-->


Jumaat, 8 November 2013

Wedding review #5: Hantaran Hijau Turqoise For Him

 
Jom tengok hantaran kahwin Yong untuk pihak lelaki pula. Hantaran ni semua 90% Yong buat sendiri. 
Lagi 10% tu dibantu oleh BFF Yong dan adiknya, adik Yong dan Mak Teh. Mak Teh tolong doublekan riben hantaran hijau dan putih. Harap kat Yong 1 bekas ada riben putih, 1 bekas lagi riben hijau. Haha. Tak reti nak doublekan. Puas belek majalah Pengantin dan Google.
 
Sebelum ni, ada simpan resit-resit barang hantaran ni semua. Ingat nak buat satu entry pasal kos hantaran tapi dah lupa letak mana semua resit tu. Harap je buat budget kat Microsoft Excel. Last2 kalut dengan kenduri bagai jadi tak sempat nak list kan semua barang yang dah beli.
 
Seperti yang dimaklumkan dalam Entry ini, our wedding theme is mint green and pink. Tapi sebenarnya tema pelbagai jenis hijau. hehe. Tak percaya tengok gambar-gambar hantaran di bawah. Hijau turqoise. Susah nak cari barang kaler mint green. Jumlah hantaran adalah 7 di balas 9. Ok let's go.
 
HANTARAN FOR HIM
1. Set kemeja dan seluar slack
2. Set penjagaan diri Dashing
3. Kasut Kulit dan stokin
4.Kain pelikat
5. Aneka buah-buahan
6. Hantaran buku ilmiah
7. Hantaran coklat
8. Hantaran homemade cookies & coklat.
9. Kek blueberry
Semuanya ada 9 bekas hantaran. Hantaran kek tiada dalam gambar. Masa ni kek dalam peti sejuk lagi. Bila rombongan pengantin lelaki datang baru bawa keluar. Memang Yong langsung takda gambar kek tu. Lupa nak suruh adik snap dulu masa amik kat kedai. Sobss.. Tapi kak ipar kata kek tu sedapp. Siap ada hiasan buah atas kek tu. 


1. Hantaran set kemeja dan seluar
 Suami Yong aka Usop yang beli sendiri hantaran ni. Kami langsung tak berpeluang beli barang hantaran sama-sama. Usop suruh Yong tumpukan pada report semester akhir, masa ni. Thanks abang.. 


2. Set penjagaan diri Dashing
 Ni pun Usop yang tolong belikan. Dia memang suka pakai Dashing. Tak pandang brand lain dah. Takpe jimat. Tak perlu beli brand mahal-mahal punya. Hehehe


3. Kasut Kulit dan stokin
 
Sama macam no 1 dan 2. Usop juga yang beli. Dah kasut kan. Tak reti Yong nak belikan sendiri. Yong cuma bagi 2 pasang stokin tu je. Jadilah..


4. Kain Pelikat
Last minit decide nak bagi kain pelikat sebab nak ganti dengan sirih junjung. Tok kata tak perlu dah bagi sirih junjung masa kahwin. Dulu kan masa tunang dah bagi. Ok tok. Tak payah Kak Yong pening-pening pikir nak gubah daun sirih dah. Haa, kain pelikat ni beli dengan Usop kat Pekan rabu, Alor Star lepas berbuka puasa dengan family Yong. Ok tadi tipu sikit.. ada juga beli barang hantaran dengan Usop kan?


5. Aneka buah-buahan
Buah-buahan tempatan dan imports berada dalam bakul yang sama. Awal pagi sebelum kenduri mula, adik Yong dan sepupu tolong pergi beli buah-buahan ni selepas depa amik kek. Adik Yong yang gubah. Nenas tu dia cilok kat belakang rumah, tempat orang memasak. Nenas yang geng rewang nak masukkan dalam gulai ikan tamban. Kelass hang Kak Ngah...


