-->


Khamis, 5 Disember 2013

Donut kampung nan gebu..

 
Apa khabar kawan-kawan hari ni? dah breakfast ke? Alhamdulillah Yong dah sarapan dengan 2 biji donut hari ni. 2 hari lepas, Usop request buat donut. Yong terus gelabah. Aish, tak kan nak kata tak boleh kot. Anak tauke buat kuih/cucur tak reti buat donut. Kena sahut cabaran ni. Ituelah dulu dok dengan family, malas tengok abah buat. Aik abah buat? Yes abah tukang buat doh donut, mak pula cuma terapkan dengan acuan..Yong amik part last..tukang goreng dan salut donut dengan gula. Sehari mak buat 10 jenis kuih. Jadi, Yong dan abah kenala tolong sikit2 bagi cepat siap kerja.
 
Semalam terus kol mak tanya camna nak buat donut. Nasib baik tak kena berleter lagi. Selalunya tanya mak, dia berleter dulu. Ayat lazim " Ituelah, masa orang buat, bukan hang nak tengok. Walaupun tau bahan-bahan dia, tapi kita kena tengok dan try buat juga".
 
Yong ada culik buku masakan kuih melayu mak. Mak tu memang semua jenis kuih dia pandai buat. Tapi nak juga tengok resepi orang. Tapi kan susahla ikut resepi dalam buku tu. Banyak pula bahan dia pakai. Yong nak yang simple2 ja. Google terus kan senang. 
 
 
Resepi Donut Kampung nan Gebu
Resepi Asal : Dapur Mamasya
Olahan : Farhain Azmi
Bahan-bahan ( 12 biji )
  4 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
  3 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  2 sudu besar susu pekat manis(boleh ganti dengan susu tepung)
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur 

Cara-cara
  • Cairkan mentega dan ketepikan.
  • Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.Yong cuma guna separuh yis je dari peket. Masa itu, Kak ngah tak masuk dapur lagi. Then, dia kata yis tak perlu banyak pun. 1 sudu teh yis pun dah cukup. Yis cuma guna untuk bagi naik tepung je.
  • Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  • Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  • Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul dengan tangan. Lagi senang guna tangan daripada guna sudip. Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras. Biar sedang-sedang ja. Agak lembik, tambah sedikit tepung.  Biar adunan selama 45 minit atau adunan sudah nampak naik. Yong nak cepat, Yong biar 20 minit je. Kang kalau biar lama-lama, tak bawa bekal la Usop hari ni. Kul 7.30 pagi dia dah keluar pi kerja.  
  • Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. Agak-agak dalam 1-2 cm. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.Taburkan sedikit tepung atas dulang untuk mencanai dan meletak donut yang sudah siap diterap.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. (Yong guna gula biasa yang di 'blend', lebih jimat).
Semalam juga Yong, Usop dan Kak Ngah pergi Carrefour Wangsa Maju untuk beli barang-barang dapur, pencanai doh tepung dan acuan donut. Sayangnya acuan donut takda pula. Usop pula tak bagi beli pencanai doh di situ. Dia cakap mahal. Nak juga dia ajak beli kat Long Wan. Kul 11 malam dah, Long Wan pun dah tutup. Natijahnya, pagi ni Yong dengan Kak ngah guna gelas plastik untuk mencanai doh donut, penutup jem mentega kacang Lady's Choice serta  penutup botol air untuk menerap doh.

 Donut tengah berenang dalam kuali. Kak Ngah marah Yong sempat snap gambar lagi. Tangan dia yang pegang sudip tu.

 Siap sedia bekal untuk suami tercinta. Ada ruang lagi kan? Yong mampatkan sampai penuh bekas tu. hehe.


Dapur mamasya cuma bulat-bulatkan doh. Mungkin sebab itu dia boleh hasilkan 20-25 biji donut. Usop nak donut yang ada rupa bentuk.


Tips
  •  Terpulang pada selera masing2 sama ada mahu letak garam atau tidak ke dalam adunan doh. Tapi jangan sesekali disatukan dengan yis, gula dan susu tadi. Kak Ngah kata garam akan membunuh tindakan Yis. Gula pula akan membantu Yis menjadi lebih produktif. Betul ke? hehe.. Kak Ngah lagi pandai masak dari Yong. 
    • Tak nak letak susu pun boleh. Mak yong buat donut tak letak susu pun sebab nak meniaga kan..Kenala short cost sikit. Mak suggest Yong suruh letak susu juga, sebab untuk makan2 je. Lagi sedap kalau letak susu. 
  • Jika hendak meletak donut di dalam bekas makanan bertutup, hendaklah biarkan ia sejuk seketika baru dimasukkan ke dalam bekas. Jika tidak, gula akan cepat mencair. Macam kes Yong, nak cepat kan.. Yong tutup tupperware tak rapat dan masukkan dalam beg plastik. :) 
 
Overall, percubaan yang agak berjaya. Donut rasa lembut je tapi agak berat. Donut yang mak buat biasanya rasa ringan bila dipegang. Mungkin yong ada salah teknik sikit kot.  Terima kasih Kak Ngah sebab sudi tolong terap doh donut masa aku tengah goreng koeyteow. Sempat lagi buat Koeyteow goreng untuk Usop. 
 
Usop cakap "sedapnya koeyteow goreng ari ni..Sapa yang masak ni?"
Yong terus tersenyum. Semangat nak memasak lagi.
Jadi suami2 sekalian janganlah lokek untuk puji isteri anda ye :)


11 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Mesti enak d mkn panas2.

    BalasPadam
  2. @Nasuha: betul tu.. kena ada air teh or milo baru ada ummmphh

    BalasPadam
  3. Waaa..yong! Npe pndai sgt wat mcm2 ni...jeles tauuuu..untung btol usop dpt yong..hehe

    BalasPadam
  4. @orench ladee: ayue..tak perlu jeles pun. ayue pn msti pndai masak juga kan? Alhamdulillah sma2 beruntung..hihi

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum..

    Sedapnya makan donut panas2 time hujan ni..plus, ada kopi O pekat.

    BalasPadam
  6. Betui tu yong..gula bntu yis tu berkembng.hehe..tak pnh buat donut lg yong..mcm best je ni..nk kna buat jgk ni..mesti sedap..tima kasih yong kongsi resipi donut..nyum2 ^_^

    BalasPadam
  7. @Khamsi Abdullah: Fuh kopi o pekat cicah biskut kering pun sodappp

    BalasPadam
  8. @adrianna syaz: try la bt yana.. yana bt msti lg sedapp kan..dh biasa baking kan

    BalasPadam
  9. @Farhain Azmi sy xpndai wat kueh2 cmni..xpnah blaja..kek bole la sket2..tu pun hentam kromo~

    BalasPadam
  10. takpala..lma2 klu dh blaja nnt msti blh buat punyalah..yong teringin jga nak baking kek2 ni tp xda oven

    BalasPadam
  11. aishh terliur pulak tgk hujan-hujan ni..:)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com