-->


Ahad, 5 Januari 2014

Percubaan pertama: Aiskrim goreng yang mencair di mulut!


 
Tajuk bukan main panjang.. haha. Saja nak bagi keyword entry ni senang cari kat google.
 
Ish..tak ingat bila Yong buat aiskrim goreng ni. Rasanya lebih kurang 3 minggu lepas. Teruk kan? Baru nak update entry. Sibuk mengalahkan menteri kononnya. Al-kisahnya, Yong teringin nak makan aiskrim. Jadi Usop dengan baik hatinya terus belikan aiskrim Wall's perisa vanila dengan sos coklat. 
 
Balik rumah kami melahap la aiskrim ni berdua-duaan gitu. Then, Yong teringat roti gardenia kat dapur. Terus bagi cadangan nak buat aiskrim goreng kat Usop. Usop jawab ala kadar je. 
"Hmm buatlah. Abang makan je"
Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng:
  • Sebungkus roti gardenia
  • Aiskrim (Terpulanglah nak perisa atau jenama apa pun)
  • Gelas/cawan untuk menekap roti (betul ke tak bahasa Yong ni? hentam sajalah)
  • Minyak untuk menggoreng


 Haa..tergoda tak tengok aiskrim ni?


Cara-cara membuat aiskrim goreng:

1. Sejukkan aiskrim di dalam peti sejuk sehingga betul-betul membeku. 
2. Keluarkan aiskrim. Anggaran selepas 3-4jam berada dalam peti sejuk.
3. Letakkan 1 sudu besar aiskrim ke atas sekeping roti (lagi senang kalau ada scoop aiskrim tu)
4. Kemudian, amik lagi sekeping roti dan tindankan ke atas aiskrim tadi
5. Tekan gelas pada kepingan roti tadi sehingga lebihan di sekeliling roti tertanggal. 
6. Ulang langkah 3-5 sehingga mendapat beberapa ketul aiskrim goreng yang hampa nak
7. Simpankan dalam bekas bertutup atau dalam plastik dan simpan dalam peti ais untuk di  sejuk bekukan  selama 3-4jam. Yong tunggu 2 jam ja. Tak sabar nak makan punya pasal.
8.Panaskan minyak sehingga betul-betul panas
9. Goreng roti tadi lebih kurang 1 minit sahaja. Jangan lama-lama sangat kang cair pula. Rosak minyak.
10. Sedia untuk dimakan


 
 Tak berapa cantik sangat hasilnya. Aiskrim pula meleleh keluar. Ada 2 kemungkinan yang Yong boleh simpulkan di sini:
  • Goreng roti semasa minyak belum betul-betul panas
  • Yong letak banyak aiskrim. Bukan 1 sudu tapi hampir 2 sudu. Ngeh ngeh..
Usop makan seketul je aiskrim goreng ni sebab dia kata macam muak. Hmm selera lain-lain kan. 
Usop tegur Yong.

"Hari tu kan Farah beli acuan karipap. Kenapa tak guna acuan tu je masa buat aiskrim goreng? Tak payahla nak kena tekap2 dengan gelas. Lagi cepat"

Iye tak iye jugakan. Kenapalah Yong langsung tak terpikir pasal benda ni.

Keesokkan harinya, Yong buat aiskrim goreng guna acuan karipap pula. Hasilnya bagi Yong lebih sedap sebab kulitnya lagi rangup dan menjimatkan roti. Bila pakai acuan, kita guna sekeping roti je. Tapi bila guna gelas, kita perlukan 2 keping roti. Jika hampa nak guna acuan karipap, eloklah dilenyekkan sehingga nipis dahulu roti gardenia tu supaya senang kita nak tekapkannya.

Inilah hasil percubaan ke-2 aiskrim goreng Yong.
 
 Lebihan roti tu jangan pula dibuang.Membazir je. Boleh guna buat puding roti. Kalau ada ikan, bagi ikan makan roti tu.. hehe. Oh lepas buat aiskrim goreng tu, Yong buat puding roti pula. Nanti Yong kongsikan hasilnya dengan hampa ye..
 
 
P/S: Tengah-tengah malam ni terasa laparlah pula :)
 

22 ulasan:

  1. qilah dah bookmark!!
    nnt nak buat ehehheh :3
    nyummm cant waiiitttt

    BalasPadam
  2. Hikhik. Siap berkaripap lagi yea. Karipap inti aiskrim gitu

    BalasPadam
  3. Tak pnh rasa lg pun aiskrim goreng ni eh..mesti sedap kan...nk kna cuba ni..:)

    Nanti klu apa,sya pm yong ye..yong pun bff sya sjak join blogging ni ^_^

    BalasPadam
  4. terliur plak dah..hehe..sygnya dh balik kampus..klau masih cuti mmg Eyz cuba..ehee

    BalasPadam
  5. sedapnya yong..pnah beli kat pasa mlm je..btw kreatif la ucop..org laki ni kdg2 idea dorang best gak..kite pon x terpikir nak wat camtu..huhu

    BalasPadam
  6. @Akeyla Azmi: wahh siap bookmark gtu..nnt dah try buat, share dgn kakyong ok?

    BalasPadam
  7. @sYiRa LoKMaN: syira.. panas di luar sejuk di dalam kan? yummy!

    BalasPadam
  8. @adrianna syaz: yana try la buat pula.. sedapp. ok,yong tggu yana pm yong

    BalasPadam
  9. @MisEyz BLurz: eyz..ala ruginya..takpa msukkan dlm list to do utk cuti akan dtg..hehe

    BalasPadam
  10. @S. Faezah: tak pernah jmpa lg aiskrim goreng kt pasar mlm, klu jmpa nak try beli jga lah. tuela pasal kak faezah..kdg2 idea lelaki ni lg bernas.hihi

    BalasPadam
  11. Amboi..sonoknye die mkn aiskrim..hehe..actly lme da teringin nk mkn bnd tu..to kn..tiap kli nmpk..msti rs mcm "ala..nnt la beli"..last2 smpi ke suda..xmerase pun..huhu..so cmne yong? Sdap x? Mcm best je idea usop tu..pntas n efisyen..huhu.

    BalasPadam
  12. sedapnya....nak kena try la petang nanti

    BalasPadam
  13. letak ice cream sundae tu sedap.. hihi.. licha suka lemon

    BalasPadam
  14. erkk good idea gune bentuk karipap...bestnye flavour aiskrim tu..meleleh air liur ni..kih3x...xsbr tnggu resepi puding roti plak...

    BalasPadam
  15. Rajinnya yong buat..mesti sedap ice cream goreng kan.

    BalasPadam
  16. @Ayue Idris: haha..x payah beli ayue. buat sendri lg murah n puas makan. sedap cuma xleh mkn byk2 nnt muak. haha..idea yg mmg efisyen

    BalasPadam
  17. @Liza Licha: yong suka minum ice lemon tea.. ceh terus terkeluar tajuk

    BalasPadam
  18. @Erza Japar: erza..tq tu sudi jenguk sini..tunggu ye nnt yong msukkan resepi puding roti pula

    BalasPadam
  19. @Azhafizah Md Nor: xdela rajin mna pun fizah. sedapp..try la bt n mkn

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com