-->


Selasa, 31 Disember 2013

2013 Year end Giveaway by Kek Gula Hati


Sebenarnya Yong dah lama join contest ni. Dari awal bulan 12 lagi, kalau tak silap. Tapi kan, Yong tak sempat nak promot minta orang like post contest ni. Tepat kul 12 malam ni Contest ni akan berakhir. Harap sangat berpeluang dapat hadiah kek. Yong nak bagi kek tu kat Usop sempena hari lahirnya 24.12 yang lalu. Yong baru keja 2 minggu. Gaji dapat sikit je. Tak mampu lagi nak beli hadiah guna duit sendiri untuk Usop. 
Yong nak minta tolong silent readers dan bloggers sekalian untuk tolong like post yang Yong share tu boleh tak?
 
https://www.facebook.com/S.N.farhain/posts/705185772839558?notif_t=like
 
Ok.Itu link post Yong.  
Jasa anda semua amat Yong hargai.. thanx ye. tiada paksaan. tolong dapat pahala.. 
 
SELAMAT TAHUN BARU 2014 
 
 \
 
 Ini pula hadiah untuk pemenang. 
 
Hampa semua boleh juga belek-belek FB Kek Gula Hati. Sis Aishah merupakan owner kepada Kek Gula Hati yang menjual pelbagai jenis kek dan cupcake. Kek Gula Hati (a.k.a Sweetheart Cake) - idea cetusan inspirasi untuk anakanda tersayang..daripada nak order utk bufday anaknya Qaleesya alih2 terus buat sebagai hobby..Menarik kan?
 
Sis Aishah juga tak lokek untuk berkongsi pelbagai jenis resepi kek untuk semua followers, friends dan pengunjung Fb nya. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan kek dan cupcake bolehlah hubungi sis aishah di talian 013-641 1532. Rumah sis Aishah ni di area Johor Bahru. Orang JB bolehla order kek kat sis Aishah ye :)

P/s: Jangan lupa like post yong tu tau

Read More

Isnin, 30 Disember 2013

Super Duper Awesome Giveaway By Hannan



credit : banner to KAK SHA
{Click Banner Untuk Join)

11.12.13 - 20.1.14


Top Referral


x1 Blouse

x1 Skirt

x2 Pasang brooch Bunga-2

x1 Lipgloss *babylips*

x1 Purse / handphone pouch

x1 Cash RM50


Top Referral 2


x1 Blouse

x1 Shawl

x1 pasang Brooch Bunga-2

x1 Earphone


Top Commentator



x1 Beg Domokun

x1 Handphone Pouch Barbie

x1 Long Keychain Domokun



Entri Kreatif


x1 Tudung Turki *colour random*


Random

6 biji brooch x3 pemenang

bookmark calendar 2013 x5 pemenang

Topup RM5 x 2 pemenang

Bloglist 2 bulan x2 pemenang

Tudung bawal x2 pemenang

x2 pasang button badge COUPLE x2 pemenang

x2 button badge x2 pemenang

x2 Perfume Solat x2 Pemenang

x1 stripe skirt and a shawl x1 pemenang

x1 skirt mermaid hitam x1 pemenang

x1 cempaka top x1 pemenang

x2 magic inner neck x2 pemenang

x2 helai tudung turki x2 pemenang

x3 pasang stokin sandy x3 pemenang

x2 Pashmina x2 pemenang

x2 Tudung Bawal

x3 shawls x3 pemenang

x1 perfume x1 pemenang

x2 packet shiseido mask x2 pemenang

topup RM5 x2 pemenang

Header x2 pemenang

x1 string bracelet x1 pemenang

x1 cheese powder

x1 comic book x1 pemenang

x1 comic book x1 pemenang

x1 Pixel hp charm and barangan kraf yang lain x1 pemenang

topup RM5 x1 pemenang

review blog x1 pemenang

topup RM5 x1 pemenang

topup RM5 x2 pemenang

10% discount untuk semua peserta ^^


SEMUA DIJEMPUT JOIN! ^^
 
Read More

KONTES U-BLOGGER


PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger



Read More

Ahad, 29 Disember 2013

First Giveaway by effafarhana

http://wwweffafarhana.blogspot.com/2013/11/first-giveaway-by-effafarhana.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
Read More

Giveaway : VirtualMalaysia.com Promotes VMY2014 [26 orang pemenang bertuah]



Salam,


VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!

1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x

2. Payung Virtual Malaysia = 3x
3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x
4. Mug Virtual Malaysia = 3x
5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x
6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x
7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x
8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x
9. Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe











Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe.

