-->


Rabu, 11 Disember 2013

Pucuk kaduk goreng yang gojesss..


Cantik kan tarikh hari ni? 11.12.13.. Che ta kawin hari ni. Amboi kemaiin dia semalam kan masa majlis berinai. Belum akad nikah lagi tapi majlisnya macam dah nikah. Opss.. tak baik mengumpat. Selamat hari lahir juga kepada semua yang menyambut hari lahir pada hari ini. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kalian.


 Tak ingat bila goreng pucuk kaduk ni. Mungkin sabtu minggu lepas sebelum tengok baby dan tengok citer KOLUMPO. Pucuk kaduk ni mak mertua bawa dari Gerik, Perak. Bahan masakan yang mak bawa, Yong kongsikan dalam entry "First time masak taucu dan mari mengenal daun". Sebenarnya Yong salah faham. Yong ingat Usop suruh Yong goreng pucuk kaduk macam ala-ala kerepek. Rupa-rupanya salah. Dia nak makan macam sayur goreng letak bawang merah skit, kacau dengan telur dan masuk sedikit air. Hmm nak buat camna, makan jelah. 

Resepi ni kali pertama Yong buat. Takda tengok mana-mana resepi. Resepi sendiri. 

Bahan-bahannya ialah:
1 mangkuk kecik daun pucuk kaduk
1 biji telur
2 cawan tepung beras
sedikit air
sedikit garam dan penambah rasa
seulas bawang merah (kalau taknak letak pun takpa)

 Cara-caranya:
  1. Basuh telur sehingga bersih kemudian pecahkan dan pukul ia. Tak kembang pun takpa. Janji putih telur dan kuningnya bersatu.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras sedikit demi sedikit. Agak-agak ye kadar tepung tu, jangan ikut sangat sukatan Yong bagi tu.  
  3. Masukkan pula sedikit air. Biar adunan tepung tu agak likat dan tidak cair. Jika tidak, tepung tidak akan melekat cantik pada daun pucuk kaduk.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, penambah rasa dan bawang merah. Perasakan. 
  5. Eh..ada lagi last step.. panaskan minyak dengan api sederhana kemudian terus goreng. 

#Pucuk Kaduk juga boleh digantikan dengan daun bayam yang besar-besar tu.

 

7 ulasan:

  1. Tak au plak pucuk kaduk ni boleh dibuat goreng yong..slalj cendawan goreng je ni..hehe..mesti rangup kan yong :)

    BalasPadam
  2. ala yong...hari2 akak baca blog yong...nak komen je tak sempat...bersemangat akak tengok yong masak...akak ngah merangkak lagi...nanti dah kawen, belajar masak dengan Mr. A opps :)

    BalasPadam
  3. camni pon sodap yong..tiba2 teringat kat cameron highland..ada byk sayur dorg goreng camni..

    BalasPadam
  4. @adrianna syaz: Yong pun pakai main hentam masak ja ni.. cendawan goreng pn yong bru ja bt. rsanya lg sedap dr pucuk kaduk goreng kot

    BalasPadam
  5. @wawa syaida: takpe kak wawa..yong faham akak tgh bz prepare hal kawin dgn keja lg kan? hehe.. yong nak review pasal kawin jg tp malas..tu yg bt entry psl masak je.. ececece msti mr A terer masak kan? untung kak wawa :)

    BalasPadam
  6. @S. Faezah: itue la..wah dh lma tak pergi cameron. klu p sna, haruslah borong sayur fresh2 banyakk..hehe

    BalasPadam
  7. @S. Faezah: itue la..wah dh lma tak pergi cameron. klu p sna, haruslah borong sayur fresh2 banyakk..hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com