-->


Rabu, 8 Julai 2015

Salah Tengok Jam daa..

 
Alkisahnya...
Kelam kabut bangun pagi tadi. Tak sempat sahur. Jam dah 6.50 pagi,
 Terus amik towel,mandi dan solat subuh. Then, amik si zulaikha mandikan dia.
Nangis dia sebab sejuk. Sekejap je nangis pastu syok main air.

Siap pakaikan baju kat zulaikha. Kalut amik bekal makanan dia. 
Kejut husband, sebab dia sambung tidor balik lepas mandi. Kes demam. 
Mulut potpetpotpet sebab risau dah lewat.
Keluar rumah. Aik apasal gelap lagi? Tengok jam lagi sekali. Pukul 6.30 pagi.
-
-
-
-
Sekali salah tengok jam daa..



Hmmm.. masuk dapur kemas apa yang patut dan sidai baju. Pukul 7 baru pergi kerja.
Bagus juga salah tengok jam ni. Salah satu cara bagi kita 'punctual' dengan masa dan bersiap lebih awal.

P/S: Saya kongsi cerita ni di FB saya. Ada pula sorang pakcik ni bagi statement sentap.
"Itu pun nak cte ke" . Amboi, saya tak kenal pun pakcik ni. Friend pun tidak. Takda bagi salam apa-apa terus sound. Ikut hati nak reply komen dia. Tapi lepas siasat, mungkin pakcik ni kawan ayah mertua saya. Page saya, saya nak berkongsi dengan sahabat FB saya je. Janganlah sesuka hati hentam orang.

2 ulasan:

  1. hehehe memang ada byk kelebihan salah tgk jam ni :)

    BalasPadam
  2. @Aniey Yusoff: tue la kan. jangan salah tengok jam terlebih awal padahal dah lewat masa tu sudah lah :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com