-->


Rabu, 19 Ogos 2015

Carta pertumbuhan gigi bayi

Perkara yang paling menggembirakan bagi seorang ibu tentulah apabila dapat melihat perkembangan tumbesaran anak sendiri. Begitu juga dengan saya. Hari-hari excited tengok anak sendiri membesar. Sekarang Nurfarah Zulaikha dah masuk 10 bulan. How time flies.. Rasa macam baru je semalam, dok kat wad bersalin dok meraung sakit nak beranak. Hehe.

Saya kongsikan carta pertumbuhan gigi bayi sebagai panduan bersama. Tapi ingat tau, setiap anak tak sama perkembangannya. Jadi, jangan sedih kalau anak dah 6 bulan tapi belum tumbuh gigi.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Masa zulaikha umur 5 bulan, dia dah tumbuh 2 batang gigi di bahagian bawah. Kesian dia masa tu. Bengkak gusi sampai demam-demam.  Masuk 7 bulan, tumbuh lagi 2 batang gigi di bahagian atas. Demam lagi. Gatal gusi pulak tu. Saya belikan teether bagi dia gigit. Last-last tak berguna pun teether tu, nak gigit ummi dia juga..huhuhu



Sekarang zulaikha dah 10 bulan, lagilah bertambah gigi dia. Tambah lagi 2 batang di bahagian atas. Macam biasa la setiap kali tumbuh gigi, dia demam. Jumlah gigi Zulaikha buat masa sekarang dah 6 batang. Means, 2 bawah dan 4 atas. Pelik juga sebab gigi atas yang banyak dulu. 

Bila gigi dah bertambah, pola makanan pun kena berubah la. Sebelum ada gigi, bayi anda mungkin hanya diberi makan puree atau minum susu je. Sekarang, mak - mak sekalian kena bagi makanan bertekstur kasar sedikit contohnya bubur nasi atau finger food. Ingat, bagi yang berkhasiat je tau. Elakkan bagi jajan. Say BIG NO to junkfood. 

Sumber gambar: Facebook

6 ulasan:

  1. nice info! hehe baby kalo menangis tu demam2 petanda gak kan gigi nak tumbuh. sgt comel je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa petanda nk tumbuh gigi sbb gusi bengkak. comel tp blh pening kepala..hehe

      Padam
  2. Comel je bila tgk baby yang baru nak tumbuh gigi..

    BalasPadam
  3. Anak sy dh 18bulan baru tumbuh gg atas 4,gigi bawah 2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap anak tak sama perkembangannya. anak no 2 saya agak lambat tumbuh gigi, dah masuk 10 bulan tapi baru 2 gigi bawah :)

      Padam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com