-->


Selasa, 24 Disember 2013

Happy birthday my man..Love u :)


Hari ni besday my beloved hubby, Usop..24 Disember. Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan kami kawen. Bahagia sangat menjadi pasangan halal ni. hehe. Alhamdulillah, Yong dikurniakan seorang suami yang penyayang, penyabar, ambik berat, tak tinggal solat dll. Tak boleh mention banyak sangat. Nanti dia sengih macam kerang busuk pula bila baca entry ni. Haha. 
 
Lepas balik kerja, Yong tanya Usop

"Abang, esok besday abang jomlah belanja farah makan"
"Eh, apa pula Farah lah belanja abang"
"Ala..farah kan baru keja, mana ada duit"
Haha..terukkan isteri camni. Tapi Usop ikut kehendak Yong juga. Dia bawa Yong makan steamboat kat Restoran Johnny's. First time makan steamboat. Memang sedap sangat. Sapu licin semua. In Shaa Allah entry berikutnya Yong buat entry pasal makan-makan di situ. 
I love u abang. Terima kasih kerana sudi memperisterikan Farah.
 
Bila Yong tengah marah, Usop mesti pujuk Yong sambil buat lawak sampai Yong tak jadi nak merajuk lama-lama. Terus tergelak sama-sama.
Usop boleh dikatakan seorang suami yang ringan tulang..setakat ni tak ringan tangan lagi lah..hehe. Usop rajin tolong basuh baju, basuh pinggan dan masak bila Yong pergi keja. 
 
 Ni lah hasil masakan Usop semasa hari Yong bekerja, dan Usop pula tengah bercuti. Sedap tau sambal sotong tu. Yong makan bertambah-tambah. Ayam panggang tu masak guna pemanggang ajaib, itu nampak macam hangit sikit. Jangan dipandang pada rupa. Sedapp tau..
Dari zaman bercinta dan masih belajar lagi, Usop selalu support Yong dari segi kewangan dan mental.
Malu nak cakap. Tapi seriously, suka peluk suami..sebab bau wangi je. Mujur Usop bukan perokok. Eee, memang Yong sangat tak tahan dengan bau rokok. 
Usop orang kedua selepas mak yang sangat-sangat memahami karakter dan perangai Yong.
Usop lah orang pertama Yong mengadu, bercerita, menangis, bergelak ketawa dengannya. Yong segan nak nangis depan mak. 
 

Ada lagi nak cerita..tapi biarlah disimpan dalam hati Yong je.
Abanglah cinta pertama Farah. Kali pertama kita bersua di hadapan The Store, Gerik, Farah terus jatuh cinta dengan abang. Masa tu ingatkan Farah sorang ja syok sendiri..hehe. Rupanya cinta tak bertepuk sebelah tangan.
Walaupun Farah bukan cinta pertama abang, tapi Farah harap sangat Farah lah cinta terakhir abang.
 
Tahun-tahun sebelum ni Yong selalu bagi handmade besday card dan hadiah kat Usop. Cuma tahun ni takda kesempatan nak bagi apa-apa kat Usop. Jadi Yong buatlah entry ni sebagai tanda penghargaan dan hadiah dari seorang isteri kepada sang suaminya. Usop cakap
"Tak bagi hadiah barang kat abang pun takpe, asalkan Farah dapat lahirkan anak untuk abang"
In Shaa Allah. Please pray 4 us. 
Terima kasih kerana sudi baca.

10 ulasan:

  1. seronokkann sambut besday as husband & wife.. :)

    BalasPadam
  2. alahai...sweetnye laki bini ni..hehe..moge jodoh hingga ke jannah ye yong...amennn ('',)

    BalasPadam
  3. @NinaAz: betul tu ninaAz.. awk lg la seronok.. dah nk dpt baby kan :)

    BalasPadam
  4. @Ayue Idris: sweet mcm gula2.. keh3x.. thanx ye ayue.. yong pn doakan jodh ayue dgn tunang smpai ke jinjang pelamin n syurga :)

    BalasPadam
  5. Sweetnye yong! Hihi..semoga bahagia hibgga ke jannah dn dikurniakan zuriat yg soleh solehah amin ya rabb

    BalasPadam
  6. mesti lain rasanya dah jadi pasangan halal ni kan....akak ngah menghitung hari ni yong....macam2 rasa ada....nervous...akak daoakan yong bahagia selalu

    BalasPadam
  7. @suri: alahai..suri lg sweet dgn family. seronok tgk gmbr suri dgn hubby n anak kt fb..bahagia je. thanx a lot coz sudi doakan yong ye.. :)

    BalasPadam
  8. @wawa syaida: betul rasa lain akak wpn kita dh bercinta lma dgn suami kta.. yong doakan mjlis kak wawa smuanya berjln dgn lancar.. jgn nebes2 sgt..keep cal mdown. msti meriah wedding akak nnt kan..hehe. Thanx tau doakan yong :)

    BalasPadam
  9. bestnyee sambut bday ber2..semoga yong n ucop cepat dpt baby tau! happy blated bday untk ucop ^^

    BalasPadam
  10. @S. Faezah: tak lma lg kak faezah pn akn merasa cmni jg..hihi. thanx ye akak doakan km..aminn..ucop kta thanx jg :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com