung? Yong memang suka sangat dengan kerusi pelamin tu. Tak pandang kerusi jenis lain dah. Nak yang itu jugaa.. Set renjis tu tak guna pun.Tepung tawar haram dalam Islam ye.
 
Close-up gambar set renjis.
 

Pelamin akad nikah takda lagi rantai manik bagai tu. Lepas akad nikah je, terus Yong mesej Kak Ida (Owner KSG Impian) untuk pasang benda alah ni. Akad nikah sehari sebelum majlis resepsi.  Dan, Yong memang suka sangat dengan lightingnya. 
 

Gambar dari OP Yong masa majlis resepsi. Panel di belakang tu hanya nampak separuh je. Bunga telur tu Yong buat sendiri guna kertas crepe. Insyaallah jika ada kelapangan Yong akan cuba review bunga telur.


P/S: Till Then. Nak pi terjah blog orang lain pula
 
 
Read More

Kasut Terbang

 
 
Rehat jap dari update entry pasal wedding. Rasa nak imbau kenangan zaman persekolahan pula. Korang pernah rasa kena buli? Jom baca cerita Yong dulu

Seusai tamat waktu persekolahan pada pukul 2 petang,  kami terus mengikuti kelas Prep yang bermula dari pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Kelas yang diwajibkan hadir untuk setiap pelajar sekolah berasrama. Meja belajar Yong terletak berhampiran pintu belakang kelas. Pada waktu ini, kami menggunakan masa sebaik mungkin dengan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru. 

Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuang masa seperti berborak-borak dengan kawan dan tidur. Yong juga tidak terkecuali. Namun hari itu, banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Kelas Tingkatan 2 Noble yang sunyi sepi tiba-tiba mula menjadi riuh rendah.  Kedengaran suara beberapa rakan sekelas perempuan yang lantang berzikir dan nasyid. Aik.. apa hal pula depa ini?  Kalau iye pun nak berzikir janganlah terlampau menguatkan suara sampai mengganggu orang lain. 

Pada masa yang sama, Yong lihat beberapa orang abang senior tingkatan 4 turun dari tangga. Kelas Yong berada di aras bawah sekali dan bersebelahan dengan tandas lelaki. Abang-abang senior yang memang terkenal di sekolah dengan kenakalan mereka. Rakan sekelas Yong tadi semakin menguatkan bacaan zikir apabila derap langkah abang-abang senior itu mula menghampiri kelas kami. Mungkin mereka mahu ke tandas atau mungkin juga melencong ke tempat lain. 
Yong mula berasa pelik. Depa ni nak berzikir ke atau nak mencari pasal? Macam sengaja cuba menarik perhatian abang-abang senior itu.

“Bammm... “

Sebelah kasut sukan lelaki melayang dan kena betul-betul di kepala Yong. Kerja abang-abang senior tadi. Agaknya mereka marah dengan tindakan beberapa rakan sekelas perempuan Yong tadi.


Ya, kedudukan meja Yong yang strategic menjadi sasaran mereka. 

Kambing hitam. 

Gelaran yang cukup sesuai untuk Yong. Orang lain buat salah, orang lain pula yang kena tanggung. Tidak pasti apakah sengketa mereka. Yang pasti, kepala Yong sakit sangat. Hanya mampu menangis. Segala kerja sekolah tergendala.

Rakan-rakan tadi terus datang dan memohon maaf pada Yong.  Masa itu, memang sukar untuk memaafkan mereka. Kenapa perlu main-mainkan zikir? Kenapa perlu tergedik-gedik mencari pasal dengan lelaki. Semoga Allah sentiasa mengampuni setiap kesalahan kita.
P/S: Sekarang Yong dah maafkan perbuatan mereka semua. Memori betul zaman sekolah ni kan?

Read More

Isnin, 4 November 2013

Selamat Menyambut Awal Muharam 1435H


https://www.facebook.com/imuslim.my
Mengikut kalendar Islam, tahun baru dikira selepas matahari terbenam. Sekarang kita dah masuk tahun baru iaitu 1 Muharam 1435H. Kawan-kawan dah baca doa akhir tahun dan awal tahun? Alhamdulillah Yong dah baca tadi. 
Apa azam dan doa tahun baru kawan-kawan semua? Lepas baca doa akhir tahun dan awal tahun tadi Yong juga berdoa semoga Allah murahkan rezeki seluruh ahli keluarga Yong termasuk juga keluarga mertua. Semoga Allah melindungi seluruh umat Islam di serata dunia dari kekejaman kafir laknatullah. Dan semoga,setiap yang membaca blog ni diberikan kesihatan yang baik.
 
