-->


Isnin, 22 September 2014

Counting day for Our Junior

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Apa habaq? sihat ka? Dah lama rasanya Yong tinggalkan dunia blogging ni. Kalau ada entry yang Yong update pun semuanya pasal join Giveaway. Entahlah mood berblogging ni sudah ke laut. Bukan tak rindu. Sumpah rindu sangat-sangat. Banyak gambar dan entry dalam kepala ni, Yong nak kongsi dengan hampa semua.
Tapi apakan daya..sejak berbadan dua ni, perangai malas tu menjadi-jadi pula..hihi. Ekceli, Yong sekarang dah pregnant baby first. Alhamdulillah. Tengah sarat dan tunggu masa nak bersalin je ni. Masa entry ni ditaip, kandungan Yong dah masuk 37 minggu. Cepatnya masa berlalu. Tarikh jangkaan bersalin Yong ialah pada 11.10.2014 ni, jatuh pada 5 Zulhijjah bersamaan raya haji ke-5. Aduhh..rasa nebes la pula. Dupdapdupdap..
Macam-macam perasaan timbul dalam benak Yong sekarang. Antaranya, adakah Yong dapat bersalin normal? berapa lama masa yang diambil untuk baby keluar tengok dunia? Perlukah yong di induce nanti? Berapa jahitan yang kena? hai..macam-macamlah fikiran orang yang pertama kali mengandung ni. Alkisahnya, yong suka melalut fikir macam-macam ni sebab Yong ada masalah uri di bawah tahap 2 dan masalah kencing manis. Part sakit-sakit ni nantilah Yong cerita ye. Spoil mood pula kang..huhu.
Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan urusan bersalin dipermudahkan. Ameen. 
 
Kat sini, Yong nak mohon maaf kat semua pembaca andai kata Yong ada buat salah sepanjang Yong berblogging ni. Manalah tau kan, kadang-kadang ada entry Yong yang orang tak suka baca. Walaupun post entry tu takdelah banyak mana pun. Tolong doakan Yong selamat bersalin ye dan baby dalam keadaan sihat. Hujung minggu ni baru nak travel balik Kedah, kampung halaman Yong. Nak bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah. Minta-minta sempatlah. Jangan bersalin kat highway sudah.
Thanx pada yang sudi baca dan sudi mendoakan kesejahteraan Yong dan baby. 
Semoga Allah turut merahmati kalian juga. Ameen.

4 ulasan:

  1. semoga selamat semuanya yong :)

    BalasPadam
  2. salam yong..patut pun lama menyepi yea..
    btw, congrats dear!!
    semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah..
    hope yong n baby sihat n selamat..
    >_<

    BalasPadam
  3. kak aisyah..hihi.tuela pasal.mls btoii nk update blog ni. ni pun tggu msa bila la bby ni nak kuar. thanx a lot ye kak :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com