-->


Jumaat, 21 Ogos 2015

Promosi Penghabisan Stok Pureen 2015

HOT ANNOUCEMENT!!

Kepada semua penggemar barangan Pureen mahupun ibu-ibu sekalian, Pureen bakal mengadakan Pureen Stock Clearance Promotion lagi pada 5 - 6 September 2015 ini. Haa excited tak?

Saya of cos lah excited kan., melalui pengalaman rakan-rakan facebook yang lain diorang cakap memang best gila masa sales Pureen. Barangnya tersangatlah murah. Diskaun melampau tuu. Contoh macam pakaian bayi boleh dapat harga serendah RM3. Bukan bundle ek. Memang original dan masih elok lagi. tapi baju bukan jenis sepasang. Kena pandai-pandai mix & match lah. Saya memang selalu belikan Zulaikha baju brands Pureen. Kainnya selesa dan harga mampu milik la. Baby kan. Nak beli yang mahal-mahal sangat buat apa, boleh pakai sekejap je

Harga untuk pampers pula diskaun sehingga 50%. Bolehlah memborong dengan jayanya jika korang ada anak yang memang pakai pampers Pureen atau jenis kulit bontot tak kisah pakai brands apa pun. Mujur jugak Zulaikha jenis tak melecet bila tukar-tukar pampers. So, item on list is pampers.



Hopefully, husband saya mau join ler. Dia bukannya jenis suka tempat yang bersesak dan ramai orang ni. Kitorang tak pernah pergi sales Pureen lagi. Event macam Mom & baby Expo di Midvalley tu dah banyak kali pergi. Saya plan nak beli barang Zulaikha macam baju, pampers, barang mandian dan botol susu.. Boleh juga plan beli untuk adiknya siap2. Ngeh3x,, haipps saya tak mengandung lagi. Biarlah Zulaikha cukup umur 2 tahun dulu.

Korang ada yang pernah pergi? boleh lah share pengalaman.
Ada sesapa yang plan nak pergi? Mana tau kot-kot boleh kita berjumpa nanti.

Rujukan : Pureen

6 ulasan:

  1. kalau saya bukan ibu...takpe ke... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe,,blh je yaya.shopping utk anak sedara ke anak member ke.:)

      Padam
  2. mesti ramai datang memborong nanti ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ituelah. risau jugak ni. blh pitam klu ramai sgt org

      Padam
  3. Balasan
    1. nak pergi hari apa dear? mna tau blh jmpa kan?

      Padam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com