-->


Isnin, 6 Julai 2015

Wedding review #6: Hadiah Kahwin


Best kan bila dapat hadiah? Tambahan pula bila dapat hadiah kahwin. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban si pengantin. Yelah baru kahwin kan. Nak mula hidup baru bersama suami/isteri dan nak duduk rumah baru, banyaklah barang yang diperlukan. Bagi pasangan yang menetap bersama keluarga atau keluarga mentua terasa ringan sikit beban tu. Haa, tapi kenala ringan tulang selalu ye. Nasihat untuk diriku juga.


Di sini saya nak kongsi beberapa hadiah yang saya pernah dapat.  Mungkin ada di antara kita yang selalu pening kepala tak tau nak bagi hadiah perkahwinan apa yang sesuai untuk kawan,ahli keluarga dan rakan sekerja. Ok. Let’s check it out.


1. Periuk nasi elektrik
Dapat 2 pula tu. Sukanya.. Kedua-dua periuk tu hadiah dari mak-mak sedara saya.Lain-lain size. satu kecik, satu lagi bersaiz sederhana besar. Buat masa sekarang, saya masih gunakan periuk bersaiz kecik sebab saya dan suami je kat rumah. Si Zulaikha masih makan makanan yang lembut.


2. Pembakar roti.

Ini pun saya dapat 2 juga. Cantik pula tu. Kaler biru dan kuning. Satu dah bagi kat mak.Bolehlah adik-adik saya guna juga. Senang kerja dapat toaster ni. Agak-agak tak sempat nak buat sarapan pagi, boleh bakar je roti guna toaster ni.


3. Pembakar sandwich
Hadiah dari kawan baik saya, namanya Kema. Baca entry di sini. Kema tak dapat datang kenduri saya. Dia dok Kelantan. Jauh nak datang kedah tu. Sarapan pagi paling mudah disediakan guna pembakar sandwich ni la. Beli roti gardenia, sapu jem kesukaan hampa , then bakar. Siap!


4. Set sudu & garfu, sudip kayu dan senduk

Hadiah pemberian kawan masa diploma dulu. Ini antara hadiah yang saya suka sangat. Kawan saya siap tulis “rajin-rajin masak” lagi. Alhamdulillah, dah banyak resepi saya cuba sejak dah kawen ni . Sudu & garfu orang biasa bagi sebagai hadiah. Tapi rasanya sudip tu jarang sangat kan?


5. Set gelas dan cawan
Hadiah yang paling banyak saya dan suami dapat. Semuanya cantik dan berguna untuk kami nanti. Saya dah mula berangan nak beli cabinet nak susun gelas dan cawan ni. Haha.. Ada juga set gelas yang disertakan dengan jag. Mudah la bila tetamu atau keluarga kami bertandang ke rumah nanti. Boleh hidang air pakai hadiah yang dapat ni.


6. Set pinggan mangkuk

Tak silap saya, ini hadiah kedua terbanyak yang kami dapat.mangkuk yang cun melecun ni kan, rasa sayang pula nak guna.. hehehe. tapi dah guna pun. Takkan nak simpan buat pekasam pula kot.


7. Pemanggang ajaib
Hadiah dari pengapit saya aka Nisah. Boleh panggang ikan, daging,ayam dan macam-macam lagilah guna pemanggang ni. Lagi satu, boleh panaskan lauk-pauk. Letak je pemanggang ni atas dapur gas. Tak perlu nak berasap bagai sebab bakar arang. Sesuai sangat bagi orang yang duduk kat rumah tak bertanah seperti kuarters, flat & kondominium.


8. Non-stick pan
Tak ingat sapa yang bagi hadiah ni.Periuk ini boleh digunakan apabila kita nak masak masakan berkuah macam mee kari, spageti, dll.