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html

Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)


Contest End : 31th December 2013! 



ARTIKEL PILIHAN YONG : Video Showcase: Visit Malaysia Year 2014 Buses Hit London Streets

Yong pilih artikel ni sebab tak sangka pula London siap buat Promosi cuti-cuti Malaysia lagi.  Malaysia pun banyak tempat menarik untuk bercuti, tak perlu pergi jauh-jauh pun. Dalam Malaysia semua ada. Padang pasir dan salji pun ada..cuma tak ori je la.. Haha


Read More

Rabu, 25 Disember 2013

Simple Giveaway By AnaMyhusna


http://ana-myhusna-life.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-anamyhusna.html
Klik Banner Untuk Join Giveaway Full Of Colors Ini! =)
SENARAI HADIAH

Yong nak tag
ayue idris
 Adrianna Syaz
Aku Vs Dia

Read More

Selasa, 24 Disember 2013

Happy birthday my man..Love u :)


Hari ni besday my beloved hubby, Usop..24 Disember. Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan kami kawen. Bahagia sangat menjadi pasangan halal ni. hehe. Alhamdulillah, Yong dikurniakan seorang suami yang penyayang, penyabar, ambik berat, tak tinggal solat dll. Tak boleh mention banyak sangat. Nanti dia sengih macam kerang busuk pula bila baca entry ni. Haha. 
 
Lepas balik kerja, Yong tanya Usop

"Abang, esok besday abang jomlah belanja farah makan"
"Eh, apa pula Farah lah belanja abang"
"Ala..farah kan baru keja, mana ada duit"
Haha..terukkan isteri camni. Tapi Usop ikut kehendak Yong juga. Dia bawa Yong makan steamboat kat Restoran Johnny's. First time makan steamboat. Memang sedap sangat. Sapu licin semua. In Shaa Allah entry berikutnya Yong buat entry pasal makan-makan di situ. 
I love u abang. Terima kasih kerana sudi memperisterikan Farah.
 
Bila Yong tengah marah, Usop mesti pujuk Yong sambil buat lawak sampai Yong tak jadi nak merajuk lama-lama. Terus tergelak sama-sama.
Usop boleh dikatakan seorang suami yang ringan tulang..setakat ni tak ringan tangan lagi lah..hehe. Usop rajin tolong basuh baju, basuh pinggan dan masak bila Yong pergi keja. 
 
 Ni lah hasil masakan Usop semasa hari Yong bekerja, dan Usop pula tengah bercuti. Sedap tau sambal sotong tu. Yong makan bertambah-tambah. Ayam panggang tu masak guna pemanggang ajaib, itu nampak macam hangit sikit. Jangan dipandang pada rupa. Sedapp tau..
Dari zaman bercinta dan masih belajar lagi, Usop selalu support Yong dari segi kewangan dan mental.
Malu nak cakap. Tapi seriously, suka peluk suami..sebab bau wangi je. Mujur Usop bukan perokok. Eee, memang Yong sangat tak tahan dengan bau rokok. 
Usop orang kedua selepas mak yang sangat-sangat memahami karakter dan perangai Yong.
Usop lah orang pertama Yong mengadu, bercerita, menangis, bergelak ketawa dengannya. Yong segan nak nangis depan mak. 
 

Ada lagi nak cerita..tapi biarlah disimpan dalam hati Yong je.
Abanglah cinta pertama Farah. Kali pertama kita bersua di hadapan The Store, Gerik, Farah terus jatuh cinta dengan abang. Masa tu ingatkan Farah sorang ja syok sendiri..hehe. Rupanya cinta tak bertepuk sebelah tangan.
Walaupun Farah bukan cinta pertama abang, tapi Farah harap sangat Farah lah cinta terakhir abang.
 
Tahun-tahun sebelum ni Yong selalu bagi handmade besday card dan hadiah kat Usop. Cuma tahun ni takda kesempatan nak bagi apa-apa kat Usop. Jadi Yong buatlah entry ni sebagai tanda penghargaan dan hadiah dari seorang isteri kepada sang suaminya. Usop cakap
"Tak bagi hadiah barang kat abang pun takpe, asalkan Farah dapat lahirkan anak untuk abang"
In Shaa Allah. Please pray 4 us. 
Terima kasih kerana sudi baca.
Read More

Isnin, 23 Disember 2013

Dah dapat kerja, blog pun bersawang

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap2 sihat lah ye. Hmmm dah seminggu lebih tak update blog. rindu sangat dengan blog ni. Sampai buat status ni kat FB..

