-->


Ahad, 3 November 2013

Wedding review #3: Bilik Pengantin


Hari nie nak berceloteh berkenaan bilik pengantin pula. Bilik pengantin untuk majlis resepsi 12hb 8 2013 yang lalu. Bilik ni asalnya bilik adik-adik lelaki Yong. Mak yang minta kami tukar bilik. Yong asalnya memang tak mahu sebab Yong tengok macam kecik ja dari bilik lama Yong. Sepanjang Yong sibuk siapkan thesis di UiTM, mak dan adik yang sibuk mengecat rumah. Balik je rumah, tengok2 semua dah siap. Almari, katil dan meja solek Yong dah berpindah ke bilik adik. Hmm nak buat camna kan? mak dan adik dah penat tolong. Terima jelah.
 
. Yong tak cerita lagi kan tema majlis Yong? Sebenarnya malas nak cerita. Bukan apa rasa macam takda tema sangat pun. hehehe. Warna tema majlis adalah mint green dan pink. Walaubagaimanapun, Yong taknak bilik pengantin dan pelamin juga warna hijau. Yong mahukan bilik pengantin yang simple2 sahaja dan tidak terlalu sarat. Jadi warna putih dan cream adalah pilihan hati Yong. Biarlah warna tema tu ditonjolkan sedikit pada bunga-bungaan dan kain alas pasu.
 
Yong ada juga menggoogle contoh-contoh bilik pengantin seperti di bawah ni..Harap maaf kepada owner2 gambar ni. Yong terlupa link blog kamu semua. harap dihalalkan ye.
 
 Yong suka backdrop dia..suci gitu. digabungkan dengan ros merah memang sangat menawan


 Simple dan sedap mata memandang


 Terus jatuh cinta dengan bilik pengantin macamni. Yong ada request buat kelambu macamtu kat owner butik yang Yong tempah. Sayangnya dia kata barang takda.


 Masih menyukai warna cream. Nampak soft dan tak terlalu sarat. 


 Bentuk hati di tengah-tengah backdrop menjadi titik tumpuan pandangan. Ditambah pula dengan pomander ball di bahagian kiri dan kanan atas kepala katil memang sangat menarik tertarik kau memang de booommm..
 
 
Yong print semua gambar-gambar di atas, kemudian bulatkan dengan pen bahagian mana yang Yong nak untuk bilik pengantin Yong nanti. Hasilnya?? Sila skrol bawah
 
 
 Bilik pengantin agak sempit. Tak serupa macam gambar-gambar di atas tadi kan?


 Keadaan bila lampu spotlight dibuka. Nampaklah juga suasana romantik tu. Bantal bentuk love tu takda sarung. Terpaksala disorokkan sikit. dia pun shy shy cat.. Owner kedai pengantin cakap takda backdrop jenis heart shape. So, dia gantikan dengan bentuk lain. Nampak tak frame yang di tengah-tengah backdrop tu? tak tau nak panggil nama apa.


Pandangan dari sudut. Sayangnya photographer Yong tak amik gambar full bilik. Tak tau lah kenapa sama ada dia lupa atau bilik tu sempit sangat. 
 
Ekceli kan, Yong request cadar warna cream. Akak kedai tu terus cakap ok ada je. Dalam album yang akak tu tunjuk, memang nampak cadar ni warna cream. Tapi bila ada depan mata rupanya warna off white. Kecewa! Ada sedara mara yang komen kenapa kedudukan katil di sebelah pintu bilik? Kenapa tidak diletakkan bertentangan? Maksudnya, apabila orang datang tengok bilik pengantin, dia akan nampak terus keseluruhan katil pengantin. Yong tak tau nak jawab macamna. Kalau sorang tanya, ok lagi. Bila mai ja, 4-5 orang mula la rasa rimas. Last2 Yong jawab camni
"Sajalah nak buat camtu. Takmau bagi orang masuk tengok sangat".
Yong faham kalau depa sekadar bertanya..Tapi cubalah faham sikit keadaan pengantin yang serabut dengan banyak perkara. Ini  tahu nak komplen je, macam depa je pengantin hari itu. Mak cuma komen pasu bunga besar di kiri kanan katil menampakkan bilik lagi sempit dan sarat. Tak kisahla. Mak I yang komen. Kalau mak orang lain, membara je hati ni..heueheuheu.
 
Yong memang nak bilik pengantin yang simple. Mula-mula dah plan nak DIY sendiri. Siap dah beli cadar pun. Tapi akak kedai tu cakap kalau tolak bilik pengantin pun, harga tetap sama sebab dalam pakej. Kesudahannya, Yong amik jelah dalam pakej tu. Lagipun bila fikir balik, sempat ke Yong nak DIY bilik pengantin? Hantaran pun tak siap lagi masa tu. Cadar tu pun guna untuk majlis bertandang..
 
Hampa ingat Yong tak jeles tengok bilik pengantin orang lain yang meletopps? (Sebut meletopps gaya Neelofa). Jeles lah juga. Nak buat camna kan? Janji dah kahwin..hahaha 
 
P/S: pliss tolong klik iklan yang kat tepi dan atas blog ni. Thanx a lot. xoxo

8 ulasan:

  1. Kira cantik dah la tu yong..btul ckp yong..janji da kawen..bkn senang kita nk puaskan ati semua org kan yong..takpe..nanti dah pndah umah dgn abg usop bleh je deko bilik yong nanti lelawa kan..hehe

    BalasPadam
  2. sabar yong, org tahu cakap je.. tuan punya badan dok merasa lagilah stress kan.. Apa-apa pun. alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar kan? :) Tahniah yong!

    BalasPadam
  3. cantik la tu tong...biasa la yong, cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata org lain...rambut sama hitam, hati lain-lain :)...yg penting majlis yong dah selamat semuanya

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: hehe thanx sya. Saja nak emo terlebih sikit.haha. Memang tengah berangan nak deco2 umah nanti

    BalasPadam
  5. dah ok sangat bilik tu yong.simple tapi cantik..ignore je apa org cakap. kalau dengar juga lagi sakit hati. kalau condem sambil sponsor/bagi duit xpe juga. iye dop? hi.hi

    BalasPadam
  6. @BIE: ermm betul2. tuan punya badan yg lagi stress. alhamdulillah. Thanx a lot Bie :)

    BalasPadam
  7. @wawa syaida: lain org lain ragam kan? anyway syukur alhamdulillah. thanx kak wawa

    BalasPadam
  8. @seha fuad: ada jga yg kta bilik yong cantik. ni nak kembang setaman ni. hehe. btl seha. kalau ckp pkai air liur je, baik takyah komen kan

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com