-->


Khamis, 5 Disember 2013

First time masak taucu dan mari mengenal daun!


Tengahari semalam Yong masak 2 jenis masakan yang Yong tak pernah masak lagi seumur hidup. Sumpah betul. aip tak baik main sumpah-sumpah ni. Nanti kang jadi sesumpah pula. Hehe. Demi suami ku turutkan jua seleranya :)
 
 

Tadaa! Inilah masakan Yong untuk Usop. 
  • Masak lemak daun nase dengan ubi keledek (Yong tak tau daun apa tu)
  • Masak taucu ikan kembung borek bersama timun (kemana menghilang timunnya?)
  • Ikan pekasam

     
    Close up setiap jenis masakan
    1. Masak lemak daun nase dengan ubi keledek

     
    Yong tanya Usop
     "abang, daun yang mak bagi ni daun apa?" 
    "Itu daun nase"
    "apa pelik je nama dia ni, google takda pula"
    dalam hati..suami aku ni salah sebut ke apa.

    Daun tu mak mertua bagi masa datang rumah kami minggu lepas. Bawa sekali dengan daun pandan, pucuk kaduk dan bubur asyura. Kek moist coklat pun ada sekali tau. Adik ipar buat. Yummy!
    Curious sangat nak tau, ni daun apa.. Terus Yong tanya adik ipar, tapi dia dan mak pun lupa nama daun tu..sobsobsob
 Hasil pencarian Yong di Google. ada daun yang seakan-akan serupa dengan daun ni. Namanya daun geti. Ada juga orang panggil daun turi dan daun selun. Tapi Usop kata bukan. Ada sesapa kenal dengan cik daun ni?

Menu ke-2
2. Ikan Pekasam

 Ini memang selalu masak kat rumah dengan mak dulu.Nampak cabai kering dan bawang besar ja. Ikan pekasam sembunyi celah mana tak tau. Goreng 2 ekor ja. Usop kata ni ikan loma. Yong tau masak ja tapi tak kenal jenis-jenis ikan. Ikan pekasam ni tok bagi. Bawa dari Gerik, Perak tu.

Menu ke-3
3. Masak taucu ikan kembong borek bersama timun

Hah ada pun timun. Dek kerana Yong tak pernah masak taucu, Yong terlupa letak timun. Yong ikut selera Usop je. Dia kata kena ada timun. Timun Jepun pun dah berhari-hari dalam peti sejuk. Jadi, Yong cuma rebus sampai agak lembut sikit kemudian masuk kan dalam taucu ni.Sedap juga masak taucu ni. Ceh, masuk bangkul angkat sendirik. Bukan apa sebab tak pernah masak dan makan kan..

Nak resepi tak? In Shaa Allah nanti Yong share ye.


8 ulasan:

  1. Wah..yong memasak utk abg usop.hehe..mesti abg usop seronok ni mkn masakan air tangan isteri tercinta..ngeh..ngeh..mntak sikit yong..nnti2 yong up la entry resipi..sya suka ni pasai mkn2 ni..haha

    BalasPadam
  2. Untungnye pndai msak mcm2...klu sy mak mertua bg bnd2 cmni..mmg simpan smpai reput la..hehe

    BalasPadam
  3. arghh..tak menahan tgk ikan pekasam tu. tp family kami..tambah daun kunyit..hiris nipis..pastu goreng sekali ngan cabai kering tu. ulalalala.

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: breakfast wajib buat utk usop. lunch pn dia blik mkn..mmg muka yong ja kt dapur.lps ni byk la entry psl mknn sbb terperap dlm umah ja.. orait sya..hihi

    BalasPadam
  5. @orench ladee: hahaha.. Yong pun try n error ja tuh

    BalasPadam
  6. @Miss N: pergh..nk try jgala letak daun kunyit nnt :)

    BalasPadam
  7. nak pikat suami pikat dulu perutnya... hehehehe betul x yong.. btw moga yong n suami bahagia... ^-^

    BalasPadam
  8. @Ahlam Miera Amirul Shafie: betul tu miera..hehe. thanx a lot coz doakan kami ye :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com