9. Jam
Saya dapat 3 buah jam dinding dan sebuah jam meja. Jam meja tu Nisah juga yang bagi. Saya dah guna pun, letak atas meja solek. Comel sangat sebab jam tu bercirikan vintage. Jam dinding tu pula kawan masa diploma, Fifi yang kasi. Fifi siap tulis nama Farhain&Yusuf atas jam tu. Kiut beb. Dua lagi tu tak ingat sapa kasi. Tak sebut nama depa ni agak2 kecik hati tak? Hehe.. Jangan marah haa.


10. High Heel

Antara hadiah yang paling saya sayang. Saya pakai heels ni untuk majlis akad nikah, resepsi dan bertandang. Baca entry hadiah kasut kahwin untuk tau kisah heels ni.


11. Kain batik
Saya suka pakai kain batik bila berada di rumah. Perempuan melayu terakhir gituu..haha. Perasan je lebih.


12. Sejadah
Sejadah pemberian kawan masa ijazah dari Kelantan. Cantik sejadah ni. Semoga saya sentiasa bersujud kepadaNya. Hadiah yang mengingatkan kita supaya sentiasa takut kepada Allah dan mengerjakan perintahNya.


13. Handmate bantal
Bantal comel diperbuat dari kain felt ni hadiah dari kawan sejak sekolah rendah lagi, Shidah. Dia ada buat entry di blognya. Kreatif betul kawan saya sorang ni. Bantal ni macam untuk baby kembar sepasang je. Ceh, berangan lagi.. haha. Anak sulung dah dapat pun. Mungkin untuk anak2 akan datang. Hehehe


14. Kipas
Hadiah dari rakan-rakan sekerja abah. Hadiah ini yang paling besar dan berat ni. Bersyukur sangat. Dapatlah menyejukkan badan di kala cuaca panas atau malam yang diserang nyamuk.


15. Bantal dan tilam
Ini pula hadiah pemberian dari kawan kakak ipar saya. Kami dapat 2 biji bantal, sebiji bantal peluk dan sebuah tilam bujang. Time gaduh dengan en.suami, boleh la bagi hadiah ni kat dia. “Malam ni, abang tido kat luar”. Haha..gurau je.

Dah dapat idea ke nak bagi hadiah apa untuk sahabat/saudara mara hampa semua yang bakal melangsungkan perkahwinan? Belum?

Sebenarnya, banyak jenis barang baik murah ataupun mahal yang kita boleh jadikan sebagai hadiah perkahwinan. Pokok pangkalnya, keikhlasan kita dalam memberi hadiah.


Harap maaf senarai hadiah-hadiah di atas tidak disertakan gambar. Al-kisahnya entry ini antara entry terperam dari tahun lepas juga. Niat masa nak posting dulu, saya nak attach sekali gambar. Hmm tapi dah dekat dua tahun kan? gambar hadiah pun entah dok mana. Walau bagaimanapun, harapnya tips entry ini masih boleh diguna pakai ye.


6 ulasan:

  1. appreciate dengan hadiah kawin .. semua hadiah kawin org bagi dulu, yoorin gigih laa angkut bawak g kl semua termasuk dapur gas 2bijik..hahahaha.. sebab semuanya sangat berguna..

    BalasPadam
  2. @yoorin melacolea": tuela yoorin, yong masa first time dtg kl, berangkut penuh kereta brg2 kawen ni.bestnya dapat hadiah dapur gas :)

    BalasPadam
  3. wah banyaknye hadiah. hehe. kalau pindah rumah sendiri tak perlu beli lagi

    BalasPadam
  4. kdg2 pening nak beli hadiah kawen sbnarnye..kdg2 terbagi brg yg dah ade..prefer bagi duit je kat pengantin..hihi

    BalasPadam
  5. @Eka Tikah: tuelah eka, alhamdulillah ramai yang memberi masa kenduri yong. Tak dapat dalam bentuk hadiah dapat pula dalam bentuk bantuan tenaga:)

    BalasPadam
  6. @misz sheyla: good idea sheyla. senang pengantin boleh bajet nak beli brg apa utk rumah baru. Takdalah kes dapat hadiah yg sama kan? hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com