-->


Isnin, 27 Januari 2014

Birthday Giveaway by Cik Ayue


http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
 
Dah lama entry ni terperap. Aish nak join tapi gambar contoh pelamin yang Yong smpan untuk rujukan semua hilang entah ke mana. Then, gambar contoh baju pengantin tu memang banyak..Masalahnya Yong takut empunya gambar tu tak suka dan tak setuju kalau Yong share gambar depa kat sini. 
 
Dok pikiaq lama sangat tambah pula sibuk dengan keja, tengok-tengok dah 27hb. lagi 4 hari ja giveaway ni nak tamat. Yong minta maaf ye Ayue. Happy belated birthday ye Ayue. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, bahagia di samping keluarga dan kawan-kawan  tercinta. Ayat klise sangat kan? Ok Yong tambah lagi..Semoga Ayue dapat buat persiapan kahwin yang terbaik. Jangan stress sangat ye.. Tidor awal. Nasihat orang konon. Yong pun selalu tidur pukul 1 pagi ke atas. haha. Eh, Yong muda 2 tahun dari Ayue. Jangan jelesss ye :P
 
Ok. dah stop membebel. Ikut je syarat yang Cik Ayue bagi ni. 
1. Pelamin rumah
 


 Gambar-gambar pelamin dari Haasz Boutique. Butik pengantin ni di Alor Setar, Kedah. Of cos cik support oghang utara ja..haha. Takdelah, Yong nak bantu juga bride to be dari utara cari idea. 

 
Next picture
2.  Baju pengantin
 
 
Yong suka sangat dengan baju pengantin irma & suami. Tapi apakan daya, bajet tak cukup. huhu.
 
 
 
Dah susah-susah sangat tempek gambar sendiri lah.. hihi. Yong suka sangat dengan dress pengantin Yong ni. Baju melayu Usop Yong tak gemar sangat. Tak menepati citarasa Yong. 
 
Yong suggest Ayue tengok FB Eja Shahril. Kak Eja ni memang muslimah fashion designer yang sangat menitikberatkan penjagaan aurat setiap pelanggannya. Setiap rekaan dia memang exclusive. 
 
Yong nak tag:
Akeyla
Azhafizah
Kak Wawa
 
 
P/S: Harap-harap depa yang ditag ni bacalah entry Yong ni. Nak blogwalking memang tak sempat. Ini curi-curi hapdate blog je ni. Usop dah marah Yong sebab tak tidur lagi. Esok dah kena keja.
 
Read More

Ahad, 26 Januari 2014

Apple's flower & pot

Terjumpa gambar ni di FB. Comel dan kreatif sangatkan? Rajin bebenor orang yang decorate epal ni.
Sayang pula nak makan. Ini sesuai la bagi kat anak-anak kecik yang tak suka makan buah. Boleh tarik minat depa.
Nikmatnya bila dapat menghirup jus epal segar.. !
Read More

Selasa, 14 Januari 2014

2nd Giveaway by Handbouquet Ibtisam

Assalamualaikum W.B.T

Sempena tahun baru 01.01.14..
Kami ingin melancarkan GIVEAWAY yg kedua...
Senang je..
Langkah2 nya :-
1) LIKE page ini (Handbouquet-Ibtisam)
2) LIKE gambar ini
3) SHARE pada wall anda & publickan
4) COMMENT "Done & Nama Penuh beserta tarikh mjlis"
5) Tunggu, Doa & Tawakal moga ada rezeki kalian
6) Tamat pd 15.01.14 dan pemenang akan diumumkan pd 18.01.14

**2nd Giveaway ini juga bole di share pd intagram anda.. Means nama anda akan ada 2, satu di fb dan satu di intagram.. Jika share di intagram, guna hashtag #2ndgiveawaybyibtisam #ordinaryibtisam dan tag nama '@ciktie' .. Nanti kami akan cek di fb & intagram.. Bole jg refer ig @ciktie utk cara2...
**kepada blogger.. Anda bole juga buat entry dan bg kami link entry tersebut..
**terbuka pada mereka yang majlisnya bln Mac2014 dan ke atas
**pemenang dipilih secara rawak
 
