-->


Selasa, 5 November 2013

Kasut Terbang

 
 
Rehat jap dari update entry pasal wedding. Rasa nak imbau kenangan zaman persekolahan pula. Korang pernah rasa kena buli? Jom baca cerita Yong dulu

Seusai tamat waktu persekolahan pada pukul 2 petang,  kami terus mengikuti kelas Prep yang bermula dari pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Kelas yang diwajibkan hadir untuk setiap pelajar sekolah berasrama. Meja belajar Yong terletak berhampiran pintu belakang kelas. Pada waktu ini, kami menggunakan masa sebaik mungkin dengan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru. 

Ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuang masa seperti berborak-borak dengan kawan dan tidur. Yong juga tidak terkecuali. Namun hari itu, banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Kelas Tingkatan 2 Noble yang sunyi sepi tiba-tiba mula menjadi riuh rendah.  Kedengaran suara beberapa rakan sekelas perempuan yang lantang berzikir dan nasyid. Aik.. apa hal pula depa ini?  Kalau iye pun nak berzikir janganlah terlampau menguatkan suara sampai mengganggu orang lain. 

Pada masa yang sama, Yong lihat beberapa orang abang senior tingkatan 4 turun dari tangga. Kelas Yong berada di aras bawah sekali dan bersebelahan dengan tandas lelaki. Abang-abang senior yang memang terkenal di sekolah dengan kenakalan mereka. Rakan sekelas Yong tadi semakin menguatkan bacaan zikir apabila derap langkah abang-abang senior itu mula menghampiri kelas kami. Mungkin mereka mahu ke tandas atau mungkin juga melencong ke tempat lain. 
Yong mula berasa pelik. Depa ni nak berzikir ke atau nak mencari pasal? Macam sengaja cuba menarik perhatian abang-abang senior itu.

“Bammm... “

Sebelah kasut sukan lelaki melayang dan kena betul-betul di kepala Yong. Kerja abang-abang senior tadi. Agaknya mereka marah dengan tindakan beberapa rakan sekelas perempuan Yong tadi.


Ya, kedudukan meja Yong yang strategic menjadi sasaran mereka. 

Kambing hitam. 

Gelaran yang cukup sesuai untuk Yong. Orang lain buat salah, orang lain pula yang kena tanggung. Tidak pasti apakah sengketa mereka. Yang pasti, kepala Yong sakit sangat. Hanya mampu menangis. Segala kerja sekolah tergendala.

Rakan-rakan tadi terus datang dan memohon maaf pada Yong.  Masa itu, memang sukar untuk memaafkan mereka. Kenapa perlu main-mainkan zikir? Kenapa perlu tergedik-gedik mencari pasal dengan lelaki. Semoga Allah sentiasa mengampuni setiap kesalahan kita.
P/S: Sekarang Yong dah maafkan perbuatan mereka semua. Memori betul zaman sekolah ni kan?


2 ulasan:

  1. Hehe..ok la tu yong..sya dulu buku terbang,bju terbang pun ada..hehe..apapun..zaman sekolah dulu memang seronok kan..klu boleh rasa nk ulng2 balik...masa tu ramai kawan2..tak pyh pk pasal duit.hahaha

    BalasPadam
  2. zaman sekolah paling sonok kan.. macam2 kenangan ada..

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com