-->


Jumaat, 3 Julai 2015

Selamat Pengantin Baru Izwan & Azwa 2014


Entry terperam lama dari tahun lepas kot sampai masing-masing dah ada anak. Arggh peduli apa, dah blog ni kan asalnya weddingblog, so saya nak tempek juga kat sini. Mana tau kan, kot-kot berguna untuk bakal pengantin. Cuti raya nanti mesti ramai yang bakal kahwin kan?

Chinese New Year kebetulan jatuh pada hari jumaat tahun lepas lah, saya dan suami telah menghadiri majlis kahwin seorang kenalan lama kami iaitu Izwan aka Wan. Rumah Wan dekat je dengan kampung Usop ni.Ekceli, kami kenal masa saya, suami dan wan kerja di pasaraya Fajar, Gerik. Zaman kami semua masih belasan tahun. Sekarang dah tukar nama ke The Store.

Teringat masa dulu, saya rapat dengan wan berbanding suami. Suami saya ni macam kerek sikit. Hish, macamanalah, kami boleh sangkut kawen.Jodoh kan. Wan, satu-satunya sahabat lelaki yang rapat dengan saya. Satu sifat wan yang saya heran kan, dia jarang keluar makan masa rehat. Pernah juga tanya dia "hang ni diet ke jimat?". Tapi dia diam je. Dia pula jenis selesa berkongsi cerita dengan saya. Ada kisah antara kami bertiga, tapi biarlah menjadi lipatan sejarah kenangan kami. Wife Wan sekarang pun dah jadi kawan saya dan dia sendiri izinkan gambar ni dimasukkan dalam blog.
 

Pengantin sedondon bertemakan warna ocean blue dan pink. Cantik kan wife Wan? 
Tumpang bahagia atas perkahwinan mereka.


Ni gambar dengan geng Fajar. Kanan sekali tu, mak sedara yang paling rapat dengan saya. Anaknya, hafiyy dah bertambah debab pun sekarang. Aktif pula tu.


Antara hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Hantaran bertemakan warna merah.


Pelamin gabungan warna ocean blue dan pink


Meja makan pengantin. Simple but nice.


Acara potong kek. Tapi kami tak sempat nak merasa pun. hehe,


Saya doakan Wan dan Azwa kekal bahagia hingga ke jannah. Dah dapat baby boy pun. Maybe dah umur 7 bulan lebih kot sebab baby Zulaikha 8 bulan lebih. Beza umur depa ni sebulan je.




2 ulasan:

  1. combination pink dan blue memang cantik. hehe. tahniah utk pasangan ^^

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com