**Hadiahnya --
1st - 1 Handbouquet + 30pcs Tasbih Fatihah (random color)
2nd - 1 Handbouquet + 20pcs Tasbih Fatihah (random color)
3rd - 15pcs Tasbih Fatihah (random color)
**SELAMAT MENCUBA**
Yong tak join pun GA ni cuma nak tolong promot dan bantu mana-mana bride to be yang nak handbouquet cantik dan unik. Cik Tie pernah sponsor pearl handbouquet kat Yong tau masa wedding dulu. Memang terharu sangat walaupun Yong tak menang first GA ciktie tapi ciktie still sudi sponsor Yong. 
 
Ni link First Giveway by Handbouquet Ibtisam yang Yong pernah join dulu. 
 
Ini pula Pearl Handbouquet yang Ciktie sponsor untuk wedding Yong. 
 

 
Cantik kan? Ekceli, Yong tak sempat nak review lagi pasal Handbouquet wedding Yong ritu. Jadi, yong tumpanglah selit kat sini. Hehe.. In Shaa Allah jika ada kelapangan nanti Yong sambung review segala hal pasal tunang dan wedding Yong..
Lastly, jomlah pakat-pakat meriahkan GA ni. Tinggal sehari je lagi. Baru sempat nak update entry. Sorilah ye..
Read More

Ahad, 5 Januari 2014

Percubaan pertama: Aiskrim goreng yang mencair di mulut!


 
Tajuk bukan main panjang.. haha. Saja nak bagi keyword entry ni senang cari kat google.
 
Ish..tak ingat bila Yong buat aiskrim goreng ni. Rasanya lebih kurang 3 minggu lepas. Teruk kan? Baru nak update entry. Sibuk mengalahkan menteri kononnya. Al-kisahnya, Yong teringin nak makan aiskrim. Jadi Usop dengan baik hatinya terus belikan aiskrim Wall's perisa vanila dengan sos coklat. 
 
Balik rumah kami melahap la aiskrim ni berdua-duaan gitu. Then, Yong teringat roti gardenia kat dapur. Terus bagi cadangan nak buat aiskrim goreng kat Usop. Usop jawab ala kadar je. 
"Hmm buatlah. Abang makan je"
Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng:
  • Sebungkus roti gardenia
  • Aiskrim (Terpulanglah nak perisa atau jenama apa pun)
  • Gelas/cawan untuk menekap roti (betul ke tak bahasa Yong ni? hentam sajalah)
  • Minyak untuk menggoreng


 Haa..tergoda tak tengok aiskrim ni?


Cara-cara membuat aiskrim goreng:

1. Sejukkan aiskrim di dalam peti sejuk sehingga betul-betul membeku. 
2. Keluarkan aiskrim. Anggaran selepas 3-4jam berada dalam peti sejuk.
3. Letakkan 1 sudu besar aiskrim ke atas sekeping roti (lagi senang kalau ada scoop aiskrim tu)
4. Kemudian, amik lagi sekeping roti dan tindankan ke atas aiskrim tadi
5. Tekan gelas pada kepingan roti tadi sehingga lebihan di sekeliling roti tertanggal. 
6. Ulang langkah 3-5 sehingga mendapat beberapa ketul aiskrim goreng yang hampa nak
7. Simpankan dalam bekas bertutup atau dalam plastik dan simpan dalam peti ais untuk di  sejuk bekukan  selama 3-4jam. Yong tunggu 2 jam ja. Tak sabar nak makan punya pasal.
8.Panaskan minyak sehingga betul-betul panas
9. Goreng roti tadi lebih kurang 1 minit sahaja. Jangan lama-lama sangat kang cair pula. Rosak minyak.
10. Sedia untuk dimakan


 
 Tak berapa cantik sangat hasilnya. Aiskrim pula meleleh keluar. Ada 2 kemungkinan yang Yong boleh simpulkan di sini:
  • Goreng roti semasa minyak belum betul-betul panas
  • Yong letak banyak aiskrim. Bukan 1 sudu tapi hampir 2 sudu. Ngeh ngeh..
Usop makan seketul je aiskrim goreng ni sebab dia kata macam muak. Hmm selera lain-lain kan. 
Usop tegur Yong.