6. Hantaran buku ilmiah
Yong guna baucar buku RM250 yang dapat masa sem terakhir di UiTM. Dah tengah praktikal bukan nak kena beli buku teks pun. Jadi baucar tu digunakan ke arah ini. Jimat lagi duit Yong.. Ok buku yang Yong beli berjudul Akhlak Rasulullah dan Rahsia Mencapai Khusyuk dalam Solat. Semoga buku-buku ni bermanfaat untuk kami berdua.


7. Hantaran Coklat

Cadbury dan toblerone tu Yong minta tolong kawan adik belikan (adik bawah Kak Ngah). Sebabnya dia dok kat Langkawi. Kat sana kan coklat murah-murah belaka.  Yong cuma tambah coklat Vochell perisa hazelnut je. Anggaran kos harga coklat bawah skit dari  RM50.


8. Hantaran homemade cookies & coklat.
Kak Ngah ada beli beberapa jenis balang kuih raya termasuk cookies macam dalam gambar tu. Tak silap Yong dia tempah dari mak kawan dia yang ada kedai bakeri di Penang. Kenduri Yong kan dalam mood raya lagi. Wajiblah ada kuih raya juga. Terus jatuh hati tengok cookies ni. Jadi, Yong campurkan cookies dan homemade coklat ni dalam satu bekas.Lapisan bawah homemade coklat tu ada biskut dam. Tak nampak pula.Taara.. Ok tak?
 
In Sha Allah nanti Yong review hantaran untuk sebelah Yong pula. Oh, Yong memang tak reti buat entri pendek-pendek. Layan jelah...
 
 
P/S: Hantaran bertunang pun belum di 'review' lagi. Memang nak kena budak Yong ni..


12 ulasan:

  1. Cecntik hntaran yong..hijau2 lg..yg buah tu klu nnti sya nk bg buah nyok je sebijik..ckup satu bakul..hehe.bru cdg2 nk buat warna biru dgn hijau..nmpk nyaman sikit kaler dia kn yong :).

    BalasPadam
  2. @adrianna syaz: Thanx sya. haha..blh je bt lain dr org lain. Buah nyok muda sedapp.. betul biru n hijau febret kaler yong. sesuai di matching kan

    BalasPadam
  3. @Farhain Azmi

    Tahniah tau yong..dah kawen..seronok tgk kawan2 semua pakat nikah..teruja sya..hehe..yong pnggil sya yana..klu sya ada g kedah nnti lehnjmpk yong..sbb mmg ad kawan duk kat sana..tp nnti yong nk pindah ke kl kan?

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: thanx yana.. ish janggal pula nk ubah. haha. Nanti turn yana pula. haa 12hb ni Yong pindah kl. Mertua Yong dok gerik, perak. Kalau ada masa kta jmpa k.. Seronok kenal yana..dr mula berblog smpai skrg dh mkin rmai follower.. Jeles tau..ngeh3x. btw thanx sudi jd pengikut setia blog yong ni

    BalasPadam
  5. Cantik..Memang percinta hijau ye..hehe..Sama la mcm ada sorang kwn masa dekat Penang dulu..Suka sngt wrna hijau..

    BalasPadam
  6. @Didie Kamila: thanx didie..yup mmg obses dgn hijau..hehe. blh la yong geng dgn kwn didie tu

    BalasPadam
  7. memang kelas..main cilok2 pulak nenasnya..haha

    BalasPadam
  8. Ima: haha..ituelah pasal. sng je keja dia.:)

    BalasPadam
  9. Wah.. Cntikny yong.. Minat hijau jgak ea.. Hehe.

    BalasPadam
  10. @Sofea Lang: Thanx sofea.. yup minat sgt dgn hijau..hehe

    BalasPadam
  11. cantik kaler ni yong...ditambah pulak tangan yang membuat tu kreatif...nampak cantik....akak pun semalam baru selesai beli bunga untuk hantaran...akak combine dengan bunga time hantaran brtunang ;)save budget ;)

    BalasPadam
  12. @wawa syaida: Thanx kak wawa.. takda la kreatif sgt.. biasa je ni.. yeke? tak sabar nk tgk hntaran akak pula. hntaran bertunang ritu pn dh cntik sgt.. msti yg kawin ni lg cntik :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com