 Tak lupa juga semoga tahun ni Yong diberikan rezeki dengan mendapat pekerjaan yang baik dan harap-harap berpeluang menjadi seorang ibu. Walaupun baru 3 bulan kahwin, tapi naluri keibuaan tu dah mula terasa. Teringin sangat nak baby sendiri la ni. Hehe. Untuk suami tercinta, Muhammad Yusuf bin Yaacob semoga rumah tangga kita sentiasa disulami dengan gurau senda dan kasih sayang. I love u so much abang. Masa awal kahwin, kena tegur dengan mak sebab panggil Usop dengan panggilan awak je. Malu nak panggil abang. Sekarang dah tak malu. Oppss..
Lagi satu, adik Yong bakal menghadapi peperiksaan STPM pada hari rabu ni. Kalau tak silap Yong lah. Jadi Yong mohon sangat jasa baik kawan-kawan semua supaya mendoakan kejayaan dia. Harapan Yong sebagai seorang kakak sulung, semoga adik Yong dapat menjejakkan kaki ke Universiti pada tahun 2014 nanti. Insyaallah. Terima kasih semua.
Read More

Ahad, 3 November 2013

Wedding review #3: Bilik Pengantin


Hari nie nak berceloteh berkenaan bilik pengantin pula. Bilik pengantin untuk majlis resepsi 12hb 8 2013 yang lalu. Bilik ni asalnya bilik adik-adik lelaki Yong. Mak yang minta kami tukar bilik. Yong asalnya memang tak mahu sebab Yong tengok macam kecik ja dari bilik lama Yong. Sepanjang Yong sibuk siapkan thesis di UiTM, mak dan adik yang sibuk mengecat rumah. Balik je rumah, tengok2 semua dah siap. Almari, katil dan meja solek Yong dah berpindah ke bilik adik. Hmm nak buat camna kan? mak dan adik dah penat tolong. Terima jelah.
 
. Yong tak cerita lagi kan tema majlis Yong? Sebenarnya malas nak cerita. Bukan apa rasa macam takda tema sangat pun. hehehe. Warna tema majlis adalah mint green dan pink. Walaubagaimanapun, Yong taknak bilik pengantin dan pelamin juga warna hijau. Yong mahukan bilik pengantin yang simple2 sahaja dan tidak terlalu sarat. Jadi warna putih dan cream adalah pilihan hati Yong. Biarlah warna tema tu ditonjolkan sedikit pada bunga-bungaan dan kain alas pasu.
 
Yong ada juga menggoogle contoh-contoh bilik pengantin seperti di bawah ni..Harap maaf kepada owner2 gambar ni. Yong terlupa link blog kamu semua. harap dihalalkan ye.
 
 Yong suka backdrop dia..suci gitu. digabungkan dengan ros merah memang sangat menawan


 Simple dan sedap mata memandang


 Terus jatuh cinta dengan bilik pengantin macamni. Yong ada request buat kelambu macamtu kat owner butik yang Yong tempah. Sayangnya dia kata barang takda.


 Masih menyukai warna cream. Nampak soft dan tak terlalu sarat. 


 Bentuk hati di tengah-tengah backdrop menjadi titik tumpuan pandangan. Ditambah pula dengan pomander ball di bahagian kiri dan kanan atas kepala katil memang sangat menarik tertarik kau memang de booommm..
 
 
Yong print semua gambar-gambar di atas, kemudian bulatkan dengan pen bahagian mana yang Yong nak untuk bilik pengantin Yong nanti. Hasilnya?? Sila skrol bawah
 
 
 Bilik pengantin agak sempit. Tak serupa macam gambar-gambar di atas tadi kan?


 Keadaan bila lampu spotlight dibuka. Nampaklah juga suasana romantik tu. Bantal bentuk love tu takda sarung. Terpaksala disorokkan sikit. dia pun shy shy cat.. Owner kedai pengantin cakap takda backdrop jenis heart shape. So, dia gantikan dengan bentuk lain. Nampak tak frame yang di tengah-tengah backdrop tu? tak tau nak panggil nama apa.


Pandangan dari sudut. Sayangnya photographer Yong tak amik gambar full bilik. Tak tau lah kenapa sama ada dia lupa atau bilik tu sempit sangat. 
 
Ekceli kan, Yong request cadar warna cream. Akak kedai tu terus cakap ok ada je. Dalam album yang akak tu tunjuk, memang nampak cadar ni warna cream. Tapi bila ada depan mata rupanya warna off white. Kecewa! Ada sedara mara yang komen kenapa kedudukan katil di sebelah pintu bilik? Kenapa tidak diletakkan bertentangan? Maksudnya, apabila orang datang tengok bilik pengantin, dia akan nampak terus keseluruhan katil pengantin. Yong tak tau nak jawab macamna. Kalau sorang tanya, ok lagi. Bila mai ja, 4-5 orang mula la rasa rimas. Last2 Yong jawab camni
"Sajalah nak buat camtu. Takmau bagi orang masuk tengok sangat".
Yong faham kalau depa sekadar bertanya..Tapi cubalah faham sikit keadaan pengantin yang serabut dengan banyak perkara. Ini  tahu nak komplen je, macam depa je pengantin hari itu. Mak cuma komen pasu bunga besar di kiri kanan katil menampakkan bilik lagi sempit dan sarat. Tak kisahla. Mak I yang komen. Kalau mak orang lain, membara je hati ni..heueheuheu.
 