"Hari tu kan Farah beli acuan karipap. Kenapa tak guna acuan tu je masa buat aiskrim goreng? Tak payahla nak kena tekap2 dengan gelas. Lagi cepat"

Iye tak iye jugakan. Kenapalah Yong langsung tak terpikir pasal benda ni.

Keesokkan harinya, Yong buat aiskrim goreng guna acuan karipap pula. Hasilnya bagi Yong lebih sedap sebab kulitnya lagi rangup dan menjimatkan roti. Bila pakai acuan, kita guna sekeping roti je. Tapi bila guna gelas, kita perlukan 2 keping roti. Jika hampa nak guna acuan karipap, eloklah dilenyekkan sehingga nipis dahulu roti gardenia tu supaya senang kita nak tekapkannya.

Inilah hasil percubaan ke-2 aiskrim goreng Yong.
 
 Lebihan roti tu jangan pula dibuang.Membazir je. Boleh guna buat puding roti. Kalau ada ikan, bagi ikan makan roti tu.. hehe. Oh lepas buat aiskrim goreng tu, Yong buat puding roti pula. Nanti Yong kongsikan hasilnya dengan hampa ye..
 
 
P/S: Tengah-tengah malam ni terasa laparlah pula :)
 
Read More

Tomodachi Big Giveaway



KLIK SINI UNTUK JOIN

GA ini ditaja khas oleh tiga bestfriends (Tomodachi) iaitu Syiera, Lienda dan Nurfarahain serta rakan sponsor yang sememangnya daebak seperti Butik Pinkku, Farhan Kerewx, Blog Ieta, Diari Jejaka Hangat, De Apple, Isamuddin Isa, Imtiyaz Asyar Enterprise, Asnawi Hassim, Beutskin Essence Datyn Mia, Ana Ahmad, Beautyshoppe Murah&Ori, Butik SofeaFiqa, Opzzpinky, Vitamin Kesihatan E-shoppe, Nur Nabilah & Mummy Rara Healthy.

DUE DATE: 30 JANUARY 2014

Hadiah pilihan Yong:
Baju kurung pahang
Vitamin C Shaklee

**************************************************************
REVIEW KHAS BUTIK PINKKU


Butik Pinkku menjual pelbagai jenis tudung, shawl etc yang sangat cantik dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan material yang digunakan berkualiti dan comfy. FYI, butik pinkku sedang mengadakan promosi gila-gila. Guess what? Shawl Anya hanya RM10/Sehelai !!!!!

Apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang.

Contact:
FB Page: Butik Pinkku
Website: Butik Pinkku

Read More

Topup Giveaway by Irah


Topup Giveaway by Irah

Klik banner untuk join!!

Topup giveaway ini dianjurkan oleh Irah . Hadiah-hadiah disponsor oleh Puteri Wan Najihah , Aisyah , Dia Nadia , Maisarah Ibrahim , Eyka , Sharina , Anis Zahidi , Nur Mahirah , Ana Ahmad , Azyan Ramle , Ierah , Ryna . Sebanyak 14 topup yang bernilai RM70 kesemuanya dan pelbagai hadiah lain untuk dimenangi!! Jom join giveaway ini.

