-->


Rabu, 11 Disember 2013

Pagi ahad di Tasik Titiwangsa

 
 
Dah puas berjoli sakan tengok wayang kan, keesokkan paginya Usop ajak Yong joging di Tasik Titiwangsa pula. Malas betul nak bangun awal pagi tu.. kena joging pula. Hujung minggu ni kan best dok landing atas tilam empuk lagi. huarghh.. Kena paksa dengan Usop juga temankan dia joging. Semua alasan Yong dia tak nak terima. Yong bagi alasan kasut sukan takda, badan dah kurus, seluar tracksuit takda.. huhu.
Akhirnya, Usop menang. Pukul 8 pagi, kami merempit ke Tasik Titiwangsa. Cadangnya nak gerak pukul 7 pagi. Tapi Yong saja buat-buat lambat. Sabar jelah Usop dengan Yong kan..
 
Sampai di Tasik je, kami terus join aerobik. Usop kata aerobik ada setiap pagi ahad. Bersemangat cik abang sorang ni join aerobik. Yong? siap menguap lagi. Haish..teruk betul. Then, rasa macam best pula aerobik ni. dah lama tak aerobik. Last aerobik pun tahun lepas masa kat UiTM Kelantan. Minggu depan trainer ajak pakai baju oren. Jom kawan-kawan kita join aerobik. Boleh juga jumpaa..
Lepas abis aerobik, Yong dan Usop main badminton. Plan asal nak jogging dulu. Tapi susah sikit sebab Yong takda kasut sukan. Just pakai sandal bertutup je. Hmmm..mula-mula rasa segan dengan Usop. Yelah, mana pernah keluar bersukan dengan dia. Nie la kali pertama kami main badminton sama-sama. Best sangat dapat beriadah dengan suami sendiri. Pulak tu, dah lama tak lepas gian main badminton. Nasib baik tak jadi tukang pungut bulu tangkis je. Kira skill masih ok lagi lah kan? hehehe
 Usop yang dulu bukanlah yang sekarang.. Dulu dia kurus tegap sekarang makin bambam. Haha

Kebetulan hari tu tengah berlangsung Karnival Keusahawanan. So, tunggu apa lagi.. jom serbu.. Lepas beriadah, kenalah isi perut pula. Lapar. 

 Gerai-gerai jualan baru nak beroperasi. Masa ni baru kul 9 lebih kalau tak silap Yong.


Kami singgah dari satu booth ke satu booth. Keinginan Yong untuk berbisnes sangat membuak-buak. Moga Allah bukakan jalan untuk Yong satu hari nanti. Aminn.. Then, kami singgah di booth students UKM. Depa ada buat game. Satu game kena bayar RM3. 3 game RM5. Usop amik 3 games. Game simple2 je tapi tak menang pun. Haha.. Kami main baling dart pada belon dan ball bounce. Game dart tu kena kasi pecah belon, then if kita dapat kertas ada ucapan tahniah baru dikira menang. Yong main banyak kali game ni tapi tak berjaya pecahkan belon..huhu. Game ball bounce pula kena bagi bola pingpong melantun masuk ke dalam bakul sampah kecik tu sekurang-kurangnya 2 biji bola.

 Walaupun tak menang, tetap dapat hadiah juga. Majalah yang best, berinformasi dan ada unsur dakwah. Yong buat perkiraan, total hadiah ni dalam RM12.So, kami untung RM7. Haha..ex-student statistik macamni la asyik nak mengira nombor je. 


Penat main, terus cari makanan. Tengok asap dari periuk besar sup berkepul-kepul terus menitik air liur ni nak makan bihun sup. 

 Memang sedap bihun sup ni. Tak rugi kami beli. Minuman pula air jagung.. Nikmat sangat.



  Last sekali pencuci mulut. Rainbow cake. Memang menggoda betul kek ni. Bertenggek kat sebelah kedai bihun sup pula, aishh takkan nak tengok je. Kena tackel ni. 1 slice RM6.00. At first, rasa ish awat mahai sangat ni? Tapi potongan kek ni besar dan rasa cheese dia mencair je dalam mulut. I tell u. tak tipu..
Sekian,terima kasih sudi baca entry ni :)

9 ulasan:

  1. Jom celen bdminton yong..cik abg yong tu bam2 sbb ati snang..hehe..sya mau kek itu sikit..nnti klu rjin nk try buat kek rainbow ni plak yong..sgt sdp...tgk pun dah x thn..^_^

    BalasPadam
  2. @adrianna syaz: jom yana.. hehe. snang ati apa la kan? bt la yana kek rainbow..nnt blh yong amik resepi dari yana :). mmg sedap tak menahan

    BalasPadam
  3. sedapnya kek rainbow tu.. nyummm!!

    yong asben polis eh?

    BalasPadam
  4. Alahaiii usop...dulu sememeh je..skang dh jd laki org hihi..untung usop dpt yong yg super rajin nih..btw sy 1 skolah ngn usop ms smbf dulu..dia librarian sm dgn sy ;-)

    BalasPadam
  5. @azizah :): mmg sedap sgt jijah.. ye. keja polis

    BalasPadam
  6. @suri: hehe. ni suri said ke? usop tanya. dulu sememeh skrg tembam.hihi. yong xda la rjin mna pun. oh yeke? salam perkenalan suri

    BalasPadam
  7. Eh bukan..surizan la..kt fb pun ada add yong hihi...ala usop kenal...slam kenal utk yong jugak :-)..

    BalasPadam
  8. @suri: oh surizan abd ghani kan? ada kat friendlist fb yong..usop yg pndai2 ckp suri said..dia ingt pmpuan mna la hai..hehe. salam perkenalan suri :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com