-->


Isnin, 9 Disember 2013

Tak rugi menonton filem KOLUMPO!

 
 
Hujung minggu tak sempat nak update blog. Sibuk hang out dengan husband. Yelah, time weekend jelah kami ada masa nak dating pun. Weekdays dia sibuk dengan kejanya. 
 
Hari sabtu lepas, 7hb Dis 2013, Yong dengan Usop pergi menziarahi kawan Usop yang baru je dapat baby. Anak pertama.. Happy sangat dapat tengok baby. Mak ayah baby tu lagi la bertambah2 happy kan. Ok stop. Itu Yong cerita dalam next entry ye.
 
Lepas kami tengok baby, kami terus gerak ke KL Festival City di Setapak. Usop ajak Yong tengok wayang. Sebelum tengok wayang, kami solat magrib dulu di surau dalam mall tu jugak. Jalan2 juga tapi solat jangan lupa. :)
 Tengah pening nak tengok movies apa. Siap gaduh-gaduh manja lagi dengan Usop. Sebabnya dia nak tengok cerita Penanggal. Yong tak berani dah nak tengok cerita seram lepas dah kawin ni. Usop kadang2 outstation tinggal Yong sorang2 kat rumah. Nanti kalau dah tengok cerita seram ni, otak Yong mula lah nak berimaginasi bukan-bukan. Then, dia nak tengok cerita Captain Phillips pula. Tapi duration movie tu lama, dalam 2 jam lebih. Tak nak lah!


 Terus nampak geng promot cerita Kolumpo. Usop pun panggil sorang girl ni dan tanya dia, sinopsis cerita tu. Girl ni beria-ria promot. Siap cakap ada jugak part lawak dan Sharifah amani nak datang situ pukul 8 malam. Yong dan Usop termakan dengan cerita dia, terus decide nak beli tiket Kolumpo.


 Kesian Usop. Kena beratur panjang. Yong pula sibuk layan FB je masa ni..hehehe. 



 Yeay dapat jugak bergambar dengan Bront Palarea dan Sharifah Amani. Sebelum tu, Yong baru je siap beli Cool Blog. Usop terus panggil Yong dan berleter sebab tak beratur beli pop corn.Usop terus suruh Yong bergambar dengan 2 orang pelakon yang sangat berbakat ni. Mujur sempat.



Sekarang Yong nak buat sedikit review tentang Filem Kolumpo berdasarkan hasil tontonan Yong di pawagam dan bacaan sinopsis dari Harian Metro.

Tiga kisah berbeza mewarnai Kolumpo. Kisah pertama karya Bront mengangkat tema kemanusiaan melalui kisah Rahul (Azad), imigran India yang datang ke KL mengejar cita-cita bergelar pereka grafik. Malangnya, sebaik tiba di lapangan terbang, Rahul di tipu 'prebet sapu' dan berlarutan apabila syarikat menawarkan kerja pula ditutup kerana lingkup. Dalam cerita ini, imigran digambarkan seperti kentang yang senang dilempar dan dipijak lumat. Kentang yang berhimpit-himpit dalam sekarung guni. Rahul yang menyangka dia diselamatkan oleh seorang pemilik kedai makan India sebenarnya dipergunakan hidup-hidup. Ditambah pula dengan kehadiran anak saudara bos dan seorang imigran Indonesia (Soffy Jikan) yang bertindak samseng dengan imigran-imigran lain.

Kisah kedua garapan Rozi Izma lebih memberi penekanan nilai kekeluargaan serta sikap pentingkan diri sendiri yang semakin menebal dalam masyarakat. Part paling buat Yong ketawa terbahak-bahak dan pada masa yang sama terkesan dalam hati apabila Nek Wok (Ruminah Sidek) berulang kali bertanyakan Gina (Nell Ng) soalan yang sama. Dialognya ialah " Siapa nama? duduk mana? kerja apa? bapa ada lagi? dah kawin?". Yong juga tersalah anggap apabila menyangka geng mat motor nakal menyusahkan Gina. Tanggapan awal Yong, apabila Gina memberi RM50 untuk belikan petrol, geng mat motor tu tidak akan membantu Gina malah akan mencuri duit tu. Tapi dipaparkan dengan mat motor tadi mengalami kemalangan dengan tong petrol masih berada di sisi motor. Babak yang cukup menyentuh perasaan. Lokasi pengambaran kisah ni di Setapak.

Kisah ketiga sentuhan Sheikh Munasar juga sangat menarik. Beliau mengangkat tema cinta dengan cara yang paling senang. Dua insan bertemu dengan cara tidak sengaja dan masing-masing belajar antara satu sama lain erti cinta sebenar. Dalam kisah ini turut dipaparkan kehidupan malam warga KL. Kisah ni mengajar kita untuk berani, berdepan dengan kehidupan, jangan berhenti berharap dan kekal beristiqomah.

Camna? ada tertarik tak nak tengok cerita Kolumpo? Best dan tak rugi pun hampa bayar tiket wayang mahal-mahal. Cerita yang sarat dengan pengajaran dan teladan. Mujur Yong tak tengok cerita Ular. Nyaris dah nak beli tiket cerita tu. Baca Metro hari ni, macam suam-suam kuku je cerita tu.

Abis tengok wayang, minta Usop posing depan poster Kolumpo. hehe

6 ulasan:

  1. hehe..untung lah snap gmbar ngn retis~~
    rjin yong review movie ek..

    BalasPadam
  2. Yong g dtimg2 tgk wayang..dpt jmpk artis lg..hehe..nnri boleh la pg tgk ceta kolumpo ni..yong review bgtau best :)

    BalasPadam
  3. wahh untung yong bergambar dengan retis..hehe :)

    citer captain philips best! dulu masa berdua rajin tgk wayang.. skrg tgk wayang dalm rumah jela..beli cd banyak2.. hahaha

    BalasPadam
  4. @Ayue Idris: kebetulan je tu ayue.. hehe. saja review movie nak bg ada entry terbaru jg dlm blog hijau ni

    BalasPadam
  5. @adrianna syaz: rezeki dpt jmpa artis.. tak tau selera movie yana camna..klu suka movie yg santai mmg Kolumpo ni disyorkan utk yana. tgkla

    BalasPadam
  6. @azizah :): rezeki jijah..hihi. wah, rsa mcm nk tgk movie captain philips la pula.hihi.. dah ada anak kan jijah, susah skit nak tgk wayang ni. kang baby meragam dlm panggung pula..hihi. tgk kt rumah pun best jgak. privacy

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com