Read More

Tip-top Bloglist 2014

http://mahligaikasihaifaa.blogspot.com/2014/01/ga-tip-top-bloglist-ibu-2014.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
Read More

Sabtu, 4 Januari 2014

Zahra Bakar Collection Giveaway

.

Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design/ reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.

Zahra Bakar Collection GiveawayZahra Bakar Collection Giveaway


Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.

Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang.

Zahra Bakar Collection Giveaway

Klik banner untuk sertai.

Read More

2013 End Giveaway By Queen Typo


http://sukasukianiss.blogspot.com/2013/12/2013-end-giveaway.html

2013 End Giveaway by Queen Typo dengan anjuran pihak sponsor dari


Terima Kasih saya ucapkan kpda semua sponsor :)

Jom semua rakan blogger sertai giveaway yg gempak ini , hadiah yg sangat menarik dan sangat cantik ..

Tamat 6 Januari 2014


Read More

Promosi Produk Kecantikan dari Olly Shoppe

 
Asyik update entry dengan join giveaway je kan?Yong ni takda citer baru ke? hehe.. 
Sebenarnya banyak cerita yang masih terperam dan belum di publishkan lagi. Busy sangat sekarang ni. Balik kerja pun pukul 8 malam. Mana lah larat nak jenguk blog lama-lama. In Shaa Allah, salah satu azam 2014 Yong ialah akan memperbanyakkan lagi entry dari tahun lepas.
 
Kebelakangan ni, Yong dapat permintaan dari beberapa orang kawan Yong yang minta Yong promosikan bisnes online depa. Yong pun takdalah pandai sangat nak promot. Setakat gebang sikit-sikit bolehla kan.
 
Sekarang ni macam-macam produk kecantikan ada jual di pasaran. Tak kiralah samada berbentuk offline atau online. Dari produk A hinggalah ke Z. Sampai kita pun naik pening nak pilih dan guna produk yang mana satu kan? Dan yang paling pening, kat mana nak dapatkan produk tu dan bila masa kita boleh pergi beli? Maklumlah makin hari hidup kita makin sibuk. Tak terkejar nak buat semua benda dalam satu masa. Tapi sesibuk mana pun penjagaan kulit dan tubuh badan tetap perlu ditik beratkan. Ingat tu yee!!
 
Ok. bak kata orang kedah. Hampa toksah nak serabut pening bagai sangat aih. Yong ada penyelesaian untuk hampa..!
 
Olly Shoppe menjual pelbagai jenis produk skincare dan minuman kolagen dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik. Kira murah la. 
 
Pemilik Olly Shoppe ni merupakan pasangan kembar kawan Yong masa kami sama-sama menuntut diploma dulu. Bisnes kecantikan ni telah lama diusahakan oleh mereka. Siap ada kedai lagi. Cuma baru sekarang, depa nak berjinak-jinak buat online bisnes pula.
 
Jom kita sama-sama terjah produk-produk dari Olly Shoppe

Antara produk yang dijual :
Dherbs
vasia
 jamu jelita
oppa snow
perla coffe
aurawhite
 ferwhite
kcolly
wonderglow

semua produk la jual senang cita
 
 
 
 
Hampa boleh juga follow instagram Olly Shoppe untuk mengikuti perkembangan dan melihat produk-produk yang dijual.
 
 
 
 
 
Sempena tahun baru 2014, Olly Shoppe turut membuat Promosi Set Combo Produk Kecantikkan. sekarang ni ada promosi sempena tahun baru, jadi  harga memang murah dari harga pasaran. Ada free gift bagi setiap pembelian. Siap free postage lagi. Contact no pun ada kat gambar tu. Nak whatsapps/ wechat pun boleh.  Haa..tunggu apa lagi. Cepat beli sementara promosi masih berlangsung. 
 
 


P/S: Semoga usaha Yong yang sedikit ni dapat bantu promosikan bisnes Olly Shoppe :)
Read More

New year Giveaway

http://arunahakirah.blogspot.com/2013/12/new-year-giveaway.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com