-->


Rabu, 11 Disember 2013

"Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com "


http://www.akupenghibur.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN
 
Yong start buat blog sejak dari tahun 2010 lagi. Masa tu macam masih hangat-hangat tahi ayam. Masih tercari-cari idea menulis dan gaya penulisan macamna yang sesuai. Lagi satu,  hal yang membuatkan niat Yong menjadi blogger terbantut ialah Yong tak pandai nak edit blog seperti tukar background, buat menu tab, buat header dan lain-lain lagi lah. Cuma ada satu je post entry Yong. Entry Blog Sana Sini. Dalam entry ni Yong ada ceritakan kenapa aku jadi blogger? Mai nak bagitau lagi sekali kenapa Yong jadi blogger. 
 
  1. nak tambah kenalan 
  2. nak improve gaya penulisan
  3. suka tgk blog2 blogger yg kiut miut n colourful 
  4. sekadar berkongsi pendapat, kisah kehidupan seharian dan pengalaman hidup
  5. ni yang paling eksited..hehe.nak citer pasal progress masa tunang dulu, persiapan kahwin dan macam-macam lagila
 
Give up punya pasal Yong pun biar blog terbengkalai macam tu je. 
 
Masuk tahun 2012, keinginan nak berblog tu datang balik. Then, mula la nak perkenalkan diri supaya orang kenal Yong dan kewujudan blog Yong. Baca entry ni. Masalah nak aktif berblog sebab tahun tu sibuk dengan Final year di UiTM Kelantan, sibuk dengan persiapan tunang, sibuk dengan cari tempat nak praktikal. Jadi terbengkalai lagi.
 
Masa tengah menjalani latihan praktikal di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah bila ada waktu terluang je Yong suka blogwalking blog bride-to-be. Yelah, tengah cari idea untuk majlis perkahwinan Yong. Best sangat tengok b2b yang kreatip, banyak bagi tips kahwin/tunang dan sentiasa tak kering dengan idea DIY. Jadi Yong pikir, aku pernah ada blog. Why not, aku pun jadi b2b blogger jugak. Tapi masih cerita hal-hal lain juga. Bukan buat entry pasal tunang/kahwin je. Lagi pun, Yong ni suka sangat join contest/giveaway/segmen. Dekat FB hari-hari penuh wall Yong join contest. Tapi kalau join contest/Giveaway/segmen di blog lagi la peluang nak menang dan dapat hadiah tu tinggi. Alhamdulillah, sepanjang Yong ada blog ni Yong dapat hadiah/sponsor untuk majlis kahwin hari tu. Rezeki kan walaupun tak banyak.
 
Yong memang suka sangat menulis. Kat blog ni susah la nak jumpa entry pendek-pendek. Karangan panjang berjela. Mula-mula nak buat entry, otak tepu je..bila dah ada suntikan idea gini lah jadinya. Masa sekolah rendah dulu, siap jadi tutor untuk kawan-kawan lagi dalam semua subjek terutamanya bahasa Melayu. Di sekolah menengah pula, karangan Yong pernah dapat pujian dari Cikgu Halimaton. Orang lain karang 2 muka surat je. Yong mengarang 4 muka surat. Bila karangan bertemakan isu semasa dan pendapat lagi la panjang Yong menulis. Ish..apa ni masuk bakul angkat sendiri? Astaghfirullah hal azim
 
Alhamdulillah followers Yong dah masuk #133 sepanjang aktif berblog dari bulan April 2013. Yong ada buat entry berkaitan follower di entry Angka cantik #123. Followers agak ramai, pageviews pun tinggi, dalam 50k tapi kenapa bil pengomen sedikit je? pula tu orang yang sama je. Blog Yong ni masih tak laku agaknya. Atau pun sebab Yong buat entry panjang? entry tak best? tajuk tak sesuai? Plisss guide me. 
 
Salam perkenalan semua.
 
 

17 ulasan:

  1. kak yong.. hehe.. good luck.. blogging make friends kan.. hehe :)

    BalasPadam
  2. @sha dhira: Thanx shad. btul2 tu.. hihi. tak sempat nak tggal komen kat entri shad, shad dh mai sni. hehe. good luck jga :)

    BalasPadam
  3. gudluck yong... mmg suka berblog.. ramai kawan2..

    BalasPadam
  4. @azizah :): thanx jijah..tuela.dgn blog leh dpt ramai kawan

    BalasPadam
  5. Slmt bersegmen yong...truskan smngat berblog yong..yong kira tere la baut karangan pnjang3 ni..sya tlis pndek2 je..sbb tu gmbar je byk..hehehe

    BalasPadam
  6. alhamdulilah terima kasih kerana sertai segmen ini ^_^ kisah yang menarik kenapa jadi blogger

    BalasPadam
  7. Salam singgah balas ziarah.. sy follow sini juga. Salam ukhwah perkenalan.. :)

    BalasPadam
  8. @Aku Penghibur: welcome. thanx jg blog aku penghibur krn sudi terima penyertaan saya :))

    BalasPadam
  9. @Khir Khalid: wsalam. thanx en khir krn sudi singgah di blog picisan ni. salam ukhwah perkenalan :)

    BalasPadam
  10. datang singgah dari segmen yang sama.
    follow done, isi tabung nuffnang pun done.
    semoga berjaya.

    http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    BalasPadam
  11. @Syuhada Baharudin: thanx ye syuhada sudi bw kat sni n isi tabung nuffnang.. ok nnt yong g terjah blog awk pula

    BalasPadam
  12. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    BalasPadam
  13. @Mawardi Yunus: wsalam. thanx ye. ok ada kesempatan n syarat yg mudah, sy akan join.. tq :)

    BalasPadam
  14. If some one needs expert view about running a blog afterward i suggest him/her to visit this weblog,
    Keep up the pleasant work.

    Feel free to visit my web site ผ้านวมสีพื้น

    BalasPadam
  15. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com