-->


Rabu, 15 April 2015

Peraduan Pa&Ma Online April 2015

Salam Kawan-kawan sekalian.Apa khabar? Saya doakan kalian semua baik-baik sahaja.
 Haish, sejak dah berkeluarga ni memang saya tak sempat nak update blog. Kagum betul dengan mommies yang ada masa untuk menulis tu..hihihihi. Mulai saat ini, saya nak ubah penggunaan bahasa di blog lah. Siapa yang pernah baca entry-entry sebelum ini tau kan, saya bahasakan diri dengan Yong?
Dah jadi ummi ni, rasa perlu ada perubahan sikit.hihi.
Oklah fokus pada tajuk entry ini.
Anak sulung saya Nurfarah Zulaikha sudah pun berusia 6 bulan. 
Baru-baru ni kami telah menyertai peraduan pencarian prince & princess anjuran majalah pa & ma di Expo Maternity Midvalley. Tapi apakan daya, tiada rezeki kami. Lagipun ramai kot baby comel. Dress kemain lagi. Suka bebeno saya tengok. 

Dua minggu lepas, saya cuba nasib lagi hantar penyertaan untuk join Peraduan bayi bulan ini anjuran majalah Pa&Ma juga. Cuba je nasib walaupun dah tau penyertaan sangat sengit. Baby pula mesti comel-comelkan. Nak dijadikan cerita, saya lupa untuk cek sama ada penyertaan diterima atau tak.Hari ni, saya cek tengok ramai dah mengundi. Ala cian baby kite.. sikit je undinya, Umminya tak pandai berkempen bagai.
So kawan-kawan yang baik hati, sudi-sudilah meringakn jari anda sumbangkan 1 undi untuk baby saya ye. Nak klik undi banyak kali pun takpe. Undi di sini http://pama.karangkraf.com/peraduan
Undi atas nama;
NURFARAH ZULAIKHA BT MUHAMMAD YUSUF 
Tengok tu ada 50 undi je baru..sadissnya
Terima kasih atas bantuan hampa semua :) :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com