Tetiba ja rasa nak luah perasaan kat FB. Bukan nak mohon simpati pun cuma nak minta semangat dari kawan-kawan di FB ja. Lagipun dah seminggu tak menulis, rasa gatal tangan pula. Hehehe.. Sebenarnya, Yong dah mula bekerja pada 17 Dis 2013 yang lalu. Kerja swasta je. Alhamdulillah, lepas interview Yong terus diterima bekerja. Cuma kerja di sana mengandungi jadual padat. No handphone, no tablet, no ipad, no Fb n segala macam tidaklah ketika waktu bekerja. Abis kerja pukul 6 petang. Sampai je rumah, kena kemas rumah sikit2 dan sediakan makan malam. Bukan makan malam ja, Yong pun kena prepare bahan2 masak untuk nak masak keesokkan harinya. Yong bawa bekal je pergi keja. Jimat duit. Hidup di KL ni kena pandai berjimat cermat.  Jadi Yong tak sempat nak update blog dan ber 'blog walking'.Huhu.
 
Yong tengah nak biasakan diri dengan rutin jadual yang baru. So, hampa jangan ingat Yong nak tinggalkan blog hijau ni ye. In Shaa Allah, Yong akan terus menulis. Cuma cepat atau lambat je. Plisss support Yong ye.
 
Yong hitamkan nama pengomen status FB Yong tu bukan apa, takut depa tak suka ja. hehe. Yong suka nasihat dari seorg kawan Yong tu. (dah di bulatkan dengan line merah). Dia menasihati Yong dengan cara kembali kepada Allah, bukan membanding2kan kerja dan kemampuan Yong dengan orang lain. Tak suka la bila ada yang berfikiran "ala.. kami pun kerja susah juga, bukan hang sorang ja susah".  Contoh macam gitu la..
 
Ok la..dah lewat. nak cau cin cau dulu. Kita ketemu di lain hari ya, kawan-kawan sekalian. Daa..
Read More

Jumaat, 13 Disember 2013

Special Giveaway by Afiqah


http://mawarberduri4147.blogspot.com/2013/12/special-giveaway-by-afiqah.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
Read More

December Segmen by WNS


 
 http://sihatcantikbywns.blogspot.com/2013/12/december-segmen-by-wns.html 
 
JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN SEGMEN NI. 
 
Read More

Rabu, 11 Disember 2013

Pucuk kaduk goreng yang gojesss..


Cantik kan tarikh hari ni? 11.12.13.. Che ta kawin hari ni. Amboi kemaiin dia semalam kan masa majlis berinai. Belum akad nikah lagi tapi majlisnya macam dah nikah. Opss.. tak baik mengumpat. Selamat hari lahir juga kepada semua yang menyambut hari lahir pada hari ini. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kalian.


 Tak ingat bila goreng pucuk kaduk ni. Mungkin sabtu minggu lepas sebelum tengok baby dan tengok citer KOLUMPO. Pucuk kaduk ni mak mertua bawa dari Gerik, Perak. Bahan masakan yang mak bawa, Yong kongsikan dalam entry "First time masak taucu dan mari mengenal daun". Sebenarnya Yong salah faham. Yong ingat Usop suruh Yong goreng pucuk kaduk macam ala-ala kerepek. Rupa-rupanya salah. Dia nak makan macam sayur goreng letak bawang merah skit, kacau dengan telur dan masuk sedikit air. Hmm nak buat camna, makan jelah. 

Resepi ni kali pertama Yong buat. Takda tengok mana-mana resepi. Resepi sendiri. 

Bahan-bahannya ialah:
1 mangkuk kecik daun pucuk kaduk
1 biji telur
2 cawan tepung beras
sedikit air
sedikit garam dan penambah rasa
seulas bawang merah (kalau taknak letak pun takpa)

 Cara-caranya:
  1. Basuh telur sehingga bersih kemudian pecahkan dan pukul ia. Tak kembang pun takpa. Janji putih telur dan kuningnya bersatu.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras sedikit demi sedikit. Agak-agak ye kadar tepung tu, jangan ikut sangat sukatan Yong bagi tu.  
  3. Masukkan pula sedikit air. Biar adunan tepung tu agak likat dan tidak cair. Jika tidak, tepung tidak akan melekat cantik pada daun pucuk kaduk.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, penambah rasa dan bawang merah. Perasakan. 
  5. Eh..ada lagi last step.. panaskan minyak dengan api sederhana kemudian terus goreng. 

#Pucuk Kaduk juga boleh digantikan dengan daun bayam yang besar-besar tu.

 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com