-->


Khamis, 2 Julai 2015

Perkara yang perlu dijangka bila beraya dengan baby

 
Saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu dijangka bila beraya dengan baby. Take note ye hemak-hemak sekalian, lagi 2 minggu dah kita nak menyambut lebaran Aidilfitri ni. Saya copy paste dari website PaMa
 
 
1. Memulakan perjalanan 
 Bayi anda mungkin mula menjerit sebelum kereta bergerak memulakan perjalanan. Bayi tidak boleh melihat pemandangan luar tingkap jadi jangan salahkan dia jika si kecil cepat bosan dan meragam. Pastikan anda bawa alat permainannya terutama jika bayi masih duduk dalam posisi tempat duduk menghadap belakang.Sekurang-kurangnya ia membantu si comel khusyuk bermain tanpa banyak ragam.

#Kes zulaikha lain.Dia suka tengok luar tingkap dan menjerit-jerit teruja. Mainan penuh atas dashboard kereta. Hai la, dah macam kedai mainan kereta ummi tu sayang oii.
  1. Risiko bayi disuap makanan yang tidak sepatutnya
Dalam sibuk berkumpul bersama sanak saudara, jangan terperanjat kalau ada yang ‘baik hati’ menyuap makanan yang tidak sepatutnya untuk bayi anda. Kononnya seronok nak tengok reaksi si kecil bila disuap makanan. Makanan orang dewasa boleh menganggu sistem penghadaman bayi atau menyebabkan reaksi alahan. Bersedialah menghalang situasi ini daripada berlaku. Beritahu mereka yang doktor anak anda tidak membenarkan bayi merasai sebarang makanan orang dewasa walaupun si kecil kelihatan teringin.

#Bab ni hampa kena tegas sikit. Cakap elok-elok kalau ada sesapa macam mertua ke, adik ipar ke, mak sedara ke nak sesuka hati suap biskut raya anak kita. Ada kes tau baby meninggal sebab usus bekerja keras nak hadam makanan.
  1. Bayi enggan tidur siang
Macam faham pula si kecil dengan suasana baru yang mengujakannya. Keriuhan sanak saudara berkumpul dan bersembang sudah pasti mengganggu rutin tidur siang bayi anda. Untuk membolehkan bayi anda tidur dalam suasana yang dia tidak biasa, jauhkan dia dari suasana bising yang tidak dijangka dengan duduk berduaan di dalam bilik supaya dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.

#Zulaikha pula jenis tidor-tidor ayam waktu siang. Dia tak kisah bising ke apa ke janji ada kain kat badan dia. lagi suka kalau kain tu ada bau badan umminya. :)
  1. Jangan lupa ‘nursing cover’
Khusus untuk ibu yang menyusukan bayi, sudah pasti si kecil asyik nak berkepit sepanjang masa untuk menyusu tanpa mengira di mana anda berada.  Pastikan anda membawa ‘nursing cover’ sepanjang masa. Jadi, anda boleh mengelakkan sebarang komen yang ‘pedas’ atau pandangan tajam yang tak diingini.

#Sobsobsob takda nursing cover. kena cari nih
  1. Baju kurung dan baju Melayu
Mesti semua papa dan mama teruja nak pakaikan si comel baju kurung atau baju Melayu buat pertama kali kan? Sebelum itu pastikan anda pilih fabrik yang selesa dan tidak merengsakan kulit bayi yang lembut. Elakkan daripada memilih baju yang bermanik dan berenda yang boleh membuatkan bayi tidak selesa walaupun mama yang terlebih ‘excited’.

#Memang excited pun.Haha. dah tempah kat kak ipar minta buat baju zulaikha.
  1. ‘Serangan’ daripada semua sepupu
Bayi comel anda sudah tentu mendapat perhatian daripada semua sanak saudara termasuk sepupu-sepupunya dari pelbagai peringkat usia. Sepupu yang masih usia kanak-kanak juga turut sibuk hendak bermain dengan bayi comel yang mereka anggap seperti ‘anak patung’. Hati-hati kerana kadang kala mereka tidak tahu bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil.

#Situasi ni zulaikha selalu alami bila dok dengan pengasuh. Abang kakak yang umur 2 tahun suka bebeno nak meribanya. Ish..ish..hampa pun dok tak betol lagi anak-anak oi

Ok. Hopefully, semua tips di atas hampa berjaya buat. Good Luck :)

Credit to: PaMa
 

3 ulasan:

  1. hihi, belum ade anak lg aihhh ~
    inshaALLAH, bnde ni terpahat di hati,

    hmm, mcm nk baby jugokk,, huhuuuuu

    BalasPadam
  2. @bb_nona: hehe best tau ada baby ni. takpe nona muda lagi, In shaa Allah one day boleh merasa saat ini.

    BalasPadam
  3. alahai...camna pula saya nanti...bila ada anak..hihi

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com