Yong memang nak bilik pengantin yang simple. Mula-mula dah plan nak DIY sendiri. Siap dah beli cadar pun. Tapi akak kedai tu cakap kalau tolak bilik pengantin pun, harga tetap sama sebab dalam pakej. Kesudahannya, Yong amik jelah dalam pakej tu. Lagipun bila fikir balik, sempat ke Yong nak DIY bilik pengantin? Hantaran pun tak siap lagi masa tu. Cadar tu pun guna untuk majlis bertandang..
 
Hampa ingat Yong tak jeles tengok bilik pengantin orang lain yang meletopps? (Sebut meletopps gaya Neelofa). Jeles lah juga. Nak buat camna kan? Janji dah kahwin..hahaha 
 
P/S: pliss tolong klik iklan yang kat tepi dan atas blog ni. Thanx a lot. xoxo
Read More

Sabtu, 2 November 2013

Wedding Review #2: Majlis Resepsi


Entri kali ini Yong nak review pasal Majlis Resepsi yang berlangsung pada 12hb Ogos yang lalu bertempat di kediaman parents Yong. Majlis dalam kampung je tapi meriah sangat tau..Dah dekat 3 bulan kawin, baru nak buat entry?? Apada..hehe. Banyak yang Yong nak share dengan korang ni. Korang? Ala sekali sekala I nak bajet cakap KL. Bulan 11 ni kan I nak jadi orang KL. Kuikuikui…

Jom layan gambar sikit..

 

Tengok gambar tu..Yong terpaksa sambut rombongan pengantin ikut celah pokok mangga. Kalau hampa perasan kan, di sebelah kiri Yong tu ada khemah. Khemah tu dok betul2 atas jalan. Sepatutnya rombongan pengantin kena datang dari sebelah kiri khemah tu. Berlaku sedikit salah faham. Yong ada letak signage di lorong pertama kampung mengatakan “Jalan ditutup, sila guna lorong 2”. Rumah Yong ni kedudukannya di tengah-tengah kampung, boleh masuk ikut 2 jalan. Disebabkan khemah dok di atas jalan, jadi terpaksa lah buat signage camtu. Tapi rombongan pengantin harus guna jalan tu  dan parking kereta di perkarangan rumah jiran Yong. Pagar rumah Yong di sebelah kiri khemah tu, bila sambut pengantin dapatlah berarak dengan baik dan lancar. Nak buat camna kan? Yong terkilan sikit je. Usop pun mengaku salah dia sebab tak tunggu family dia di depan lorong 1. Dia bagitau kat phone je. Memang depa salah faham la bila tengok signage tu.



Masa ni rombongan pengantin dah sampai tapi agak lewat. Dalam pukul 2.30 petang. Kelewatan itu berpunca dari Yong dan Usop sendiri. Kami bersiap di butik pengantin di Alor Setar. Jarak tempat tu dengan rumah Yong adalah dalam 45minit. Yong dah keluar seawal pukul 9.30pagi. Dalam perjalanan tu macam-macam lah yang jadi. Itu yang sampai rumah agak lambat. Sedih tau bila ingat balik, ramai kawan Yong yang datang tapi tak sempat berjumpa. Depa ni ingat pengantin mai pukul 12 tengahari kot. Huhuhu




Bersalam dengan En. Suami aka Usop. Rasa segan sikit masa ni. Semua orang tengok pengantin kan.. hehe



 Nak pegang tangan pun takut2 dan malu lagi..

 


Yong tegur Usop kenapa dia pakai spek hitam. Yong minta dia tanggalkan. Bukan apa, Yong ni tak berkenan sikit tengok pengantin lelaki pakai cermin mata gelap masa majlis kahwin. Tambahan pula kalau majlis itu berlangsung dalam dewan. Tak ke pelik? Mungkin cuaca hari itu agak panas, itu yang dia pakai kan. Just think positive..hehehe.



Masa untuk melahap..hehe. Bersemangat En.suami kite baca doa makan. Yong makan sikit je. Tengok je udang kat depan mata. Masa ini tak fikir sangat pasal makan. Pengapit perempuan tu kawan rapat Yong. Ingat lagi tak entry kasut kahwin? Kawan Yong ni la yang banyak tolong Yong dari hari nikah sampailah selesai kenduri. Pengapit lelaki pula merangkap adik Usop. Ekceli, Yong nak pengapit pakai baju warna soft pink. Masalah pengapit lelaki takda pula baju melayu pink. Ikut jelah kehendak si adik ipar untuk pakai purple. Aik sama la dengan warna air dalam jag tu.. hehehe


Yong ni kan kalau bercerita tak pernah nak reti buat entri ringkas. Ni dah masuk kes kena buat 2-3 entri pasal majlis resepsi ni.


 

Last picture. 
Sorang hidung mancung, sorang hidung kemek. Elok sangatt..haha. 


P/S:Tunggu next entry la pula citer detail pasal makan beradab, pelamin dsb. Entry ni pun satu gambar, panjang berjela citernya. Hang ada?? Haha. 


 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com